Saturday, 14 December 2019

Melawat ke kediaman Tok Guru

Ada sedikit artikel mengenai persinggahan ke Kediaman Tok Guru, yang juga Menteri Besar ketika itu pada hujung minggu lepas.

Tengah hari Sabtu 7 Disember 2019 saya bersama keluarga dan saudara saya yang pulang dari Bangi terus pergi ke Kediaman Tok Guru, Pulau Melaka. Arwah Tuan Guru Nik Aziz (Tok Guru) yang juga Menteri Besar Kelantan pada ketika itu berasal di sini. Tahun beliau yang berkhidmat sebagai Menteri Besar Kelantan dalam tahun 1990 hingga 2013. Masa itulah negeri kita ini diperintah oleh kerajaan PAS. Tetapi sekarang masih diperintah lagi oleh kerajaan tersebut di bawah naungan Menteri Besar sekarang, Datuk Ahmad Yakob. Semasa PRU14 tahun lepas negeri kita masih lagi mengekalkan kemenangan iaitu milik PAS. Walaupun Tok Guru ini masih disanjungi oleh ramai orang dan paling disayangi ketika majlis ilmu sedang berlangsung pada masa itu di Medan Ilmu Kota Bharu. Kelihatan kawasan ini dikelilingi oleh bangunan tahfiz dan juga masjid.

Saya di sini mengambil keputusan untuk singgah solat Zohor di masjid ini. Saya ingat Pulau Melaka ini berada di negeri Melaka, tetapi berada di Kelantan. Walaupun saya berasal dari negeri Kelantan ini juga. Lihat artikel Masjid Tok Guru, Pulau Melaka di blogspot Jom ke Masjid. Tanggal 12 Februari 2015 Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia akibat kanser dan beliau dikebumikan di Kubur Pulau Melaka. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

AL-FATIHAH

بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين



Antara kuliah-kuliah mingguan yang diadakan di masjid ini. Termasuk juga tiga orang anak kepada Tuan Guru Nik Aziz. Antaranya Nik Abduh, Nik Razi Dan Nik Ajun.


Baru saya perasan di belakang masjid terdapat juga kediaman Tok Guru. 


Thursday, 12 December 2019

Sekitar kemenangan ke atas koperasi SMK Kota semperna Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2019 di Hotel Holiday Villa Subang

Salam malam Jumaat 15 Rabiulakhir. Sempurnakan tiap-tiap malam Jumaat dengan bacaan surah Yasin. Rasanya saya sudah sedar bahawa kemenangan telah diperoleh kepada koperasi SMK Kota semasa majlis anugerah kecemerlangan koperasi sekolah peringkat kebangsaan yang dibuat di salah sebuah hotel di Subang, Selangor. Majlis tersebut disambut dalam tiga hari sahaja pada minggu lepas. Hari inilah dikongsikan dengan sedikit cerita. Ini adalah sekadar perkongsian gambar daripada laman rasmi SMK Kota...

Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) Peringkat Kebangsaan 2019 diadakan di Hotel Holiday Villa, Subang, Selangor. Berlangsung selama tiga hari iaitu 3 hingga 5 Disember 2019 yang dirasmikan oleh Dato Nordin Salleh, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Turut dianjurkan ialah Angkatan Koperasi Kebangsaan (Angkasa). Koperasi sekolah-sekolah lain yang paling terbaik juga turut menerima anugerah kecemerlangan koperasi sekolah mereka.

Diceritakan 3 bulan yang lepas mengenai penyerahan pengiktirafan perolehan RM 1 juta kepada koperasi sekolah kita di dewan besar SMK Kota.  Diteruskan lagi dengan pelancaran keluaran produk terbaharu KOPTA ialah sos bilis atau dikenali sebagai 'budu' kalau masyarakat di Kelantan. Lihat artikel Sekitar Majlis Penganugerahan Pengiktirafan Perolehan RM 1 juta kepada Koperasi SMK Kota (KOPTA) dan Pelancaran Produk Budu Keluaran KOPTA.

Selepas ucapan perasmian daripada Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, majlis masih diteruskan dengan penyampaian anugerah kecemerlangan koperasi sekolah-sekolah lain yang paling terbaik.

Bagi Koperasi SMK Kota juga turut memenangi Johan Peringkat Negeri Kelantan, Anugerah Pembangunan Perniagaan Kiosk Koperasi Sekolah Terbaik, Anugerah Perolehan RM 1 juta Koperasi Sekolah 2018 dan Saguhati Peringkat Akhir (Top 16-28) Peringkat Kebangsaan. Penyampaian anugerah tersebut disampaikan kepada Tuan Pengetua SMK Kota yang merangkap Pengerusi Koperasi SMK Kota Berhad, Cikgu Shamsul Bahari Jaafar. Diiringi guru pengiring sekolah tersebut iaitu Cikgu Rosli Salleh, guru MPV, Cikgu Faridul Hafiz, guru Pendidikan Khas yang juga jurugambar sekolah dan Cikgu Madihah, Penyelaras Koperasi SMK Kota Berhad.



Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada koperasi sekolah-sekolah lain atas penerima anugerah kepada koperasi sekolah termasuk juga Koperasi SMK Kota Berhad yang menerima. Dan menjadikan koperasi contoh kepada sekolah-sekolah lain di Malaysia terutamanya di negeri Kelantan khususnya.

Majlis seterusnya diteruskan lagi dengan pertandingan puisi daripada sekolah-sekolah lain. Manakala sekolah kita juga dibahaskan oleh dua pelajar yang bakal menerima keputusan SPM 2019 iaitu Zairi Fitri dan Sarah.



Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Koperasi SMK Kota Berhad yang telah menjayakan koperasi sekolah kita dengan jayanya. Kejayaan ini amat membanggakan kepada tuan pengetua sekolah, Cikgu Shamsul Bahari dan penyelaras koperasi, Cikgu Madihah, tak lupa juga kepada pihak sekolah dan pelajar-pelajar sekolah berkenaan.

Antara barangan-barangan yang dihasilkan dan dikeluarkan oleh pihak KOPTA. Termasuk juga dikeluarkan oleh pelajar-pelajar PPKI SMK Kota. Tiga bulan yang lepas juga telah melancarkan keluaran produk terbaharu iaitu sos bilis (budu). Kejayaan koperasi SMK Kota bukannya mudah, malah amat membanggakan pihak sekolah apabila memajukan lagi koperasi sekolah tersebut. Dicampur lagi dengan penambahbaikan dan pembangunan kiosk yang telah dilaksanakan oleh koperasi sekolah tersebut. Antaranya restoran kopitiam, kedai prepaid/top-up, pasaraya koperasi, kedai pakaian, kedai fotostat dan kedai makanan segera. Cukuplah perkongsian setakat ini, bukannya banyak lagi gambar sebabnya saya tidak dapat hadir ke majlis tersebut.


Monday, 9 December 2019

Perkembangan terkini keadaan air di Kota Bharu, Ketereh dan Kadok pada 1 Disember 2019 - Bahagian 2

Bersambung daripada artikel Perkembangan terkini keadaan air di Kota Bharu, Ketereh dan Kadok pada 1 Disember 2019 - Bahagian 1...

Seterusnya terus memandang dari atas Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai untuk sampai ke Ketereh (Buloh Poh).


Kawasan luar sekolah Tiong.

Berdekatan persimpangan keluar ke Kadok.






Di Sungai Ketereh.


Seterusnya saya terus susur keluar ke Ketereh.



Di jalan Ketereh berhampiran Shell.




Berhampiran Kadok.

Di jalan Mulong 100 meter untuk sampai ke PKT Tunjong.


Di jalan Mulong ke Wakaf Che Yeh 50 meter untuk sampai ke Petronas Tunjung.


Di jalan Wakaf Che Yeh ke Ketereh berdekatan dengan Pejabat JPN, masih dilalui kenderaan.

Di jalan Wakaf Che Yeh ke Kota Bharu di Persimpangan Batu 4.



Sunday, 8 December 2019

Perkembangan terkini keadaan air di Kota Bharu, Ketereh dan Kadok pada 1 Disember 2019 - Bahagian 1

Salam hari Ahad 11 Rabiulakhir 1441 Hijrah. Merujuk kepada artikel Ucapan hari lahir kepada saya yang ke-19 yang dipersembahkan Isnin lepas. Sekarang kita sudah terkial-kial dengan musim sekarang ini ialah musim hujan lebat, kalau orang Kelate biasanya disebut musim 'boh'. Musim inilah musim yang kita hadapi ialah banjir. Saya dan keluarga inilah antara menjadi mangsa banjir besar pada hujung Disember 2014 yang disebut sebagai 'Bah Kuning' dan berpindah di rumah ibu saudara saya di Limbat, Pasir Tumboh. Rumah saya kalau di luar sampai ke paras leher manakala bahagian dalam sampai ke paras pusat. Tetapi sebagai peringatan banjir hanya ujian, bukannya pesta. Apa kata kita melihat perkembangan keadaan air dan banjir di sekitar kawasan Kota Bharu termasuk Ketereh dan Kadok akibat hujan lebat berterusan. Ini adalah gambar pada hari Ahad baru ini 1 Disember 2019.



Di Sungai Kelantan berdekatan Dewan Grandara, Pendek masih lagi paras yang sama seperti tahun sebelumnya.



Persekitaran kawasan masjid Mukim Pendek ketika waktu subuh. Jemaah hanya 2 saf sahaja ketika solat Subuh.


Kawasan luar pagar sekolah Pendek ketika waktu subuh, tetapi kita masih berada di musim cuti persekolahan.


Kawasan luar rumah saya.



Kawasan jalan raya di Wakaf Che Yeh berdekatan dengan Masjid Tarbiyah Islamiah dan Kedai Kashmir Karpet, masih dilalui kenderaan.

Dari atas jambatan Pasir Hor.