Thursday 11 July 2019

Masjid baru di Gua Musang mirip 'Masjidil Haram'

Salam malam Jumaat. Kurang 2 minggu lepas saya mempersembahkan artikelPintu dan jendela untuk rumah saya siap. Adakalanya masa ini saya banyak terlalu sibuk dengan mengecat dinding dan memasang pintu dan jendela di rumah saya walaupun sudah hampir 4 bulan belum siap sepenuhnya. Baru-baru ini diviralkan dengan pembinaan masjid baru di Gua Musang yang menyerupai 'Masjidil Haram'. Apa yang menarik biarpun hari ini saya akan kongsikan korang berkenaan dengan pembinaan masjid tersebut.

Miripkan seperti Masjidil Haram?

Bukan di Mekah tapi di daerah Gua Musang, Kelantan

Hampir siap tak lama lagi, rekabentuk Masjid Tengku Razaleigh ini mengambil inspirasi design dari 'Masjidil Haram, Mekah'.

Masjid baru yang terletak di Bandar Lama Gua Musang ini bakal menjadi satu lagi mercu tanda pintu masuk negeri Serambi Mekah.



Gua Musang Kelantan bakal mempunyai masjid paling besar dan paling unik di negeri itu dengan pembinaan masjid mirip Masjidil Haram di Mekah.

Masjid menelan belanja RM23 juta ilham Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bakal menjadi mercu tanda dan tumpuan pelancung ke Kelantan.

Dibina atas tanah seluas 1.5 hektar ia mampu menampung hampir 5,000 jemaah.


Keunikkannya tertumpu kepada warna, jubin dan hiasan luar termasuk 9 menara mirip Masjidil Haram.

Ia termasuk ruang tengah dibina batu hitam empat segi yang akan mengalirkan air dari atas umpama Kaabah bagi memudahkan jemaah haji dan umrah berkursus sebelum ke Tanah Suci.

No comments:

Post a Comment