Wednesday, 16 January 2019

Nolstagia Sekolah Kebangsaan Pendek tahun 2007 - 2012

Merujuk kepada artikel mengenai Blogspot dan laman FB saya ada sedikit perubahan yang dipersembahkan minggu lepas. Ini dapat merasakan cerita daripada zaman ketika di sekolah rendah dulu.

Petang tadi saya pergi ke sebuah sekolah berdekatan rumah saya iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pendek. Walaupun hujan lebat saya tidak menghalang untuk pergi dan melihat sendiri perkembangan semasa berada di dalam kawasan sekolah ini. Ini adalah nolstagia ketika saya bersekolah di sekolah ini semasa berada di tahun 2007 hingga 2012. Saya bertanya kepada pengawal keselamatan yang bertugas saya mahu melawat ke sekolah ini.

Semasa saya pergi menaiki ke tingkat atas untuk berjumpa guru, ada seorang tukang kebun yang tersenyum lebar melihat wajah saya. Dia bertanya kepada saya bagaimana keadaan saya terkini. Dia sudah lama bekerja tukang kebun di sekolah ini dalam berpuluh-puluh tahun (ketika itu bersama dengan saya di sekolah ini).

Kemudian saya terus menaiki tingkat 2 untuk berjumpa dengan Guru Besar bernama Encik Zainuddin di pejabat.

Cuma beliau tidak bertugas di sini kerana beliau pulang ke rumah.

Selepas itu saya pergi ke bilik guru untuk menanyakan khabar. Yang ada bertugas sekarang ini Teacher Liniza dan Cikgu Mahani. Saya ingin berjumpa dengan mereka untuk menanyakan khabar bagaimana keadaan saya.



Selepas itu saya merakam sedikit gambar keadaan terkini SK Pendek. Inilah rupa sekarang SK Pendek tidak seperti ketika berada di sekolah rendah. Semasa saya berada di darjah 3, blok baru empat tingkat, kantin dan pra sekolah telah dibina. Darjah 5 pula blok itu telah siap dibina dan mula digunakan. Jadilah satu kenangan ketika berada di sekolah rendah. Kejayaan ada di tangan anda dan berjaya sampailah ke hari akhirat ini.

No comments:

Post a Comment

Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel  Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu  yang dipersembahkan pada 30 Ok...