Salam Jumaat. Setelah beberapa masa terlalu lama, barulah sampai masa untuk menamatkan cerita mengenai perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina 2019 di Bangi 4-9 Februari. Bersambung daripada artikel Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Berjumaat di West Country dan meredah hutan di belakang surau.
Pagi Sabtu 9 Februari 2019 barulah kami sekeluarga meninggalkan rumah bapa saudara saya di Taman Langat Jaya, Bangi.
Ketika ini baru kami meredah jalan sesak di bandar Kajang.
Dari bandar Kajang kami terus memasuki lebuhraya Kajang - Cheras untuk bergerak ke Gombak.
Tapi sebaik sampai di MRR2 dekat Gombak jalan mula sesak disebabkan ada projek pembinaan landasan MRT untuk disambung terus ke atas.
Selepas itulah baru menggunakan lebuhraya Karak sebagai laluan untuk balik ke Kelantan.
Selepas melalui lebuhraya Karak, kami terus masuk ke bandar Bentong.
Tetapi jalan ke bandar Bentong pun sesak jugak kalau korang nak balik ke kampung halaman masing-masing.
Jam 2 petang barulah kami berada di lebuhraya CSR berdekatan Chegar Perah. Kami berhenti di Chegar Perah sebelum sampai ke Merapoh. Kami rasa dah macam mengantuk. Dalam Google Maps menunjukkan arah melalui CSR dari Chegar Perah ke Merapoh dan Gua Musang ialah dalam 55 km.
Sebaik sudah masuk sempadan ke negeri Kelantan, kami terus masuk ke bandar Gua Musang. Ketika berada di bandar ini kami terus singgah di masjid utama bandar ini. Rasanya sudah kali kedua baru singgah di masjid ini. Ketika itu penghujung tahun 2017 hujan lebat pada musim tengkujuh. Lihat artikel Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang di blogspot Jom ke Masjid.
Selepas itu barulah meneruskan lagi perjalanan untuk sampai ke rumah. Sedangkan keesokan harinya Ahad anak-anak bersekolah kalau di negeri Kelantan, Terengganu, Johor dan Kedah.
Jam 7 petang barulah kami sampai ke Kok Lanas berhampiran Ketereh. Berdekatan dengan roundabout Kota kami terus singgah di surau di atas tapak kebakaran surau lama kayu untuk solat Maghrib. Tetiba perut sudah lapar kami pun beli Nasi Air Dingin di kampung ini.
Selepas itu barulah kami sampai ke rumah pada jam 9 malam. Meter menunjukkan ayah saya telah memandu sejauh 455 km sepanjang berada di Bangi selama 6 hari 5 malam semperna Tahun Baru Cina. Rujuk kembali artikel mengenai Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Akan datang. Kalau korang yang tak tahu ini adalah artikel yang ke-57 di blogspot ini. Sekian tamatlah perjalanan kita pada kali ini. Bye!!!
Take a journey across space and time through the multi-dimensional door that is the soul of my being FB : Mohd Afiq Aslam IG : afiqaslam_271100
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah
Salam. Merujuk pada artikel Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu yang dipersembahkan pada 30 Ok...
-
Salam malam Jumaat. Dikongsikan satu artikel berkenaan dengan 7 buah masjid yang tercantik di Kelantan. Antaranya 1. Masjid Muhammadi ...
-
Salam Jumaat. Merujuk pada artikel Mari hadir ke pameran Artifak Rasulullah dan Para Sahabat Ridhuan AS dipersembahkan pada Rabu 14 Oktobe...
-
Salam hari Arafah. Sedar tak sedar esok bermulanya Hari Raya Aidil Adha, dikenali dengan hari raya korban atau hari raya haji. Disambung lag...
No comments:
Post a Comment