Salam Jumaat ke-3 untuk tahun baru 2020. Rasanya esok sudah genap sebulan perjalanan pertama di sekitar Lembah Klang sejak 18 Disember 2019. Tetapi kita masih meneruskan lagi cerita perjalanan tersebut yang mana perjalanan kami sekeluarga berada di hari ke-3. Di mana kami berada tepat pada hari Jumaat. Maka bersambunglah daripada artikel Perjalanan akhir tahun 2019 - Makan malam di Putra Heights.
Setelah 18 dan 19 Disember 2019 berada di rumah saudara saya di Jalan Pilus Dua. Maka esoknya tengahari Jumaat 20 Disember 2019 kami terus pergi ke Pusat Bandar Hicom, Shah Alam untuk pergi menunaikan solat Jumaat.
Kebetulan ramai orang apabila waktu solat Jumaat sedang sibuk. Maka singgah di masjid ini untuk menunaikan solat Jumaat. Masjid ini dua tingkat walaupun ruang dalamnya luas. Lihat Masjid Al-Munawwarah, Pusat Bandar Hicom, Shah Alam di blogspot Jom ke Masjid.
Cuma saya pergi lebih kurang 12.50 tengahari. Ketika itu ada kuliah.
Selepas solat Jumaat saya pun terus keluar pergi ke gerai berdekatan masjid. Alangkah ramainya orang apabila waktu solat Jumaat sudah selesai.
Dicampur lagi dengan membeli beraneka makanan dan minuman untuk para pengunjung.
No comments:
Post a Comment