Tuesday, 11 September 2018

Jejak Perkahwinan Fatin dan Fizie : Mukadimah perjalanan

Salam 1 Muharam. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT baru-baru ini kami sekeluarga bersama rombongan telah pergi ke Beserah, Kuantan, Pahang untuk ada satu majlis perkahwinan Fatin dan Fizie selama 2 hari lalu bermalam semalaman di sana. Insya Allah, hari ini saya akan berkongsi cerita...

Perjalanan dilakukan mengambil kesempatan untuk mengambil ruang kepada para rombongan yang juga saudara mara selama sekejap sahaja iaitu 2 hari bermula Jumaat 7 September. Kami juga membantu untuk mempersiapkan barangan keperluan ke dalam kereta. Jam 7.30 pagi kami pun bersedia memulakan perjalanan dan bertolak dari rumah di Kampung Pendek, Kota Bharu. Pada jam 7.50 pagi kami pun sampai ke rumah ibu saudara saya di Kampung Gaung, Pendek untuk menunggu persiapan untuk memulakan perjalanan kita. Seterusnya pada jam 9 pagi kami pun bertolak bersama dengan rombongan.

Kami pun mengambil laluan jalan Kuala Krai.

Kami berhenti sekejap untuk mengisi minyak di Kok Lanas kemudian terus menyambung perjalanan.

Kami juga mengambil laluan ke Selising, Pasir Puteh.

Sebaik berada di Selising jalan mula sesak disebabkan ada kemalangan di situ. Ooo... patutlah polis pun membuat sekatan jalan raya di situ ada kemalangan. Kemalangan itu melibatkan Toyota Avanza dan treler.

Kami pun sampai sekejap sahaja di Padang Pak Amat untuk mengambil kenalan saudara maranya.


Kemudian kami pun meneruskan perjalanan dengan melalui jalan Pasir Puteh untuk ke Kuala Terengganu.

Sebaik kami sudah melepasi pintu sempadan Terengganu untuk sampai ke Setiu. Kami pun menerjah lalu ke bandar Jerteh. Nampaknya laluan pun sudah clear dan tak ada apa-apapun kereta sesak.

Nampaknya jam 11.30 pagi kami pun dah melepasi bandar Setiu kemudian mengambil jalan Kuala Berang untuk sampai ke Kuantan, Pahang.

Sebaik sudah sampai di Kampung Pasir Simpul iaitu sekitar lebih 20 km ke Kuala Berang kami pun singgah di masjid ini untuk makan tengahari. Lihat artikel Masjid Kampung Pasir Simpul, Hulu Terengganu di dalam blogspot Jom ke Masjid

Selepas itu kami pun sudah sampai ke bandar Kuala Berang tepat jam 12.40 tengahari. Hajatnya saya mahu singgah di kedai makan Umira Nasi Kukus tetapi kami pun berasa sudah kenyang.

Seterusnya kami juga mengambil jalan Bukit Besi untuk sampai ke Kuantan, Pahang lalu singgah di bandar Al-Muktafi Billah Shah.

Di celah-celah bandar Al-Muktafi Billah Shah kami pun singgah menunaikan solat Jumaat di sana. Lihat Masjid Sultan Mahmud, Bandar Al-Muktafi Billah Shah.

Tepat jam 2.40 petang sebaik kami berada di Dungun tiba-tiba hujan lebat mula membasahi kereta. Hujan pun berhenti pada jam 3.25 petang. Kami pun berhenti sekejap kerana ada masalah pada kereta Wira biru yang dipandu bapa saudara di Kuantan sementara menunggu seorang lagi bapa saudara untuk menunjukkan arah laluan untuk ke rumah kenduri esok. Tepat jam 4 petang kami pun meneruskan perjalanan untuk sampai.

Sebaik jam 4.15 petang kami pun sudah sampai di Beserah, Kuantan, Pahang. Kami pun berasa penat kerana perjalanan jauh lalu menginap di homestay lalu bermalam di situ. Bersambung ke artikel seterusnya...

No comments:

Post a Comment

Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel  Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu  yang dipersembahkan pada 30 Ok...