Sunday, 17 February 2019

Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Permulaan perjalanan dengan meredah jalan jammed

Merujuk kepada artikel Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Akan datang yang dipersembahkan pada hari Sabtu minggu lepas iaitu hari di mana saya dan keluarga baru bertolak pulang dari Bangi. Tadi saya berasa teringin untuk mempersembahkan cerita korang mengenai hari pertama perjalanan tersebut.

Perjalanan berkenaan melibatkan beberapa tempat di Bandar Baru Bangi ketika musim perayaan Tahun Baru Cina 2019. Kepada korang yang tak tahu ini adalah artikel yang ke-46 di dalam blogspot ini.

Dua minggu lepas kami sekeluarga bertolak pada pagi Isnin 4 Februari 2019. Sebelum perjalanan kami pun bekerjasama untuk mengatur dan mempersiapkan barangan ke dalam kereta. Di atas gambar merujuk kepada jalan untuk ke Kuala Krai, berdekatan dengan Kok Lanas bermakna perjalanan telah bermula.

Sebaik masuk Kuala Krai ada sebelah kiri jalan yang sedang dibaiki. Patutpun jalan pun ada jammed sedikit sahaja. Malah korang terpaksa melalui laluan sebelah kanan sebagai jalan pintas sementara.

Sebaik masuk Gua Musang keadaan jalan itu masih lancar seperti biasa. Sebaik masuk Paloh untuk menuju ke Gua Musang terlihat pula masjid ini. Ini kali kedua saya singgah. Ketika itu penghujung tahun 2016 semasa perjalanan pulang ke rumah di Pendek dengan menumpang kereta bapa saudara saya. Gambar di atas menunjukkan 12.15 tengahari waktu Zohor belum berkumandang. Sedangkan waktu Zohor tepat pada jam 1.27 tengahari pada hari itu. Ini kerana waktu solat sekarang ini memang agak lewat. Lihat artikel Masjid Sultan Ahmad, Paloh, Gua Musang di blogspot Jom ke Masjid.

Selepas singgah di masjid tadi kami meneruskan perjalanan. Masih lagi berada di Gua Musang.

Seperti biasa kami melalui lebuhraya CSR di Merapoh sebagai laluan utama ke Kuala Lumpur. Sebelum itu kita terpaksa menggunakan jalan lama Merapoh dengan meredah jammed.

Dari Merapoh kami menghala terus ke Kuala Lumpur. Kami berasa kepenatan lalu singgah di masjid di Dong, Raub untuk solat jamak Zohor dan Asar. Lihat artikel Masjid Qariah Dong, Raub.

Perjalanan diteruskan lagi pada jam 4 petang ketika masih lagi berada di Raub.

Tetapi ketika berada di bandar Raub jalan makin sesak. Campur sekali dengan korang yang membawa berjalan-jalan ke tempat-tempat yang korang tuju.

Sebaik sudah masuk bandar Bentong jalan masih lagi lancar. Selepas bendar Bentong saya pun lalu ke Lebuhraya Karak. Di situlah mereka selalu menggunakan laluan ini sebagai laluan utama ke Kuala Lumpur.

Selepas melalui lebuhraya Karak kami terus melalui MRR2 di Gombak untuk sampai ke Bangi. Laluan inilah kami selalu ulang alik tidak kira pergi ke sekitar Kuala Lumpur atau pulang ke rumah.

Jam 7 petang baru kami sampai ke rumah bapa saudara saya di Seksyen 6, Bangi. Berdasarkan aplikasi Waze yang saya set di Surau Al-Falah menunjukkan arah ke rumah itu...

No comments:

Post a Comment