Wednesday, 5 December 2018

Dari Kota Bharu ke Bangi masih dalam perancangan bagi cuti hujung tahun

Tiba-tiba hujung tahun ini saya berasa rindu kerana dalam cuti ada perancangan untuk ke Bangi. Memang puas daripada duduk rumah sahaja. Insya Allah tahun ini semoga dapat dipermudahkan segala urusan.


Tuesday, 4 December 2018

Mendaftarkan kad Bank Islam di Bandar Baru Tunjong

Salam semua. Petang semalam saya pergi ke Bandar Baru Tunjong, letaknya sekitar 5 km dari rumah saya. Tujuannya untuk mendaftarkan kad ATM Bank Islam di sebuah cawangan Bank Islam Bandar baru Tunjong sebabnya saya sudah cukup umur 18 tahun.

Ketika itu cuaca hujan agak lebat, saya terpaksa memandu sendiri Proton Saga lama dalam keadaan cuaca tidak menentu. Tapi tidak terhalang ketika saya pergi ke bank itu.

Cuma agak tertanya-tanya kepada pihak bank, saya datang di sini bertujuan untuk membuat kad ATM. Sebaik nombor giliran kaunter paling cepat, saya bertanya kepada pihak bank itu

Inilah kad ATM yang saya daftarkan kepada pihak bank. Kad ini bertujuan untuk kegunaan faedah ketika berada di kolej dan asrama yang akan masuk tidak lama lagi, dalam lebih kurang 3 minggu lagi. Paling saya kecewa pertanyaan baki ada hanya lebih kurang RM100 ;-(