Wednesday, 6 March 2019

Pesta Buku Kelantan 2019 di Dewan Jubli Perak MPKB

Perkongsian daripada minggu lepas...

Petang Jumaat 1 Mac 2019 saya bergegas ke Dewan Jubli Perak MPKB di belakang Bazar Tok Guru, bersebelahan dengan Padang Perdana, bandar Kota Bharu ada pesta buku terbesar di negeri ini.



Pesta buku negeri Kelantan ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN) dan Persatuan Perpustakaan Sekolah negeri atau PUSTAKA. Bertemakan 'Membaca Membangun Peradaban'. Tema ini memudahkan berilmu tinggi sehingga melanjutkan pengajian di mana-mana pusat pengajian. Pemborongan pelbagai buku-buku adalah dari Syarikat Muda Osman (SMO) Book Stores yang selama ini telah berpusat di negeri Kelantan.

Pesta buku ini bermula 25 Februari hingga 4 Mac 2019, iaitu dalam tujuh hari. Ribuan buku-buku telah dijual dengan harga yang berpatutan dan murah.



Pelbagai buku-buku berunsur keilmuan telah dijual dengan harga memang murah. Tidak la kurang daripada RM 1 ke atas.








Saya telah memilih buku untuk adik saya yang masih bersekolah iaitu darjah 4.




Ada salah seorang yang juga murid daripada sekolah rendah yang masih belum dikenal pasti di negeri Kelantan telah menjawab dan membalas pantun untuk memenangi macam-macam hadiah disediakan.


 Alangkah begitu ramai pun pengunjung yang datang ke pesta buku.



Semoga pesta buku pada masa akan datang lebih meriah. Dengan adanya pesta buku ini dapat memberi manfaat dan memberi contoh teladan kepada semua sehingga berjaya




No comments:

Post a Comment