Sunday, 30 September 2018

Program MABIT 2018 di KTD

Meneruskan satu usaha tentang menangani beberapa perkara dan tuntutan akan datang. Saya ada majlis ilmu yang berlangsung Khamis malam Jumaat lalu.


Khamis malam Jumaat 27 September 2018. Saya pergi ke Kampus Induk Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) untuk menghadiri program yang dipanggil sebagai MABIT.

MABIT adalah singkatan untuk "Malam Bina Iman dan Taqwa". Bersesuaian dengan majlis dipenuhi dengan aspirasi Iman dan Taqwa.

Selepas solat Maghrib, saya bersama rakan menghidangkan makan malam.

Forum bertajuk "pedagogi pendidikan cinta" akan diadakan selepas solat Isyak. Majlis ini dianjurkan oleh kelab HALUAN dan KAFAH.


Sejumlah hadirin pun tidak ramai termasuk pelajar Sem 1 dan kebanyakkannya ialah pelajar perempuan.

Ucapan alu-aluan dimulakan oleh Abang Ihsan yang merupakan pelajar Sem 3.

Perkongsian forum ini dibahasakan oleh Encik Azhar Misran, Encik Siddqi dan Puan Hanisah Hassan.

Azhar Misran telah membahaskan, fokus untuk pembinaan diri, nanti Allah akan jumpa dengan orang sesuai. Beliau membahas juga mendisiplinkan diri dengan pakaian dan menutup aurat, menjaga pandangan kita dari melihat benda yang haram dan menjauhkan diri daripada duduk berdua-duaan sama ada di tempat gelap ataupun cerah tanpa mahram.

Manakala Encik Siddqi telah membahaskan cinta itu fitrah, Allah cipta syahwat, qalbu dan akal. Kita ingin dicintai, tetapi kita tak perasan kita sangat mencintai. Kalau tiada mencintai, kita tidak akan mencintai. Bagaimanakita boleh mencintai? Hidup ini adalah ujian, adakala pasang surut. Apabila kita berada dalam keadaan menurun, kita perlu semak supaya kita tidak akan terjerumus dengan perkara maksiat.

Manakala Hanisah Hassan telah membahaskan juga sifat cinta adalah berubah selaras dengan hati yang memimpin kehidupan kita. Allah menjadikan manusia berpuak-puak untuk bertakruf. Mukmin itu ajaib apabila diberi nikmat dia bersyukur apabila diberi ujian dia pula bersabar.


Bersesuaian dengan pendidikan cinta agar menjadikan orang yang sejati. Majlis ini tamat pada pukul 11.30 malam. Segala pendidikan yang kita didik menjadikan para yang soleh. Cukuplah perkongsian kita untuk malam ini.


No comments:

Post a Comment