Tuesday, 19 March 2019

Kerja sehari di tempat ayah saya bekerja di Cherang Panji

Salam semua. Merujuk kepada artikel Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Misi selesai dipersembahkan pada dua hari lepas, iaitu semua artikel mengenai cerita perjalanan di Bangi semasa hari Tahun Baru Cina 2019 4-9 Februari dikumpulkan. Maka hujung minggu lepas saya ada sehari di tempat ayah saya bekerja.

Jumaat lepas saya bersama keluarga pergi ke tempat kerja ayah saya di Kampung Cherang, berdekatan Panji. Satu tempat kerja tersebut dinamakan Nahim Enterprise.

Ada banyak kayu-kayu diletakkan. Di sinilah saya selalu bekerja di sini, kecuali hari Jumaat. Contohnya pintu, alat perabot, tingkap dan sebagainya. Semuanya diberi tempahan kepada orang yang berminat.

Ada disebabkan rumah saya telah diubah suai loni, maka kami sekeluarga meluangkan masa bekerja di situ. Tingkap dan kayu sudah siap sepenuhnya.

ANTARA KERJA-KERJA YANG SAYA BUAT



Sunday, 17 March 2019

Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Misi selesai

Salam semua. Dua hari lepas iaitu Jumaat 15 Mac lalu saya telah menutup siri cerita perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina lalu menulis artikel terakhir bertajuk Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Menutup siri cerita ke Gua Musang dengan beberapa dugaan. Artikel tersebut bercerita tentang saya bersama keluarga sudah kembali ke rumah pada hari Sabtu 9 Februari. Perjalanan ini bermula pada hari Isnin 4 Februari dan berakhir pada hari Sabtu 9 Februari 2019.

Perjalanan tersebut adalah memakan jarak dalam sekitar 455 km. Campur sekali dengan kami berada di sekitar Seksyen 16 dan Taman Langat Jaya lalu berada di sana selama 6 hari 5 malam.

Kini saya senaraikan di sini semua cerita perjalanan saya dan keluarga pergi ke Bangi pada hari Tahun Baru Cina bulan lepas 4-9 Februari.

1. Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Akan datang

2. Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Permulaan perjalanan dengan meredah jalan jammed

3. Masjid Sultan Ahmad, Paloh, Gua Musang

4. Masjid Qariah Dong, Raub

5. Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Majlis hari lahir di rumah kenalan bapa saudara saya

6. Surau At-Taqwa, Bandar Baru Bangi

7. Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Ziarah ke Seksyen 3 dan bermalam di Taman Langat Jaya

8. Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Riadah ke padang lapang dan ziarah di Taman Impian Putra

9. Surau Al-Ikhwan, Taman Langat Jaya, Bandar Baru Bangi

10. Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Berjumaat di West Country dan meredah hutan di belakang surau

11. Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Menutup siri cerita ke Gua Musang dengan beberapa dugaan

12. Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang