Saturday 23 February 2019

Kejohanan Merentas Desa SMK Kota 2019 - Senamrobik dan acara larian di sekitar Pintu Geng dan Taman Guru

Merujuk kepada artikel Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Permulaan perjalanan dengan meredah jalan jammed dipersembahkan pada hari Ahad lepas berkaitan dengan permulaan perjalanan ke Bangi pada Tahun Baru Cina 4-9 Februari 2019. Maka cerita mengenai perjalanan tersebut akan menyusul seketika selepas ini. Biarpun ada cerita korang berkenaan dengan kejohanan merentas desa di zaman sekolah menengah ketika itu.

Khamis 21 Februari 2019 iaitu dua hari lepas saya ingin menyertai kejohanan merentas desa di SMK Kota, Kota Bharu. Walaupun jarak dari rumah saya ialah 3 km. Macam biasa laluan terlibat merentas desa ialah sekitar Taman Guru, Pintu Geng dan Kota.

Aktiviti tersebut dimulakan dengan aktiviti senamrobik.

Sebelum menyertai, saya mengisi borang bagi saya sebagai kategori  terbuka. Walaupun saya bekas pelajar SMK Kota 2013 - 2017.

Kebetulan saya lengkap dengan pakaian baju sukan, seluar slack, kad manila dan bertopi sebagai persiapan untuk acara.

Sebelum acara larian bermula, saya bersama bekas-bekas pelajar bergambar bersama-sama. Kebetulan kebanyakan memang pelajar dari tingkatan 5 ketika itu. Kalau saya tingkatan 5 2017.

Acara larian telah bermula. Gambar di atas menunjukkan pintu masuk ke SK Kota sebagai laluan untuk ke Taman Guru.


Saya telah menghampiri Checkpoint 1. Kebetulan laluan ini telah menghampiri Taman Guru, berdekatan dengan Wakaf Che Yeh.

Hampir-hampir sudah Checkpoint 2 saya terlihat papan tanda untuk menuju ke masjid. Berasa keletihan. Lihat artikel Masjid Mukim Taman Guru, Pintu Geng di blogspot Jom ke Masjid.

Selepas itu saya terus membuat acara seterusnya. Tapi masih ingat lagi laluan membuat acara merentas desa semasa saya berada di sekolah menengah itu.

Berdekatan dengan Pintu Geng menghampiri Checkpoint 4. Hampir-hampir dekat dengan checkpoint itu terlihat pula masjid ini. Ketika itu masjid ini ada orang sedang mendengar kuliah. Lihat artikel Masjid Darul Ulum, Pintu Geng.

Selepas berjaya melepasi Checkpoint 5, terasa pula kepenatan. Singgahlah pula di Masjid Kota.

Selepas itu saya menghampiri pula Checkpoint 6. Kelihatan dalam gambar sudah menghampiri SMK Kota maknanya ia adalah garisan penamat.

Dipendekkan cerita jam 10.10 pagi saya berada di SMK Kota yang juga garisan penamat.

Berdasarkan checkpoint, saya sekarang berada di nombor akhir dan tidak dapat menang...

No comments:

Post a Comment

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...