Monday 29 October 2018

Pesat Akhir KTD 2018 bersama Dr Abdullah Sudin

Ini ada satu lagi perkongsian daripada majlis ilmu yang diadakan Khamis lalu

Khamis lepas selepas sesi pengajian ada satu majlis ilmu dipanggil Pesat bertempat di sebuah kolej di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Singkatan Pesat merujuk kepada Pembangunan Sahsiah Dan Akhlak Terpuji yang sebelum ini pernah dianjurkan oleh pihak kolej ini.

Majlis ini berlangsung pada 25 Oktober 2018 bertujuan untuk membentuk para pemuda lebih mengenali ilmu agama pernah disampaikan oleh para penceramah. Kini adalah giliran bagi Dr Abdullah Sudin untuk memberikan pelancaran Pesat Akhir untuk tahun ini.

Dr Abdullah Sudin menyampaikan sedikit kuliah Pesat. Beliau telah menyatakan mempunyai matlamat dan sahsiah hidup melalui syurga. Keruntuhan akidah disebabkan masalah akhlak Dan kemiskinan. Kebanyakan remaja keruntuhan akhlak disebabkan penagihan dadah. Dengan izin Allah melakukan tugas untuk bertanggungjawab menjalankannya. Pendapatan tinggi maka dapat Kita mampu. Beramal dengan ilmu Dan berusaha. Dalam Iraq bismi rabbikallazi khalaq Kita seharusnya baca alQuran.

Kehadiran majlis ilmu itu memang dikatakan tak ramai. Kadangkala kebanyakan mereka mempunyai kesibukan memanjang. Semoga majlis ini dapat dipermudahkan segala urusan dan memberi tauladan kepada para pemuda semua termasuk saya.

No comments:

Post a Comment