Salam pertengahan Muharram. Perkongsian daripada 3 minggu lalu.
Khamis hingga Ahad 26 hingga 29 Jun 2025 telah diadakan Fantastic Fest 2025 diadakan di perkarangan Mydin Mall Tunjong. Antara penaja utama ialah Yaya Empire Perfume dan NB Group. Antara aktiviti menarik seperti persembahan nyanyian daripada artis tempatan, Dikir Barat, pertandingan, influencer daripada TikTokers, festival makanan dan banyak lagi.
Petang Jumaat 27 Jun 2025 dari Pasir Hor saya pun ke tempat parking Mydin Mall Tunjong kebetulan diadakan festival Fantastic.
Festival yang saya pergi ini adalah memasuki hari ke-2. Tidak sampai seminggu berlalu aktiviti diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV di bandar Kota Bharu iaitu Pesta Itu-Ini, ini satu lagi aktiviti lagi memeriah untuk anak muda iaitu festival yang diadakan seperti ini.