Tuesday, 30 July 2019

Membincangkan perkara yang boleh mengingkar arahan Allah

Salam hari pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Adapun saya pergi ke Madrasah Ahmadiah, berdekatan Bunut Payong sebabnya ada kerja di situ bersama ustaz-ustaz di kawasan sekolah itu. Dilakukan pada hari Khamis 25 Julai lepas. Disajikan pula jalan cerita.


Dalam kehidupan manusia seharusnya kita perlu berhati-hati dengan segala ujian yang melanda umat manusia hari ini.Sesungguhnya Allah SWT telah member peringatan dan menjanjikan azab yang pedih kepada manusia bukan hanya pada yang zalim, malah kepada yang beriman juga.
Firman Allah swt dalam Sural al-Anfal, ayat 25:
وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
“Dan peliharalah dirimu daripada azab yang bukan hanya menimpa orang zalim di kalangan kamu sahaja dan ketahuilah Allah amat keras azab siksa-Nya”
Imam Ahmad bin Hanbal juga meriwayatkan hadis dari Ummu Salamah, ia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Jika timbul maksiat pada umatku, maka Allah akan menyebarkan azab (siksa) kepada mereka. Aku berkata: “Wahai Rasulullah, apakah tidak ada pada waktu itu orang-orang soleh?” Baginda menjawab:”ada”. Aku bertanya lagi: “Apa yang akan Allah perbuat kepada mereka?” Jawab Baginda: “Allah akan menimpakan kepada mereka azab sebagaimana yang ditimpakan kepada orang-orang yang melakukan maksiat, kemudian mereka akan mendapat ampunan dan keridhoan dari Tuhannya.” (HR. Imam Ahmad)
Demikianlah apabila suatu kaum sudah melakukan maksiat dan menentang perintah-perintah Allah swt serta mengkufuri nikmat-nikmatNya, maka sesungguhnya Allah swt akan menurunkan kehinaan dan kebinasaan kepada mereka baik kehinaan di dunia mahupun kehinaan di akhirat. Lalu bagaimanakah dengan kita yang hidup dalam keadaan demikian, kehidupan yang dipenuhi dengan kemaksiatan dan kemungkaran.  Adakah kita sudah mengingatkan kepada mereka akan siksa Allah yang maha pedih ini!.
Firman Allah swt dalam Surah al-Nahl, ayat 112:
وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا قَرْيَةً كَانَتْ آمِنَةً مُطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللَّهِ فَأَذَاقَهَا اللَّهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ. وَلَقَدْ جَاءَهُمْ رَسُولٌ مِنْهُمْ فَكَذَّبُوهُ فَأَخَذَهُمُ الْعَذَابُ وَهُمْ ظَالِمُونَ
“Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan dengan sebuah negeri yang dahulunya aman dan tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segala tempat akan tetapi penduduknya mengingkari akan nikmat Allah, kerana itu Allah merasakan kepada mereka dengan kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka lakukan”.
Ayat di atas menggambarkan dengan jelas betapa Allah swt akan membinasakan sebuah negeri yang penduduknya berbuat zalim dan mengingkari nikmat-nikmat Allah, sehingga Allah menimpakan kepada mereka siksaNya berupa kelaparan dan ketakutan.

Bahkan dalam sebuah hadis sahih, Imam Ibnu Majah meriwayatkan bahawa akan ada lima bencana yang akan menimpa umat ini. Daripada Abdullah bin Umar bin Khattab  ra, bahawa Nabi


Sunday, 21 July 2019

Jemputan ke Kayuhan Amal dan Kempen Kibar Jalur Gemilang SMK Kota 2019

Salam petang Ahad 21 Julai 2019 bersamaan dengan 18 Zulkaedah 1440. Merujuk kepada artikel Masjid baru di Gua Musang mirip 'Masjidil Haram' dipersembahkan pada hari Khamis 11 Jun lepas. Walaupun masih dalam kesibukan pasal mengecat dan memasang pintu jendela rumah saya belum siap, seperti biasa saya akan mempersembahkan satu artikel berkenaan dengan jemputan ke Kayuhan Amal Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang SMK Kota 2019.

Jomla join utk bagi support deh. 24hb Ogos Sabtu. Bermula 7 pagi. Kayuhan Amal Merdeka & Kempen Kibarkan Jalur Gemilang. Bayar RM30 je. Dpt jersey + cabutan bertuah + makan. Anjuran PIBG SMK KOTA, RTM & KOTA CARE. Hadiah2 cabutan bertuah yang menarik disediakan. Boleh hubungi nombor2 yg tertera dalam poster. Tajaan seperti barangan elektrik Kemudi Timur Elektronik dan agensi pelancongan Al-Quds Travel & Tours.

Pelbagai hadiah dan cabutan bertuah akan menanti anda semasa kayuhan amal kemerdekaan SMK Kota 2019 seperti :

Motorsikal
Tiket penerbangan mengerjakan umrah
Basikal MTB
Television LED
Barangan elektrik
Pakej mini perkahwinan (RM500) utk 5 peserta
Penginapan hotel/resort
70 hampers

Inilah antara waktu-waktu ketika program kayuhan dijalankan.

Ini adalah laluan semasa kayuhan amal bermula dari pintu masuk utama SMK Kota, pitstop di SMK Mulong dan garisan penamat di pintu masuk utama SMK Kota. Kayuhan sejauh 36.8 km bermula dari jalan lama Pasir Mas Salor, lebuhraya Pasir Mas Salor, jalan untuk ke SMK Mulong, jalan untuk ke Kadok, lebuhraya Rakyat dan berakhir di pintu masuk SMK Kota. 


Thursday, 11 July 2019

Masjid baru di Gua Musang mirip 'Masjidil Haram'

Salam malam Jumaat. Kurang 2 minggu lepas saya mempersembahkan artikelPintu dan jendela untuk rumah saya siap. Adakalanya masa ini saya banyak terlalu sibuk dengan mengecat dinding dan memasang pintu dan jendela di rumah saya walaupun sudah hampir 4 bulan belum siap sepenuhnya. Baru-baru ini diviralkan dengan pembinaan masjid baru di Gua Musang yang menyerupai 'Masjidil Haram'. Apa yang menarik biarpun hari ini saya akan kongsikan korang berkenaan dengan pembinaan masjid tersebut.

Miripkan seperti Masjidil Haram?

Bukan di Mekah tapi di daerah Gua Musang, Kelantan

Hampir siap tak lama lagi, rekabentuk Masjid Tengku Razaleigh ini mengambil inspirasi design dari 'Masjidil Haram, Mekah'.

Masjid baru yang terletak di Bandar Lama Gua Musang ini bakal menjadi satu lagi mercu tanda pintu masuk negeri Serambi Mekah.



Gua Musang Kelantan bakal mempunyai masjid paling besar dan paling unik di negeri itu dengan pembinaan masjid mirip Masjidil Haram di Mekah.

Masjid menelan belanja RM23 juta ilham Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bakal menjadi mercu tanda dan tumpuan pelancung ke Kelantan.

Dibina atas tanah seluas 1.5 hektar ia mampu menampung hampir 5,000 jemaah.


Keunikkannya tertumpu kepada warna, jubin dan hiasan luar termasuk 9 menara mirip Masjidil Haram.

Ia termasuk ruang tengah dibina batu hitam empat segi yang akan mengalirkan air dari atas umpama Kaabah bagi memudahkan jemaah haji dan umrah berkursus sebelum ke Tanah Suci.