Friday, 25 September 2020

Jejak perkahwinan di Melaka dalam tempoh PKPP - Dugaan hujan lebat di dua tempat berasingan antara Melaka dan Negeri Sembilan

Salam Jumaat edisi 8 Safar 1442H. Masih dalam sambungan daripada artikel Jejak perkahwinan di Melaka dalam tempoh PKPP - Berselam di Klebang



Pagi Isnin 31 Ogos 2020 iaitu hari ulang tahun kemerdekaan yang ke-63 kami terus meninggalkan Melaka untuk sampai ke Bangi semula. 

Nampaknya ibu saudara saya melalui jalan masuk ke masjid yang bercirikan seni bina Cina yang dikatakan ada di Melaka. Berhampiran dengan Stadium Hang Jebat di Krubong. 

Kami terus bingkas masuk ke masjid ini untuk melihat apa yang menarik di kawasan ini. Lihat artikel Masjid Cina Negeri Melaka di blogspot Jom ke Masjid

Tapi kami dihalau oleh petugas keselamatan wanita maka tidak dapat memasuki ke dalam. Petugas keselamatan tersebut menegaskan hanya singgah untuk waktu-waktu solat tertentu sahaja berdasarkan pematuhan SOP yang dijalankan oleh pihak masjid sendiri. Tapi cukuplah hanya melihat dari luar sahaja dan insyaAllah moga panjang umur dapat masuk ke dalam untuk persinggahan solat lagi. 

Dalam keadaan hujan lebat, diteruskan lagi perjalanan untuk ke Bangi dengan menggunakan laluan ke Alor Gajah untuk sampai ke Lebuhraya Plus. 

Dalam jam 11.47 pagi kami terus memasuki Lebuhraya Plus arah utara untuk sampai ke Bangi. 





Alhamdulillah 12.48 tengahari hampir 2 jam kami sudah sampai di rumah nenek saudara saya di Bangi semula. 


No comments:

Post a Comment