Monday, 22 November 2021

Pantai Nami dalam musim 'puye'

Salam pertengahan November. Sedar tak sedar kita sudah menghampiri bulan Disember dan hanya 2 bulan sahaja lagi akan memasuki tahun baru 2022. Dan juga hanya beberapa hari sahaja lagi akan menyusul genap usia saya yang ke-21 iaitu pada 27 November nanti. 


Seperti diperkatakan hangat, kerajaan sudah melonggarkan hampir semua sektor termasuk diberi kebenaran merentas negeri diumumkan pada hari Isnin 11 Oktober lepas setelah hampir setahun terpaksa melangsungkan aktiviti di rumah. Apatah lagi tidak boleh merentas semua negeri dan daerah, dan hampir semua sektor telah ditutup dan menjalani perintah berkurung untuk mengekang wabak yang ganas iaitu COVID-19. Hal ini menyebabkan sambutan perayaan iaitu pada Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha tidak dapat disambut seperti tahun-tahun sebelumnya kerana wabak semakin teruk. Tetapi sambutan Hari Raya Aidiladha disambut dengan hanya disambut di masjid dan rumah penyembelihan berdaftar dalam 5/6 ekor haiwan korban yang disembelih dan diagihkan kepada yang memerlukan. Akan tetapi juga 2 kali sambutan Hari Raya Aidilfitri disambut dalam suasana tidak seperti tahun-tahun sebelumnya termasuk larangan aktiviti merentas negeri. Selepas itu, maka bila kerajaan telah mengumumkan kelonggaran tersebut khususnya mereka sudah lengkap divaksinasi pada hari Isnin 11 Oktober lepas, alhamdulillah sedikit melegakan korang termasuk saya. 


Apapun kita kongsikan sedikit dari luar daerah di negeri kita. Korang tak perlu lagi, jom...



Petang Rabu 3 November 2021 sampai masanya keluar dari tempat kerja untuk ke pantai-pantai sekitar Bachok bagi hilangkan rasa puas dan orang Kelantan kata 'preh'. Kebetulan esoknya hari Khamis 4 November 2021 itu hari Deepavali. 




Sekitar jam 6.15 ketika itu cuaca hujan dan ombak bergelora saya sudah sampai di Pantai Senok atau dikenali Pantai Nami. 




Di sini memang tersohor sebab deretan pokok rhu yang tersusun indah. Bagi korang yang ingin mengambil gambar dan berselfie sebagai kenangan korang boleh merasakan seperti berada di negara Korea. 






Ombak terlalu bergelora disertai hujan tidak menghalang saya ber'derak' di sini. 










Seterusnya saya terus ke Pantai Kemayang. Terletak dalam 3 kilometer dari Pantai Nami Senok tadi. 




Dalam artikel Facebook telah menyebut 'Ombak Rindu Kemayang'. 





Kalau makan di kedai di pantai ini memang syok. Sebab ada masakan panas, masakan barat, masak celup tepung goreng, seafood dan banyak lagi. 









Memandangkan waktu itu 6.53 malam ketika itu masuknya waktu Maghrib dan orang ramai terpaksa balik awal disebabkan waktu Maghrib terlalu singkat. Jika dibandingkan waktu Asar hanya 4.17 petang sahaj jadi waktu untuk beriadah dan aktiviti luar semakin singkat. Jadi sebelum pulang ke rumah saya tidak melepaskan peluang bergambar di bahagian atas untuk melihat pemandangan tersebut. 




Monday, 1 November 2021

Perkataan Facebook ditukar kepada Meta...

Tanggal 28 Oktober 2021 nama Facebook telah ditukar nama kepada Meta. Yang orang Kelantan kata menggunakan perkataan 'Meta' merujuk kepada sinonim sekejap/tunggu sebentar. Apa lagi,  kongsikan untuk korang mengenai perkataan Meta/Facebook...






Seperti ura-ura yang didengari sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mark Zuckerberg mengumumkan Facebook kini dijenamakan semula sebagai Meta. Di bawah meta Facebook, Messenger, Instagram, WhatsApp, dan Oculus akan terus beroperasi seperti biasa tetapi dengan tumpuan kini diberikan sepenuhnya kepada pembangunan duniameta (metaverse). 





Mark Zuckerberg, Ketua Pegawai Eksekutif Facebook




Penjenamaan semula adalah perlu kerana menurut Zuckerberg, syarikat kini tidak lagi memberikan tumpuan kepada Facebook sahaja. Meneruskan nama Facebook akan menyukarkan orang ramai membezakan apa yang sedang dibangunkan syarikat dengan Facebook yang merupakan sebuah platform media sosial. 


Di dalam acara Facebook Connect pagi ini, Zuckerberg menunjukkan bagaimana dunia meta akan mengubah cara pengguna berinteraksi antara satu sama lain, bersosial, bekerja, dan bermain. Beliau yakin duniameta akan menjadi evolusi seterusnya Internet dengan tiada lagi perbezaan di antara dunia sebenar dengan dunia maya.


Menurut Mark, beliau sudah bercadang untuk menjenamakan semula syarikat itu sejak pembelian Instagram dan WhatsApp pada tahun 2012 dan 2014. Maka melalui pengumuman ini, Mark Zuckerberg secara rasminya menjadi CEO Meta, dan tertubuhnya syarikat induk kepada platform media sosial besar termasuklah Facebook, Instagram, WhatsApp, Oculus dan sebagainya. Pengasingan jenama antara syarikat dan laman sosial adalah perlu untuk tidak mengelirukan orang ramai lagi.