Wednesday 28 August 2019

Kayuhan Amal dan Kempen Kibar Jalur Gemilang SMK Kota 2019 - Bahagian 1

Salam 27 Zulhijjah. Merujuk kepada artikel Jemputan ke Kayuhan Amal dan Kempen Kibar Jalur Gemilang SMK Kota 2019 yang dipersembahkan Ahad 21 Julai iaitu sebulan yang lepas. Artikel tersebut mengenai jemputan untuk menyertai Kayuhan Amal ke SMK Kota kepada semua pengunjung blogspot ini.

Pagi itu juga saya melepaskan peluang untuk pergi ke SMK Kota setelah hampir 2 bulan tidak bertandang ke sini. Nasib baik saya bertolak selepas solat Subuh berjemaah di masjid lalu bersarapan kerana program ini bermula jam 7 pagi.

Penaja-penaja yang menajakan program tersebut seperti KOPTA, Kemudi Timur Elektronik, Al-Quds Travel & Tours, SAG, FAMA, Bank Rakyat, Anuar Talib Construction, Gardenia, Gaya Impian Bridal, 100 Plus, One Laksa, My Batik, Mencury Plus Enterprise, EZ Computer & Technology, Anjung Rebana dan banyak lagi. Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Alumni SMK Kota (KotaCare) dan RTM Kelantan FM.

Keselamatan semasa kayuhan tersebut dikawal oleh PDRM, RELA, Pertahanan Awam dan pengawal keselamatan yang bertugas di SMK Kota.

Ini adalah laluan semasa kayuhan yang disetkan di peta Google. Bermula dari pintu masuk utama SMK Kota, seterusnya melalui jalan Pendek - Salor (Jalan Lama Pasir Mas), seterusnya juga melalui lebuhraya Pasir Mas - Salor dan seterusnya pitstop di SMK Mulong. Selepas pitstop peserta meneruskan kayuhan dengan melalui Lebuhraya Rakyat dan akhir sekali garisan penamat di SMK Kota juga.

Inilah pakaian t-shirt tidak mengira saiz semasa hari kayuhan Amal Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang berserta dengan nombor peserta disertakan dengan makan dan kayuhan basikal.

Antara hadiah yang dimenangi untuk peserta kayuhan seperti hadiah utama berupa sebuah motosikal daripada KotaCare, dua buah basikal, pakej Umrah daripada Al-Quds Travel & Tours, sebuah TV LCD, barangan elektrik daripada Kemudi Timur Elektronik, pakej penginapan 3 hari 2 malam De' Viana Court Wakaf Che Yeh yang bernilai RM500, 5 pakej mini pelamin untuk persiapan perkahwinan daripada Gaya Impian Bridal dan 70 barangan hampers.

Antara peserta kayuhan yang hadir. Keadaan begitu ramai peserta kayuhan yang berkayuh sejauh 36.5 km. Selain peserta daripada negeri Kelantan, peserta lain juga turut terdiri daripada peserta luar daripada negeri Kelantan termasuk Thailand.

Maka baru hari ini saya pergi mendaftar sebagai peserta tanpa kayuhan dengan Cikgu Rohana Mat (guru bahasa Melayu kelas saya semasa tingkatan 5), Cikgu Norazian dan Teacher Norashikin di kelas pendidikan khas. Harga semestinya RM30 berserta dengan makan dan baju t-shirt.

Pada jam 8 pagi peserta telah melepaskan pintu masuk utama untuk memulakan aktiviti kayuhan sejauh 36.5 km.


Walaupun tanpa kayuhan saya mendapatkan nasi di garaj kenderaan pentadbir.


Selepas itu kali ini saya melihat nombor peserta untuk memenangi hamper di papan kenyataan berdekatan dengan kelas pendidikan khas. Kebetulan saya memegang nombor 8991 tiada dalam senarai dan tidak dapat memenangi sebuah hamper.

No comments:

Post a Comment