Wednesday, 22 May 2019

Iktikaf di Bunut Payong

Salam Nuzul Quran. Tanggal 17 Ramadhan setiap tahun kalendar Islam di mana hari turunkannya Al-Quran. Mengimbas kepada artikel Iktikaf di dua masjid di sekitar Kota Bharu yang dipersembahkan pada Ahad lalu. Ini adalah setiap kali beriktikaf di masjid di sekitar kawasan Kota Bharu termasuk pada bulan Ramadan. Jom cerita...

Tengah hari Isnin 20 Mei 2019 saya terus pulang ke rumah lalu beriktikaf di Bunut Payong lalu singgah di masjid ini sebelum waktu Zohor.

Sinilah saya menunaikan solat sunat Taubat, Tahajud, solat sunat hajat dan solat rawatib sebelum masuknya waktu Zohor.


Alhamdulillah ketika waktu Zohor masih lagi ramai juga jemaah. Barisan jemaahnya dalam 4 saf, setaraf dengan masjid kampung saya.

Selepas solat Zohor saya terus beriktikaf di Madrasah Ahmadiah, Pondok Bunut Payong.

Sinilah baru boleh membaca Surah Yunus dengan kitab Surah besar. Disambung lagi dengan Surah Yusuf. Alhamdulillah keadaan sungguh tenang. Semoga ditajamkan lagi akal fikiran dan diberi keluasan ilmu yang bermanfaat,

Sunday, 19 May 2019

Iktikaf di dua masjid di sekitar Kota Bharu

Merujuk kepada artikel Perutusan Hari Guru 2019 dikirimkan Khamis lepas. Artikel tersebut berkenaan dengan bacaan perutusan hari guru 2019 daripada Menteri Pendidikan. So baru saya rasa pergi berehat di masjid sekitar Kota Bharu selepas baru balik Dari kerja pukul 11 pagi. Begini ceritanya...

Pagi Khamis 16 Mei 2019 saya ada kerja sekejap di Pasir Mas. Cuma bertolak pula pukul 11 pagi untuk berehat sambil beriktikaf di masjid. 11.40 pagi saya sudah sampai di bangunan SUK Kelantan dan sampai di surau untuk beriktikaf.

So inilah baru boleh membaca Surah At-Taubah dengan kitab Surah besar. Disambung lagi dengan Surah Yunus. Alhamdulillah keadaan sungguh tenang dan ramai orang. Puah hati ambo. Semoga ditajamkan lagi akal fikiran, diberi keluasan ilmu yang bermanfaat, dilancarkan hujah dan pemahaman sambil ditingkatkan qurbah dan ma'rifat.

12.30 sampai pula di sini ialah Masjid Telipot lalu beriktikaf di masjid ini. Sebelum solat Zohor saya menunaikan solat sunat Taubat, Tahajud, solat sunat hajat dan solat rawatib.

Antara tazkirah Ramadan yang disampaikan selepas solat Zohor ialah :

Rasulullah SAW Amat Pemurah Di bulan Ramadan

Dari Ibnu Abbas radliallahu 'anhu dia berkata; "Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah berbuat kebajikan, terutama di bulan Ramadhan. Kerana setiap tahun Jibril selalu menemui baginda tiap-tiap malam, hingga habis bulan Ramadhan. Rasulullah SAW memperdengarkan bacaan Qur'an kepadanya (dan Jibril menyemak). Apabila Jibril mendatanginya, baginda lebih banyak lagi berbuat kebajikan melebihi angin yang berhembus." (HR Muslim No: 4268) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah adalah contoh terbaik antaranya dalam sifat pemurah yang perlu kita ikuti.

2.  Setiap kita perlu berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian antaranya bersedekah kerana balasan amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.

3.  Bersedekah termasuk di dalamnya menyediakan berbuka puasa kepada orang-orang yang berpuasa  juga kepada golongan fakir miskin.

4.  Konsep "memberi"  (bersedekah)  harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja sepanjang Ramadan bahkan di bulan lain kerana bersedekah memberikan pengaruh yang baik pada peribadi - menghakis sifat kedekut dan mempereratkan ikatan kemesraan anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.

5.  Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk. Firman Allah SWT,

“Apa saja yang ada di sisimu (wahai manusia) akan habis, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal” (QS an-Nahl: 96)

6.  Harta yang kita infak tetap akan kekal pahalanya, namun harta yang tinggal pada kita belum tentu mendatangkan manfaat dan pahala.

7.  Tadarus al-Quraan juga antara amalan yang digalakkan agar dapat menyemak bacaan yang betul

Thursday, 16 May 2019

Perutusan Hari Guru 2019

Salam 11 Ramadhan dan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh Malaysia. Mengimbas kembali artikel Perjalanan semperna Hari Pekerja - Dari Elephant Island ke Pantai Nami dibuat lebih dua minggu lepas. Sepadan juga dengan hari ini, maknanya 16 Mei setiap tahun adalah hari guru bagi seluruh warga pendidik di Malaysia.

Setahu saya bahawa tanggal 16 Mei setiap tahun adalah hari guru bagi seluruh rakyat Malaysia. Sebenarnya hari guru disambut pada hari ini, malah dibuat juga pada hari Khamis 25 April lalu dengan artikel berjudul Sambutan Hari Guru Perdana 3Kota di Padang SK Kota. Sambutan itu dibuat antara tiga sekolah di Kota, Wakaf Che Yeh. Tema hari guru tahun ini ialah Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi. Sama sepadan dengan tema yang dibuat pada sambutan tersebut.



Berikut adalah bacaan perutusan daripada Menteri Pendidikan, Maszlee Malik ialah

Salam Sejahtera,
Yang Berbahagia Tan Sri, Datuk Seri, Dato', Puan Sri, Datin Seri, Datin,
Tuan-tuan, Puan-puan dan para tetamu yang saya hormati sekalian.
(Sapaan terkini disediakan oleh Urus setia)
Pendahuluan

1. Saya mengucapkan terima kasih semua warga Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti Kebangsaan (KPIBKK), Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti Negeri (KPIBKN),sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak Yayasan yang dapat meluangkan masa untuk turut serta dalam majlis ini.

2. Saya selaku Menteri Pendidikan dan bagi pihak Kerajaan Malaysia ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia, khasnya guru-guru di seluruh pelosok negara atas segala pengorbanan dan sumbangan besar mencurahkan ilmu dan memberi tunjuk ajar sehingga kini, saya berada dalam barisan kepimpinan negara. “Terima Kasih Cikgu” atas segala usaha dan kesungguhan yang telah diberikan dalam melaksanakan tanggungjawab mulia ini. Dengan amanah besar ini, guru-gurumendudukisatu darjat yang paling dimuliakan dalam
masyarakat.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

4. Sejak 1972, tanggal 16 Mei disambut saban tahun untuk kita semua memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada seluruh warga pendidik bagi tujuan mengenang jasa bakti dan pengorbanan para guru dalam mencurahkan ilmu dan kesungguhan memberi tunjuk ajar dalamm mendidikanak-anak menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara. Majlis pada hari ini menggambarkan keprihatinan dan komitmen pihak kerajaan menghargai jasa dan pengorbanan guru sejak dahulu lagi. Hal ini membuktikan bahawa guru sentiasa berada di tempat yang istimewa di hati kita semua atas sumbangan bakti yang
tidak ternilai.

5. Guru memikul satu tanggungjawab yang besar dalam memupuk perpaduan serta mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negara melalui sistem pendidikan. Guru perlu membimbing generasi muda untuk menjadi pewaris kepemimpinan negara tanpa mengira latar belakang mahupun perbezaan kaum dan agama. Guru jugalah yang menggilap potensi murid untuk memastikan setiap murid mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, mengamalkan
nilai-nilai murni serta bersedia dalam menghadapi cabaran masa kini.


7. Selain itu, sambutan pada tahun ini bertujuan untuk meraikan kejayaan dan sumbangan guru dalam membentuk serta melahirkan murid yang cemerlang dan berdaya saing selaras dengan aspirasi
pendidikan. Sungguhpun jasa dan bakti guru sukar untuk dibalas, namun sebagai imbalan yang wajar kepada jasa-jasa guru, kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada usaha untuk memartabatkan
profesion keguruan. Dalam konteks ini, pelbagai anugerah dan penghargaan dalam perkhidmatan telah dirangka oleh pihak
Kementerian untuk mempertingkatkan profesionalisme keguruan. Ini termasuklah mempromosi kejayaan guru di dalam dan di luar negara.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

8. Hala tuju pendidikan KPM pada era baharu ini adalah untuk memastikan kemenjadian murid berteraskan 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan manusiawi. Matlamat utama kita adalah untuk melahirkan murid yang dinamik, fleksibel dan berdaya tahan dalam menghadapi apa jua situasi serta berjaya mendepani cabaran kehidupan pada era Revolusi Industri Keempat. Oleh itu, guru dan ibu bapa serta penjaga seharusnya aktif memainkan peranan penting dan
perlu sentiasa menjalinkan kerjasama dengan pihak sekolah bagi mengoptimumkan potensi murid menguasai kemahiran abad ke-21.

9. KPM memberikan penekanan khusus kepada hala tuju mengembalikan cinta ke dalam pendidikan dengan memberi tumpuan kepada tiga nilai dan budaya teras iaitu cinta (love), kegembiraan
(happiness) dan saling menghormati (mutual respect). Saya yakin bahawa sistem pendidikan yang berteraskan nilai ini mampu untuk melahirkan insan yang mencintai satu sama lain, mencintai masyarakat dan akhirnya mencintai negara.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

10. Kementerian Pendidikan Malaysia amat bersyukur dan berterima kasih atas sokongan padu yang diberikan oleh semua warga pendidik terhadap pelbagai usaha dan inisiatif dalam memartabatkan pendidikan negara demi pembangunan modal insan negara. Pelbagai usaha telah
dilaksanakan untuk memajukan pendidikan di Malaysia melalui ppembudayaan amalan pendidikan yang berteraskan kegembiraan, kasih sayang dan saling hormat-menghormati dalam membangunkan sahsiah ke arah kemenjadian murid. Program Ziarah Cakna misalnya cukup bermakna kerana ia bertujuan untuk memperluaskan konsep sekolah penyayang dan memperkukuh hubungan antara sekolah dengan ibu bapa melalui amalan ziarah guru ke rumah murid untuk bertanya khabar ibu bapa mahupun penjaga.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

12. Sukacita saya maklumkan bahawa acara kemuncak, iaitu Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan akan berlangsung pada 16 Mei 2019 dan YAB Perdana Menteri Malaysia dijadualkan hadir ke majlis berkenaan bagi menyampaikan ucapan perasmian khusus untuk warga pendidik. Sudah pasti sambutan hari guru akan lebih terasa kemeriahannya dengan peranan proaktif pihak media sebagai penyebar maklumat terkini. Menyedari hal tersebut, maka pada kesempatan ini, saya amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama pihak media cetak mahupun elektronikyang membuat liputan serta hebahan sepanjang masa tentang pelbagai program dan aktiviti kementerian seperti Majlis Amanat TahunBaharu, sambutan Hari Guru, kebajikan guru, sukan dan kokurikulum dan pencapaian guru di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

13. Saya juga menyarankan agar promosi lebih hebat diadakan bermula pada hari ini untuk menguar-uarkan semua aktiviti yang dilaksanakan ke arah menyuntik semangat warga pendidik dan menyedarkan rakyat di seluruh pelosok negara mengenai
tanggungjawab serta pengorbanan guru dalam mendidik anak-anak kita. Sehubungan dengan itu, Unit Komunikasi Korporat KPM akan menjadi penghubung dengan media massa bagi menjayakan usaha ini.
14. Besarlah harapan saya agar pelaksanaan semua program yang dirancang untuk sambutan hari guru kali ini dapat berjalan dengan lancar. Harapan saya juga agar semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dapat melaksanakan dan menyempurnakan tugas yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya. Penyertaan kaum guru di semua peringkat seluruh negara amat dialu-alukan. Saya berharap agar semua aktiviti tersebut dapat mengeratkan silaturahim dan ukhuwah antara golongan pendidik, murid dan warga kementerian yang hadir bersama-sama nanti.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

15. Sesungguhnya guru amat dipandang mulia dan berperanan penting dalam membina dan membentuk kualiti anak didik dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi memenuhi aspirasi pendidikan. Gurulah yang menjadi tunjang utama dalam merealisasikan kesejahteraan diri insan yang dipimpinnya. Gelaran obor hemah kepada guru menggambarkan tentang kemuliaan, keikhlasan, pengorbanan, tanggungjawab, cabaran, peranan dan komitmen dalam profesion
keguruan. Oleh itu, bertepatan dengan sambutan hari guru pada tahun ini, hasil karya Sasterawan Negara Datuk Seri A. Samad Said diangkat menjadi tema hari guru bagi mempertingkat martabat guru sebagai agen penting dalam memperteguh peradaban bangsa melalui pendidikan.

17. Terima kasih Cikgu! Jasamu dikenang, namamu dijulang.

Sekian. Wasalam.


Sunday, 5 May 2019

Perjalanan semperna Hari Pekerja - Dari Elephant Island ke Pantai Nami

Sebelum kedatangan Ramadhan yang akan tiba pada hari esok, hari ini barulah saya kongsi tentang perjalanan semperna hari pekerja...

Merujuk kepada artikel Sambutan Hari Guru Perdana 3Kota di Padang SK Kota yang dipersembahkan Ahad lepas. Pada 1 Mei setiap tahun adalah hari pekerja di seluruh Malaysia.

Petang Rabu 1 Mei 2019 juga saya pun pergi juga ke Pantai Sabak, Pengkalan Chepa.

Saya juga melalui jalan-jalan sempit untuk ke Kampung Pulau Gajah. Ini kerana terpaksa juga mengambil laluan seperti biasa untuk ke Pulau Gajah.

Alhamdulillah saya pun dah sampai di Pulau Gajah. This is Elephant Island.

Saya pun menyusuri masuk ke kampung tersebut. Singgahla pulok metar (singgahlah sekejap) ke Pasar Nelayan Pulau Gajah untuk membeli ikan sebagai persediaan menyambut bulan Ramadan.


Sambil-sambil itu kita melihat suasana nelayan mencari rezeki di kampung tersebut.

Contohnya ore mace kito pulok (orang macam kita pula) dipanggil Pulau Gajoh sebabnya banyok gajoh kat kawasan tu. Kalau ore Inggeris royak pulok (sebut juga) dipanggil Elephant Island.

Selepas itu barulah menyusuri jalan kampung sambil melihat suasana kampung tersebut. Sebelum saya sampai ke seberang jalan balik, saya pun terlihat masjid ini.

Inilah baru kali keempat singgah di masjid ini. Campur sekali dengan singgah di masjid lama pada ketika itu. Jam sudah 4.35 petang saya pun singgah solat Asar berjemaah di masjid ini. Indah betul binaan masjid ini, semuanya kayu. Lihat artikel Masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah pada waktu siang di blogspot Jom ke Masjid.

Selepas solat saya pun terus ke Pantai Senok, Bachok.

Sebelum balik ke rumah, baru sudah sampai ke Pantai Senok. Terlihat papan tanda ditulis Pantai Nami. Nami berasal dari perkataan Jepun, iaitu ombak. Kenapa ditulis Pantai Nami, sebab pokok-pokok ru ditanam kat kawasan itu kita lihat macam kat negara Jepun. Cukup.