Salam Rabu. Setelah beberapa lama, kita terus memasuki hari ke-7 perjalanan ke Lembah Klang. Bersambung daripada Perjalanan akhir tahun 2019 - Jalan-jalan cari makan di Sungai Merab.
Pagi Selasa 24 Disember 2019 kami bersama saudara saya pergi ke Nilai, Negeri Sembilan.
Laluan yang saya hendak ialah laluan untuk ke rumah sepupu saya untuk menghala ke Bandar Seri Putra.
Rasa-rasa kalau berjalan dari Bangi ke Nilai dalam lebih kurang 40 minit aje. Ini kerana kedudukan perjalanan dekat, seperti kita pergi di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor jika di negeri kita ni je.
Sekitar 11.00 pagi kami pun sudah sampai ke Nilai.
Kami pun singgah di sini untuk membeli kain langsir untuk rumah saya.
Saya rasa dulu zaman ketika umur 10 tahun tak silap saya pernah pergi ke Nilai. Ketika itu kedai tidak berapa meriah seperti kedai zaman sekarang, tetapi sekarang meriah.
Seterusnya kami terus meronda-ronda di sekitar kedai-kedai di Nilai untuk membeli beg sekolah adik saya. Nama pun seperti kedai karpet dah.
Kemudian kami singgah di pasaraya FM. Masa kanak-kanak dulu pasaraya ini belum ada. Den singgoh dulu.
Selepas itu barulah makan pencuci mulut pada tengah hari.
Sampai di Sungai Merab, Bangi kami pun singgah di kedai makan ikan bawal.
Dalam keadaan hujan lebat ketika itu kami menikmati makan tengah hari.
Seterusnya pada sebelah petang pula saya pun pergi ke taman permainan yang berdekatan selepas solat Asar di surau ini. Lihat artikel Surau Al-Islah, Taman Langat Jaya, Bangi di blogspot Jom ke Masjid.
Baru perasan ada sekumpulan budak-budak dalam belasan tahun bermain bersama-sama.
Tak sangka ada dua orang budak lelaki bermain bersama-sama saya termasuk seorang remaja lelaki berbangsa India. Mereka kata nak bermain bersama-sama. Takpelah saya nak bermain jugak untuk naikkan peluh.

No comments:
Post a Comment