Thursday, 4 October 2018

Melihat rumah HALUAN pemilik KTD di Taman Uda Murni

Salam semua. Sabtu lepas 29 September 2018 saya pergi ke Taman Uda Murni, letaknya 3 km dari asrama KTD Tanjung Chat dengan menaiki motosikal. Petangnya barulah melihat sendiri rumah pemilik HALUAN. Letaknya berhampiran pintu gerbang bersebelahan Masjid At-Taqwa (lihat artikel Masjid At-Taqwa, Taman Uda Murni di blogspot Jom ke Masjid).

Barulah saya tahu ini adalah rumah HALUAN di bawah milik KTD. HALUAN adalah singkatan bagi Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia.

Dahulunya ini adalah Kolej Kediaman Pelajar Antarabangsa. Bangunan ini menempatkan pelajar KTD dari luar negara.

Sekarang barulah dinaik taraf menjadi rumah HALUAN kerana pelajar dari luar negara jarang dilanjutkan pelajarn di situ.

Cuma pintu pagar ini sudah dikunci. Cukuplah hanya dapat melihat dari luar.

Ini adalah kedudukan rumah HALUAN di dalam peta Google Maps. Klik di sini untuk melihat kedudukan rumah HALUAN.

Yang baru saya perasan jaraknya hanya sampai 5 minit sahaja dari asrama KTD Tanjung Chat.

No comments:

Post a Comment