Saturday, 5 January 2019

Dari Kota Bharu ke Wakaf Che Yeh dan Pendek - Perjalanan iktikaf semperna penutup tirai tahun 2018

Selamat tahun baru 2019, hari ini baru sudah masuk hari ke-5 tahun baru. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan selamat tahun baru. Semoga tahun baru 2019 lebih baik dan bermakna dari tahun sebelum itu. Merujuk kembali kepada artikel Kitab Perjanjian Pondok di Pondok Bunut Payong yang dikirimkan pada Ahad 30 Disember 2018. Bahawasanya tengah hari dan petang hujung minggu lepas saya keluar dari rumah untuk sesi iktikaf semperna penutup tirai tahun 2018. Ini ada satu lagi cerita dari tahun 2018. Inilah ceritanya...

Tengah hari Sabtu 29 Disember 2018 bergeraklah saya menghala ke Kota Bharu untuk memulakan sesi pengiktikaf semperna penutup tirai tahun 2018.

Selepas ada satu urusan di bandar Kota Bharu lalulah singgah ke Masjid Telipot. Ambo singgah solat sekejap bele-bele kita beriktikaf.

Kebetulan pada jam 12.45 tengah hari saya berada di masjid ini. Beriktikaf tidak mengira masa ketika berada di dalam masjid.

Sekarang sudah masuk waktu Zohor saya solat sekejap. Kebetulan ramai jemaah datang disebabkan kalau ada hari bekerja setiap Sabtu hingga Khamis, terutamanya waktu Zohor dan Asar ketika berada di tengah bandar.

Selfie sat sebelum memulakan perjalanan.

Selepas solat Zohor di masjid tadi saya singgah di pekan Wakaf Che Yeh.

Makan sat di sebuah gerai bersebelahan gedung TenTen. Mengidam pula kuetiaw sup.

Petang itu pula saya menghala ke Gaung. Singgah makan gulai (kenduri) di rumah saudara mara saya yang juga Tuan Penghulu kampung itu.

Selepas makan gulai saya berjalan-jalan ke sebuah surau yang tersorok di dalam kawasan kampung. Surau terletak berdekatan rumah yang mengadakan majlis kenduri itu. Lihat artikel Madrasah Purnama, Kampung Gaung, Pendek, Kota Bharu di blogspot Jom ke Masjid.

Alhamdulillah saya makin kekenyangan. Perjalanan terakhir sebelum sampai ke rumah beriktikaf pula di Masjid Mukim Pendek iaitu masjid kampung saya sebelum masuknya waktu solat Asar. Kita dapat melaksanakan solat Tahajud 2 rakaat, Tasbih 4 rakaat dan solat sunat hajat diikuti bacaan Yasin, doa selamat dan doa akhir tahun.


Memandangkan waktu Asar sudah tiba saya solat di masjid ini. Alhamdulillah jadi setakat inilah kita menjejakkan kaki untuk beriktikaf di dua masjid semperna penutup tirai tahun 2018 campur sekali dengan majlis perkahwinan Tuan Penghulu Kampung Gaung, Pendek.

Sunday, 30 December 2018

Kitab Perjanjian Pondok di Pondok Bunut Payong

Sedar tak sedar tinggal 2 hari lagi kita akan memasuki tahun baru 2019. Merujuk kembali kepada artikel yang telah diceritakan mengenai Selamat tinggal Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) iaitu pasalnya Semester 2 telah dihalau oleh PA kerana pointer gagal, maka terpaksalah saya berhentikan dari KTD. Tinggal dua lagi yang ada artikel masih berada di tahun 2018. Kiranya ini adalah artikel terakhir buat tahun 2018. Kalau korang yang tak tahu ini adalah artikel yang ke-32 di dalam blogspot ini. Tengah hari Khamis 27 Disember 2018 saya ada kerja sehari di Bunut Payong, inilah ceritanya...

Sebuah pondok yang dinamakan Madrasah Ahmadiah, Pondok Bunut Payong. Ia dibina terpisah dengan Sekolah Menengah Agama (SMU) Sulamiah.

Sebelum pergi majlis kenduri kawan saya di Taman Guru, Pintu Geng, singgah sekejap di Madrasah Ahmadiah, Pondok Bunut Payong untuk satu urusan. Kemudian, saya singgah solat Zohor di masjid moden di dalam sedikit kawasan kampung (lihat artikel Masjid Mukim Bunut Payong, Wakaf Che Yeh di blogspot Jom ke Masjid). Antara kitab-kitab yang perlu tahu mengenai Perjanjian Pondok.

TEKS MENGENAI PERJANJIAN PONDOK