Saturday, 25 June 2022

Forum Perdana Hal Ehwal Islam Khas JAKIM dan RTM Semperna Hari Muzium Antarabangsa

Salam 25 Zulkaedah 1443H. Sekian lama sudah tidak berkongsi tentang ilmu...



Di media sosial dan radio televisyen hangat diperkatakan tentang negeri Kelantan adalah negeri menjadi tuan rumah semperna Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2022 yang berlangsung pada 19 hingga 25 Jun 2022. Kali ini pula saya ada poster yang sedang berlangsung pada Khamis 23 Jun 2022 yang mana mengadakan Forum Perdana Hal Ehwal Islam Khas RTM dan JAKIM bertajuk Rebab Bertasbih Semperna Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2022 bertempat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. 

Memeriahkan lagi forum perdana berkenaan adalah pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Professor Dr Ridhuan Tee Abdullah dan Tuan Haji Syed Abdul Kadir Syed Hussin Aljuffre manakala moderatornya, Ustaz Hariri Daud dan Muhammad Amirul Amin Maula. Personaliti turut memeriahkan majlis berkenaan adalah Sabri Yunus yang merupakan pelakon dan pengacara. Beliau juga dikenali dengan gelaran tersohor iaitu Pok Ya Cong Codei. 







Saya pun turut sama hadir pada majlis tersebut, cuma saya tak ingat merakam gambar tentang majlis tersebut kerana saya berada di belakang ruang legar majlis sahaja. 










Saya malas bercerita panjang kerana zaman sekarang teknologi, bukan dari dulu. Untuk menonton klik sini



Wednesday, 22 June 2022

Nok berasa tenang di Pantai Nusuk

Salam 22 Zulkaedah 1443H. Satu perkongsian dari minggu lepas...



Tengah hari Sabtu 11 Jun 2022 saya keluar berjalan-jalan ke Pulau Panjang, Pengkalan Chepa. Disebabkan waktu itu tiada pekerja sebab anak beranak mereka bercuti di Cameron Highlands. 



Lokasinya memang tidak jauh dari lokasi tempat pendaratan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua pada tahun 1941. Di sini juga tempat saya menjala. 



Apapun saya nak berhajat pula ke Pantai Nusuk sebab ramai yang tidak tahu tentang kewujudan pantai ni. Sekarang tahun lepas dah viral dan kini menjadi tarikan baru. 



Lokasinya memang berada di antara Pulau Gajah/Sabak. Jika melalui dari dari Pulau Gajah terus masuk ke laluan kekal, dan untuk dari Sabak terus memasuki arah kiri. 









Monday, 6 June 2022

Kompilasi cerita perjalanan Syawal

Salam 6 Zulkaedah 1443H dan salam hari keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Walaupun Syawal telah berlalu kini menyajikan kompilasi tentang perjalanan berkenaan...




Adapun musim raya kali ini sangat unik disebabkan sebelum ini tidak dapat beraya akibat penularan Covid-19 sehingga kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketat. Kali terakhir dapat beraya bersama saudara mara dan sahabat handai pada tahun 2019, iaitu 3 tahun lalu. Kemudian raya tahun ini 2022 kembali meriah hampir seperti sediakala. 

Pada 6 dan 7 Mei 2022 saya dan keluarga beraya di beberapa tempat. Pada 6 Mei pergi ke Tanah Merah untuk satu majlis perkahwinan dan seterusnya pergi ke Jeli. Akhir sekali, 7 Mei pula ke Terengganu untuk melawat saudara mara yang tua meninggal dunia.