Thursday 16 May 2019

Perutusan Hari Guru 2019

Salam 11 Ramadhan dan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh Malaysia. Mengimbas kembali artikel Perjalanan semperna Hari Pekerja - Dari Elephant Island ke Pantai Nami dibuat lebih dua minggu lepas. Sepadan juga dengan hari ini, maknanya 16 Mei setiap tahun adalah hari guru bagi seluruh warga pendidik di Malaysia.

Setahu saya bahawa tanggal 16 Mei setiap tahun adalah hari guru bagi seluruh rakyat Malaysia. Sebenarnya hari guru disambut pada hari ini, malah dibuat juga pada hari Khamis 25 April lalu dengan artikel berjudul Sambutan Hari Guru Perdana 3Kota di Padang SK Kota. Sambutan itu dibuat antara tiga sekolah di Kota, Wakaf Che Yeh. Tema hari guru tahun ini ialah Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi. Sama sepadan dengan tema yang dibuat pada sambutan tersebut.



Berikut adalah bacaan perutusan daripada Menteri Pendidikan, Maszlee Malik ialah

Salam Sejahtera,
Yang Berbahagia Tan Sri, Datuk Seri, Dato', Puan Sri, Datin Seri, Datin,
Tuan-tuan, Puan-puan dan para tetamu yang saya hormati sekalian.
(Sapaan terkini disediakan oleh Urus setia)
Pendahuluan

1. Saya mengucapkan terima kasih semua warga Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti Kebangsaan (KPIBKK), Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti Negeri (KPIBKN),sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak Yayasan yang dapat meluangkan masa untuk turut serta dalam majlis ini.

2. Saya selaku Menteri Pendidikan dan bagi pihak Kerajaan Malaysia ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia, khasnya guru-guru di seluruh pelosok negara atas segala pengorbanan dan sumbangan besar mencurahkan ilmu dan memberi tunjuk ajar sehingga kini, saya berada dalam barisan kepimpinan negara. “Terima Kasih Cikgu” atas segala usaha dan kesungguhan yang telah diberikan dalam melaksanakan tanggungjawab mulia ini. Dengan amanah besar ini, guru-gurumendudukisatu darjat yang paling dimuliakan dalam
masyarakat.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

4. Sejak 1972, tanggal 16 Mei disambut saban tahun untuk kita semua memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada seluruh warga pendidik bagi tujuan mengenang jasa bakti dan pengorbanan para guru dalam mencurahkan ilmu dan kesungguhan memberi tunjuk ajar dalamm mendidikanak-anak menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara. Majlis pada hari ini menggambarkan keprihatinan dan komitmen pihak kerajaan menghargai jasa dan pengorbanan guru sejak dahulu lagi. Hal ini membuktikan bahawa guru sentiasa berada di tempat yang istimewa di hati kita semua atas sumbangan bakti yang
tidak ternilai.

5. Guru memikul satu tanggungjawab yang besar dalam memupuk perpaduan serta mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negara melalui sistem pendidikan. Guru perlu membimbing generasi muda untuk menjadi pewaris kepemimpinan negara tanpa mengira latar belakang mahupun perbezaan kaum dan agama. Guru jugalah yang menggilap potensi murid untuk memastikan setiap murid mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, mengamalkan
nilai-nilai murni serta bersedia dalam menghadapi cabaran masa kini.


7. Selain itu, sambutan pada tahun ini bertujuan untuk meraikan kejayaan dan sumbangan guru dalam membentuk serta melahirkan murid yang cemerlang dan berdaya saing selaras dengan aspirasi
pendidikan. Sungguhpun jasa dan bakti guru sukar untuk dibalas, namun sebagai imbalan yang wajar kepada jasa-jasa guru, kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada usaha untuk memartabatkan
profesion keguruan. Dalam konteks ini, pelbagai anugerah dan penghargaan dalam perkhidmatan telah dirangka oleh pihak
Kementerian untuk mempertingkatkan profesionalisme keguruan. Ini termasuklah mempromosi kejayaan guru di dalam dan di luar negara.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

8. Hala tuju pendidikan KPM pada era baharu ini adalah untuk memastikan kemenjadian murid berteraskan 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan manusiawi. Matlamat utama kita adalah untuk melahirkan murid yang dinamik, fleksibel dan berdaya tahan dalam menghadapi apa jua situasi serta berjaya mendepani cabaran kehidupan pada era Revolusi Industri Keempat. Oleh itu, guru dan ibu bapa serta penjaga seharusnya aktif memainkan peranan penting dan
perlu sentiasa menjalinkan kerjasama dengan pihak sekolah bagi mengoptimumkan potensi murid menguasai kemahiran abad ke-21.

9. KPM memberikan penekanan khusus kepada hala tuju mengembalikan cinta ke dalam pendidikan dengan memberi tumpuan kepada tiga nilai dan budaya teras iaitu cinta (love), kegembiraan
(happiness) dan saling menghormati (mutual respect). Saya yakin bahawa sistem pendidikan yang berteraskan nilai ini mampu untuk melahirkan insan yang mencintai satu sama lain, mencintai masyarakat dan akhirnya mencintai negara.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

10. Kementerian Pendidikan Malaysia amat bersyukur dan berterima kasih atas sokongan padu yang diberikan oleh semua warga pendidik terhadap pelbagai usaha dan inisiatif dalam memartabatkan pendidikan negara demi pembangunan modal insan negara. Pelbagai usaha telah
dilaksanakan untuk memajukan pendidikan di Malaysia melalui ppembudayaan amalan pendidikan yang berteraskan kegembiraan, kasih sayang dan saling hormat-menghormati dalam membangunkan sahsiah ke arah kemenjadian murid. Program Ziarah Cakna misalnya cukup bermakna kerana ia bertujuan untuk memperluaskan konsep sekolah penyayang dan memperkukuh hubungan antara sekolah dengan ibu bapa melalui amalan ziarah guru ke rumah murid untuk bertanya khabar ibu bapa mahupun penjaga.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

12. Sukacita saya maklumkan bahawa acara kemuncak, iaitu Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan akan berlangsung pada 16 Mei 2019 dan YAB Perdana Menteri Malaysia dijadualkan hadir ke majlis berkenaan bagi menyampaikan ucapan perasmian khusus untuk warga pendidik. Sudah pasti sambutan hari guru akan lebih terasa kemeriahannya dengan peranan proaktif pihak media sebagai penyebar maklumat terkini. Menyedari hal tersebut, maka pada kesempatan ini, saya amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama pihak media cetak mahupun elektronikyang membuat liputan serta hebahan sepanjang masa tentang pelbagai program dan aktiviti kementerian seperti Majlis Amanat TahunBaharu, sambutan Hari Guru, kebajikan guru, sukan dan kokurikulum dan pencapaian guru di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

13. Saya juga menyarankan agar promosi lebih hebat diadakan bermula pada hari ini untuk menguar-uarkan semua aktiviti yang dilaksanakan ke arah menyuntik semangat warga pendidik dan menyedarkan rakyat di seluruh pelosok negara mengenai
tanggungjawab serta pengorbanan guru dalam mendidik anak-anak kita. Sehubungan dengan itu, Unit Komunikasi Korporat KPM akan menjadi penghubung dengan media massa bagi menjayakan usaha ini.
14. Besarlah harapan saya agar pelaksanaan semua program yang dirancang untuk sambutan hari guru kali ini dapat berjalan dengan lancar. Harapan saya juga agar semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dapat melaksanakan dan menyempurnakan tugas yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya. Penyertaan kaum guru di semua peringkat seluruh negara amat dialu-alukan. Saya berharap agar semua aktiviti tersebut dapat mengeratkan silaturahim dan ukhuwah antara golongan pendidik, murid dan warga kementerian yang hadir bersama-sama nanti.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

15. Sesungguhnya guru amat dipandang mulia dan berperanan penting dalam membina dan membentuk kualiti anak didik dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi memenuhi aspirasi pendidikan. Gurulah yang menjadi tunjang utama dalam merealisasikan kesejahteraan diri insan yang dipimpinnya. Gelaran obor hemah kepada guru menggambarkan tentang kemuliaan, keikhlasan, pengorbanan, tanggungjawab, cabaran, peranan dan komitmen dalam profesion
keguruan. Oleh itu, bertepatan dengan sambutan hari guru pada tahun ini, hasil karya Sasterawan Negara Datuk Seri A. Samad Said diangkat menjadi tema hari guru bagi mempertingkat martabat guru sebagai agen penting dalam memperteguh peradaban bangsa melalui pendidikan.

17. Terima kasih Cikgu! Jasamu dikenang, namamu dijulang.

Sekian. Wasalam.


No comments:

Post a Comment