Friday, 23 January 2026

Tahun baharu 2026 dengan majlis kenduri perkahwinan

Salam Jumaat 4 Syaaban 1447 Hijriah. Ini adalah perkongsian daripada 2 minggu lalu yang mana merupakan kesinambungan daripada artikel Tahun baharu 2026 di Terengganu - Penutup cerita di Bukit Keluang




Petang Isnin 5 Januari 2026 kami ke majlis kenduri rakan sekampung yang juga pengiring Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor di Dewan Yayasan Islam Kelantan (YIK), Bandar Baru Tunjong. 

Gambar di atas antara persembahan nyanyian Dikir Barat dari dua artis terkenal iaitu Fendi Kenali dan Denmanjo. Lagu Bea Sobar Bea atau Cinta Setandan Pisang yang pernah menjadi viral sehingga ke luar negara turut dinyanyikan. 












Pagi Khamis 8 Januari turut bersama rombongan untuk majlis perkahwinan pihak wanita kepada sepupu di Lati, Pasir Mas. Berhenti di masjid ini sebelum melakukan perarakan. Lihat artikel Masjid Rahmaniah, Pondok Lati di blogspot Alam Melayu dan Islam





Jam 12 tengah hari terus memulakan perarakan bersama untuk memasuki majlis. 






Selepas solat Zohor di masjid berhampiran terus bergerak ke rumah bapa saudara di Jeli. 






Pagi Sabtu 10 Januari. Inilah rumah saya di Pendek ketika diadakan majlis perkahwinan sepupu lelaki. Kerusi meja diletakkan dalam garaj. 









Sekadar inilah perkongsian ringkas daripada 2 minggu lalu. Untuk makluman ini adalah artikel ke-305 di blogspot Nota Untukmu ini. Sekian cerita. 



Sunday, 18 January 2026

Tahun baharu 2026 di Terengganu - Penutup cerita di Bukit Keluang

Meneruskan hari ke-3 dan terakhir perjalanan ke Terengganu. Bersambung daripada Tahun baharu 2026 di Terengganu - Bas percuma dan perairan di sekitar bandar




Pagi Ahad 4 Januari 2026. Setelah bermalam di hotel berhampiran Istana Maziah, saya dan keluarga serta ibu saudara bergerak kembali dengan menghala jambatan angkat. 






Singgah di gerai keropok lekor tersedap di Merang. 





Sebelum memasuki pekan Kampung Raja, Besut singgah di masjid ini. Lihat artikel Masjid Iqra, Paya Rawa waktu siang di blogspot Alam Melayu dan Islam






Menghilangkan rasa kepenatan singgah di pantai Bukit Keluang. 










Terperanjat melihat beberapa ekor monyet yang berkeliaran di kawasan. 










Walaupun terasa kepenatan dan ibu saudara terasa sakit kaki, singgah makan nasi kukus berhampiran pekan Kuala Besut. 






Melepasi sempadan negeri di Tok Bali singgah membeli keropok dan satar. 






Terus memasuki laluan Beris Lalang - Jelawat untuk menuju ke rumah kami di Kota Bharu. Singgah di masjid yang kelihatan. Lihat Masjid Asma Abu Bakar, Beris Lalang




Apabila sampai ke rumah jam 3 petang, meter menunjukkan kami telah memandu sejauh 335 km. Tentang jarak boleh rujuk gambar di bawah.