Meneruskan satu usaha tentang menangani beberapa perkara dan tuntutan akan datang. Saya ada majlis ilmu yang berlangsung Khamis malam Jumaat lalu.
Khamis malam Jumaat 27 September 2018. Saya pergi ke Kampus Induk Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) untuk menghadiri program yang dipanggil sebagai MABIT.
MABIT adalah singkatan untuk "Malam Bina Iman dan Taqwa". Bersesuaian dengan majlis dipenuhi dengan aspirasi Iman dan Taqwa.
Selepas solat Maghrib, saya bersama rakan menghidangkan makan malam.
Forum bertajuk "pedagogi pendidikan cinta" akan diadakan selepas solat Isyak. Majlis ini dianjurkan oleh kelab HALUAN dan KAFAH.
Sejumlah hadirin pun tidak ramai termasuk pelajar Sem 1 dan kebanyakkannya ialah pelajar perempuan.
Ucapan alu-aluan dimulakan oleh Abang Ihsan yang merupakan pelajar Sem 3.
Perkongsian forum ini dibahasakan oleh Encik Azhar Misran, Encik Siddqi dan Puan Hanisah Hassan.
Azhar Misran telah membahaskan, fokus untuk pembinaan diri, nanti Allah akan jumpa dengan orang sesuai. Beliau membahas juga mendisiplinkan diri dengan pakaian dan menutup aurat, menjaga pandangan kita dari melihat benda yang haram dan menjauhkan diri daripada duduk berdua-duaan sama ada di tempat gelap ataupun cerah tanpa mahram.
Manakala Encik Siddqi telah membahaskan cinta itu fitrah, Allah cipta syahwat, qalbu dan akal. Kita ingin dicintai, tetapi kita tak perasan kita sangat mencintai. Kalau tiada mencintai, kita tidak akan mencintai. Bagaimanakita boleh mencintai? Hidup ini adalah ujian, adakala pasang surut. Apabila kita berada dalam keadaan menurun, kita perlu semak supaya kita tidak akan terjerumus dengan perkara maksiat.
Manakala Hanisah Hassan telah membahaskan juga sifat cinta adalah berubah selaras dengan hati yang memimpin kehidupan kita. Allah menjadikan manusia berpuak-puak untuk bertakruf. Mukmin itu ajaib apabila diberi nikmat dia bersyukur apabila diberi ujian dia pula bersabar.
Bersesuaian dengan pendidikan cinta agar menjadikan orang yang sejati. Majlis ini tamat pada pukul 11.30 malam. Segala pendidikan yang kita didik menjadikan para yang soleh. Cukuplah perkongsian kita untuk malam ini.
Take a journey across space and time through the multi-dimensional door that is the soul of my being FB : Mohd Afiq Aslam IG : afiqaslam_271100
Sunday, 30 September 2018
Sunday, 23 September 2018
Seminar Celik Kewangan KWSP bersama Fizo Omar
Salam semua. Pagi tadi saya bersama rakan peserta pergi ke satu seminar yang berlangsung di Kota Bharu bersama selebriti terkenal dari Pasir Puteh.
Pagi Sabtu 22 September tadi saya pergi ke Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan untuk menghadiri satu seminar berkaitan kewangan iaitu Seminar Celik Kewangan KWSP Bersama Selebriti Perniagaan Terkenal yang berasal dari Pasir Puteh, Fizo Omar. Saya bersama rakan sekolej pergi dengan bas milik kolej yang dihadiri lebih 40 pelajar termasuk siswa dan siswi.
Majlis ini dianjurkan dengan kerjasama rangkaian akhbar Sinar Harian. Ucapan pertama dimulakan oleh Ketua Kewangan KWSP.
Selepas itu ucapan seminar tersebut dibacakan oleh Fizo Omar. Fizo Omar baru sahaja 2 minggu lepas telah melancarkan kedai makan FizoMawar Kitchen di Tambatan Diraja Kota Bharu.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah rakan terpilih, kakitangan dan pensyarah.
Seminar ini memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menyimpan untuk hari tua dan merancang simpanan KWSP dengan baik demi mengelak sengsara setelah bersara.
Beliau telah berkongsi kecekalannya bangun semula setelah gagal dalam perniagaan akibat ditipu rakan sendiri. Cabarannya itu beliau percaya terdapat peluang untuk terus maju di dalam hidup dan baginya setiap permasalahan mempunyai jalan penyelesaian.

Friday, 21 September 2018
Kembali kepada kenangan pada zaman kanak-kanak dahulu
Salam Jumaat. Sejak kebelakangan itu saya menyimpan lagi gambar kenangan ketika zaman kecil dahulu. Gambar-gambar kenangan lama saya ketika kecil telah dijumpai di dalam almari rumah. Saya telah dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 27 November 2000. Hari ini saya akan kongsikan gambar kenangan...
Inilah gambar throwback ketika zaman tahun 2001. Setahu lah saya berjumpa lagi gambar kenangan lama ketika zaman kecil dahulu bermula dari tahun 2000.
Ini pula pada tahun 2005. Zaman ketika itu belum masuk tadika lagi.
Ini dia barulah zaman tadika. Rasanya baru mula masuk tahun 2006. Gambar ini ketika saya mengambil graduasi kehadiran 100 peratus.
Saya pun tak jumpa dimana gambar kenangan saya ketika sekolah rendah. Yang saya diberitahu saya telah belajar di Sekolah Kebangsaan Pendek, Kota Bharu bermula dari tahun 2007 hingga 2012. Keputusan UPSR saya ialah 4C 1D.
Ini juga saya ketika berusia 9 tahun sebelum dilahirkan adik bongsu perempuan. Gambar ketika itu baru pandai berbasikal. Sekarang saya sudah berusia lebih, saya masih lagi membawa motosikal dan yang terbarunya ialah memandu kereta.
Kalau dah setahu saya sudah ada gambar kenangan ketika zaman kecil dahulu sedangkan saya sudah mencapai peringkat dewasa.

Wednesday, 19 September 2018
Persinggahan kali kedua di Pantai Sabak dan Masjid Pulau Gajah
Salam semua. Sejumlah gamar-gambar telah diproses dan dipublish secara umumnya berkaitan perjalanan ke pantai Sabak, Pengkalan Chepa dan masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah kali kedua untuk tahun 2018.
Episod yang dimulakan pada Ahad lepas 16 September 2018 dengan mengadakan majlis kenduri perkahwinan. Bertolak dari rumah di Pendek, Kota Bharu saya memandu kereta bersama keluarga, singgah dulu di majlis perkahwinan di rumah kenalan ayah saya di Tanjung Chat.
Di sebelah rumah yang mengadakan majlis perkahwinan, saya mengambil keputusan untuk singgah di masjid ini. Pada mulanya saya nak ambil gambar tapi tak tahu bila nak ambil gambar sedangkan asrama yang saya menginap terletak di belakang. Lihat artikel Masjid Man Aa Mana, Tanjung Chat di blogspot Jom ke Masjid.
Selepas solat Asar di masjid tadi, kami pun singgah sebentar ke rumah bapa saudara saya di Panchor. Selepas itu 5.40 petang betolak pergi pula ke pantai Sabak.
Lihat lah sendiri pemandangan sungai Pengkalan Datu, Sabak dari Jambatan Pantai Sabak. Selepas itu kami mengambil keputusan untuk singgah ke pantai Sabak.
Sejuk dingin juga angin berderu kencang dari pantai. Dalam rasa puas hati, kami pun rehat sambil melihat pemandangan pantai Sabak. Di hujung-hujung kampung ada satu pengkalan bot yang digunakan bagi nelayan untuk menangkap ikan untuk mencari rezeki.
Tepat jam 6.45 petang kami pun mencari sebuah masjid kayu yang besar, unik dan klasik dengan melalui jalan Kemumin. Letaknya di tengah-tengah kampung Pulau Gajah. Mulanya kami pun rasa nak singgah disebabkan saya tertarik juga dengan senibina masjid ini. Sambil-sambil itu kami pun menyelusuri jalan untuk ke kampung ini sambil menikmati suasana kampung yang damai.
Papan tanda kecil menunjukkan arah untuk ke masjid unik ini. Ooo...saya pun payah nak kata sebab keindahan masjid di dalam ceruk-ceruk kampung begitu memukau.
Sebaik sudah sampai kami kekok melihat sebuah bangunan yang begitu tersegam indah dan sangat gah di tengah-tengah kampung ini. Terasa tertarik juga dengan senibina bangunan itu, tapi ini adalah masjid baru untuk kampung ini. Miripnya sama seperti masjid yang berada di Nusantara. Tak silapnya ia baru dibuka dalam 5 bulan lalu dengan rekabentuknya seperti Masjid Kampung Laut, iaitu masjid tertua di Malaysia. Memandangkan waktu maghrib telah tiba, ini adalah kali kedua singgah di masjid baru ini di dalam kawasan kampung. Kali pertama tahun sebelum masjid baru ini dibina kami pernah singgah di masjid lama ketika kami singgah menjala ikan di Pulau Gajah. Sayangnya pintu masjid lama sudah dikunci, nak rasa ambil gambar dewan solat utama masjid lama pun gambarnya gelap. Lihat artikel berikut :
Masjid lama Pulau Gajah
Masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah untuk melihat masjid baru ini
Ini adalah perbezaan antara celak Mekkah dan paip wuduk di masjid baru ini. Biasanya tidak ditemui di Malaysia yang ada pili paipnya yuang unik.
Memandangkan waktu sudah malam saya pun sempat mengambil gambar masjid ini pada waktu malam. Sambil-sambil itu kami pun berjalan-jalan ke Pantai Sabak dengan melalui jalan kecil sebelum kembali ke asrama tempat pengajian.

Tuesday, 18 September 2018
Jejak Perkahwinan Fatin dan Fizie : Misi selesai
Salam. Di sini saya akan mengumpulkan semua cerita-cerita tentang perjalanan di Pantai Timur selama dua hari. Perjalanan ini meliputi sebahagian daripada tempat-tempat persinggahan dari Terengganu dan Pahang. Berikutnya ialah :
1. Jejak Perkahwinan Fatin dan Fizie : Mukadimah perjalanan
2. Masjid Kampung Pasir Simpul, Hulu Terengganu
3. Masjid Sultan Mahmud, Bandar Al-Muktafi Billah Shah
4. Jejak Perkahwinan Fatin dan Fizie : Upacara akad nikah di Beserah
5. Jejak Perkahwinan Fatin dan Fizie : Bersantai di Pantai Beserah dan Majlis Perkahwinan di Beserah
6. Surau Kampung Baharu, Beserah, Kuantan
7. Surau Alor Ladang, Beserah, Kuantan
8. Jejak Perkahwinan Fatin dan Fizie : Meneruskan Perjalanan ke Kuala Berang sebelum sampai ke rumah
Monday, 17 September 2018
Jejak Perkahwinan Fatin dan Fizie : Meneruskan Perjalanan ke Kuala Berang sebelum sampai ke rumah
Pejam celik-pejam celik barulah sampai masa untuk menutup tirai cerita tentang perjalanan di Pantai Timur selama 2 hari. Sambungan daripada Jejak Perkahwinan Fatin dan Fizie : Bersantai di Pantai Beserah dan Majlis Perkahwinan di Beserah...
Petang Sabtu 8 September 2018 barulah sampai masa untuk meninggalkan negeri Pahang.
Hujan lebat juga mula membasahi kereta di Kuantan.
Kami melalui jalan highway, tetapi tersilap jalan. Rupa-rupanya jalan tidak bertar.
Kami pun terus mengambil laluan untuk sampai ke highway.
Sebaik kami melalui highway, hujan pun berhenti.
Kami mula mengambil laluan jalan Jabor ke Kuala Berang untuk sampai ke rumah ibu saudara saya di Kuala Berang.
Tepat jam 6.30 petang kami berhenti berehat sekejap di Hentian RnR Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun.
Sambil-sambil itu kami melihat pemandangan bandar Al-Muktafi Billah. Cantik betul masjid ini.
Jam 7.10 petang kami juga meneruskan perjalanan kita. Memandangkan waktu sudah gelap kami mengambil jalan lama ke Ajil untuk sampai ke rumah ibu saudara saya.
Jam 8.30 malam kami berhetni seketika di rumah ibu saudara di Ajil untuk bersolat, mandi dan makan.
10.30 malam saya pun memandu kereta bersama keluarga lalu mengambil laluan LPT2 sebelum mengambil jalan Kuala Terengganu-Setiu-Kota Bharu untuk sampai ke rumah.
Tepat jam 1.30 pagi baru sampai rumah. Meter kereta menunjukkan saya dan juga bapa saya telah memandu sejauh 15.8 km/L dalam perjalanan ini. Tamatlah siri perjalanan kita. Sekian.