Tuesday, 26 October 2021

Kemunculan 'laut terbelah' di 'Pantai Al-Arab'

Salam semua. Sedikit perkongsian setelah hampir 2 tahun tidak dapat berkongsi cerita perjalanan 'segar angin'...



Petang Ahad 17 Oktober 2021 saya ke Pantai Mek Mas, PCB, Kota Bharu atau lebih digelar 'Pantai Al-Arab'. 




Ketika sampai di sana terserempak dengan dua anggota polis yang telah membuat pemantauan dan mengingatkan kepada semua pengunjung patuh kepada prosedur operasi standard atau standard operation prossedur SOP termasuk terbarunya menunjukkan sijil vaksinasi menerusi MySejahtera. 










Memang pun bergelar 'Pantai Al-Arab' disebabkan pantai ini mempunyai beting pasir yang tinggi terlihat seperti padang pasir di Tanah Arab. 









Saya ternampak 'laut terbelah' yang dikatakan tular beberapa hari lepas. Kawasan terbabit dikatakan sepanjang lebih 1 km yang menjadi tarikan baru di pantai ini. 














Turun dari beting pasir saya terus ke beting pasir 'pantai terbelah' di situ. 





























Pengunjung mendakwa tengah laut di pantai tersebut seolah-olah terbahagi dua. 













Friday, 15 October 2021

Perasmian Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan 2021 SMK Kota

Salam Jumaat 8 September 2021 bersamaan 1 Rabiul Awal 1443 Hijriah. Adanya sudah hampir sebulan tidak menulis mana-mana nota dalam blogspot. Biar bersambung artikel daripada Sambutan Ambang Kemerdekaan 2021 SMK Kota...



Pagi Rabu 22 September 2021 berlangsungnya Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota. 




Majlis ini bermula dengan pimpinan bacaan doa oleh Ustaz Razalai Embong. 




   

Antara ucapan amanat penutupan bulan kebangsaan oleh Pengetua SMK Kota, Tuan Haji Shamsul Bahari Jaafar ialah sambutan bulan kemerdekaan amat bermakna kerana disambut pada 1 Ogos - 16 September setiap tahun dengan penuh keamanan, keharmonian dan kedamaian. Ianya merupakan satu tanda kita ini kerana berada dalam kestabilan politik dan mampu berkongsi muafakat untuk hidup bersama. 

Tanggal 31 Ogos 2021 maka genaplah negara kita merdeka selama 64 tahun walaupun negara berdepan dengan musibah dan situasi pandemik tetapi tidak menghalang untuk kita bersama-sama dalam majlis secara maya ini dengan cukup optimis untuk sama-sama dan hari inilah sampai masa untuk menutup majlis sambutan bulan kemerdekaan peringkat SMK Kota. Marilah kita sama-sama berjuang untuk memerangi virus COVID-19 sebagai tanda menyambut usaha negara dengan tema Malaysia Prihatin supaya situasi negara kembali harmoni, selamat dan makmur dengan sektor ekonomi dibuka secara meluas. 

Sambutan ini diselaraskan oleh Guru ICT Puan Norhayati Mohd Nor dan Puan Nor Asyikin Wan Shukry yang dibantu dengan 4 guru kanan. Akhir sekali, beliau merasmikan majlis penutupan sambutan berkenaan. 






Dimulakan dengan Persembahan Nyanyian Kemerdekaan dari pelajar Pendidikan Khas (PPKI). 






Seterusnya tibalah saat dinanti-nanti ialah senarai pemenang pertandingan semperna sambutan bulan kebangsaan. 





Seterusnya deklamasi sajak Bahasa Inggeris disampaikan oleh Nur Faqilah dari Tingkatan 6 Ibnu Khaldun dengan tajuknya My Country Malaysia. 








Seterusnya bermulalah persembahan nyanyian pelajar oleh pelajar-pelajar SMK Kota. 

































































Sebelum menutup majlis marilah sama-sama hayati secebis bingkisan yang amat bermakna buat pewaris bangsa tanah air merdeka untuk renungan bersama. 






Untuk mengetahui tentang video sambutan tersebut, korang boleh tekan link di sini. Sekian.