Saturday, 10 August 2019

Perjalanan kecil sekeluarga di Bachok - Dalam beberapa dugaan

Salam hari Arafah 9 Zulhijjah. Adapun pada hujung minggu lepas saya dan keluarga berkesempatan pergi ke Panchor, Pengkalan Chepa ada satu majlis, seterusnya sebelum solat Asar pergi ke beberapa buah pantai berdekatan Bachok. Kali inilah baru akan kongsikan.

Perjalanan ini bermula selepas solat Zohor Sabtu 3 Ogos 2019. Inilah perjalanan saya dan keluarga pergi ke rumah bapa saudara saya yang juga abang sulung kepada ayah saya di Panchor, Pengkalan Chepa, iaitu 15 km dari rumah.

Sampai dah juga agaknya di majlis perkahwinan yang diadakan di rumah abang ayah saya.

Sebaik masuk dah waktu Asar, singgah sekejap di Pantai Senok untuk kepuasan seketika. Atau dikenali dengan nama Pantai Nami.

Lebih 3 bulan lepas saya pergi ke pantai ini untuk membeli pelbagai persiapan sebelum menyambut bulan Ramadan. Masa itu saya singgah sekejap di Pasar Nelayan Pulau Gajah untuk membeli ikan di situ sebelum masuknya waktu solat Asar kemudian singgah solat di Masjid Ar-Rahman. Lihat artikel Perjalanan semperna Hari Pekerja - Dari Elephant Island ke Pantai Nami.

Dari Pantai Senok kami terus ke Pantai Irama yang terletak di kawasan bandar Bachok. Singgah solat Asar pula masjid ini lalu terlihat dan tertarik. Lihat artikel Masjid Muhammadiah, Beris Panchor, Tawang di blogspot Jom ke Masjid.

Selepas itu kami pun terus singgah di Pantai Irama di kawasan bandar Bachok.

Sesampai di sana kelihatan masih tenang tetapi ada yang sedang ber'gewe' dan sebagainya. Sebaik masuk waktu Maghrib kami pun sampai ke rumah.

No comments:

Post a Comment