Wednesday 19 December 2018

PERJUANGAN TETAP DITERUSKAN WALAU KURANG MENONJOLKAN DIRI

Salam semua. Baru ini saya dan keluarga sepatutnya 14 Disember baru ini saya merancang pergi ke Bangi, tapi saya ada masalah kesihatan sebabnya demam. Saya masih bingung dengan perkembangan politik negara yang asyik tak habis-habis menyalahkan satu sama lain. Saya sedih dengan keadaan begitu partisan - kalau sokong satu pihak itu pihak itu sahaja yang betul, lawannya mesti salah kesemuanya dan begitulah sebaliknya. Jarang ada jalan tengah yang dapat melihat pihak yang disokong ada kesilapannya, pihak yang dilawan juga ada betulnya




Sebagai penutup kepada luahan yang terbit akibat rasa lega satu tugasan penting baru dapat diselesaikan biar dikongsikan sedikit gambar yang diambil sendiri pada penghujung perhimpunan anti-ratifikasi ICERD di Kuala Lumpur pada hari Sabtu 8 Disember baru ini. Sempatlah menjengok sebentar walau dah tinggal 'ekor' selepas menghadiri satu majlis keluarga di lokasi lain ibu kota. Dikongsikan sekali dua perenggan terakhir daripada tugasan kelas yang baru siap tadi...



"Untuk makluman antara kami terdapat sejumlah pejuang ekonomi Islam yang berpendidikan tinggi, pernah memiliki kedudukan dalam sistem kewangan, perbankan juga perundangan Tetapi mereka keluar setelah mendapati bagaimana sistem kewangan sedia ada dengan duit kertasnya melanggar prinsip syumul Islam. Sistem yang terpakai di merata dunia kini sebenarnya berlandaskan apa yang dipanggil sebagai fractional reserve banking (Kameel, 2009). Ia adalah sistem riba’ berganda yang turut terpakai pada setiap bank negara di bawah tatacara kewangan moden. Oleh itu ia juga mempengaruhi aliran kewangan bank yang mengakui Islam.

Legasi-legasi yang kami tinggalkan tetap bergerak untuk memperjuangkan Melayu dan Islam. HIKMAH mungkin tidak terlibat secara langsung dalam perjuangan menentang ratifikasi ICERD (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination) yang menarik jutaan ummah untuk berkumpul di Kuala Lumpur menzahirkan penentangan pada 8 Disember 2018. Tetapi rakan-rakan dan ramai yang menerima faedah daripada acara-acara kami tetap terus berjuang dalam pelbagai medan demi kemaslahatan ummah "








Nota tambahan : Sebagai lanjutan daripada posting FB ingin saya mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur perhimpunan anti-ICERD di Dataran Merdeka. Dalam hal ini saya melihat PAS begitu cekap dan lancar dalam mengendalikan penyertaan. Perhimpunan bukan sahaja aman malah jalan-jalan kelihatan begitu bersih, lebih bersih daripada hari-hari biasa..

Saya juga ingin menyatakan sedikit kekesalan dan rasa terkilan akibat tidak dapat menyertai perhimpuan lebih awal di belah pagi yang dihadiri oleh ramai rakan-rakan aktivis persilatan untuk menyerahkan memorandum anti-ICERD kepada Istana Negara. Hati saya berbelah bagi antara hendak bergerak awal ke sana dengan meluangkan masa bersama keluarga juga antara penat yang belum kebah setelah kembali daripada perantauan kemudian harus menghadiri satu majlis keluarga di bahagian lain ibu kota dalam tempoh masa yang sama. Semoga kawan-kawan faham saya tidak pernah membelakangkan perjuangan. Cuma cara menzahirkan itu kadangkala saya berbelah bagi antara menunjukkan diri dengan kelihatan seperti tidak mengambil peduli. Ini kerana sambil mereka yang jujur bergerak untuk memartabatkan Melayu dan Islam masih ramai yang munafik melaungkan slogan serupa tetapi sebenarnya hanya bergerak demi keselesaan dan kesenangan peribadi semata-mata.

No comments:

Post a Comment