Wednesday, 9 January 2019

Perjalanan Pertama Tahun Baru 2019 di Pantai Penarik, Setiu

Throwback pula cerita mengenai perjalanan pertama tahun baru 2019. Petang Jumaat 4 Januari 2019 iaitu selepas solat Jumaat di masjid berdekatan rumah saya bermulalah perjalanan saya bersama keluarga pergi ke Pantai Penarik, Setiu, Terengganu.

Saya memandu melalui jalan untuk ke Kuala Terengganu, tetapi tiba-tiba hujan lebat di Hulu Besut.

Berpandukan dari aplikasi Waze yang saya tengok di paparan sebenarnya saya letakkan Pantai Penarik, tapi saya letakkan Penarik Inn, tetapi mula-mula saya terpaksa pusing balik ke Pantai Penarik semula. Tapi tiada pun pengunjung datang seperti saya tunjuk gambar di atas.

Syukur alhamdulillah inilah baru sampai yang betul-betul ada pengunjung. Kelihatan ombak besar masih melanda di pesisiran pantai di negeri Terengganu dan Kelantan, ramai yang tidak berani datang mandi di situ. Ketika itu ribuk tropika Pabuk sedang melanda di selatan Thailand.

Begambaq sat di atas buaian.

Tepat jam 5.55 petang kami berada di masjid berdekatan dengan Pantai Penarik untuk menunaikan solat Asar. Kubah dan menara masjid itu kelihatan jauh dari jalan utama untuk menuju ke Pantai Penarik. Tertarik pula dengan binaan masjid ini. Lihat artikel Masjid Kampung Penarik, Setiu di blogspot Jom ke Masjid.

Sebaik senja saya berada di Kampung Raja, Besut, tetapi dalam Waze menuju ke laluan kekal. Takpolah kita ambik jalan nok gi alah Kuala Besut pulok.

Hampir-hampir waktu maghrib kami menikmati Sataroll. Sataroll macam bentuk popia biasa, malah dicampur dengan inti seperti keropok lekor dengan isi ikan yang dihancurkan dan kelapa parut putih. Kalau satar, dibungkus dengan daun pisang.

Sebaik sudah masuk waktu maghrib kami singgah di Masjid Mukim Kuala Semerak berdekatan Tok Bali. Dua bulan lepas saya singgah di masjid ini semasa perjalanan ke Bukit Keluang. Ini kali ketujuh pula saya singgah di masjid ini. Rujuk kembali pula cerita mengenai perjalanan ke Bukit Keluang bertajuk Memanjat di Bukit Keluang setelah sekian lama tak singgah di tempat ini yang dibuat pada dua bulan yang lalu.

Sebelum kembali ke rumah kami menunaikan solat maghrib berjemaah di masjid ini. Kebetulan ada dua barisan saf di hadapan imam sedang solat termasuk juga yang bercuti dari Terengganu, Bachok dan Tok Bali.

No comments:

Post a Comment