Sunday 7 October 2018

Program Rehlah Pelajar Asrama Siswa KTD - Bahagian 1

Merujuk daripada artikel mengenai Melihat rumah HALUAN pemilik KTD di Taman Uda Murni iaitu berkaitan dengan rumah HALUAN yang dahulunya kolej penginapan pelajar antarabangsa di Taman Uda Murni. Maka ada sedikit perkongsian daripada program pelajar asrama siswa yang berlangsung dua hari lepas iaitu Jumaat 5 Oktober dan Sabtu 6 Oktober 2018...

Program itu dimulakan ada taklimat ringkas daripada Safwan Sem 3 di surau asrama siswa KTD di Tanjung Chat pada petang Jumaat 5 Oktober 2018.

Antara yang hadir dalam taklimat.

Selepas solat Asar kami bertolak ke Taman Tengku Anis untuk checkpoint mengenai tafsir al-Quran.



Kami pun melakukan aktiviti explorer bersama untuk mencari checkpoint.


Checkpoint 2 iaitu tafsir Surah Ad-Dhuha. Selepas itu kami berlakon mengenai kisah anak yatim.



Aktiviti ini tamat pada pukul 6.30 petang.

Selepas solat Isyak, kami menikmati jamuan makan malam bersama sambil menikmati bihun goreng dengan ayam bakar.

Selepas makan malam, Abang Syahmi Warden telah menyampaikan ucapan pertama.

Sejumlah pelajar asrama siswa hadir bersama.

Selepas ucapan pertama daripada Abang Syahmi, sembang santai bermula bersama dengan Encik Naim dan Professor Hakim.

Pada jam 11.30 malam, kami bersama membaca Surah Al-Mulk pada hari tersebut.

Kami mengambil gambar kenangan bersama. Jika menjadi insan yang berjaya janganlah mudah berputus asa ke hari esok dan seterusnya. Bersambung daripada artikel seterusnya...

No comments:

Post a Comment

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...