Saturday, 4 December 2021

Segmen Mesra Koperasi IKIM FM bersama Pengerusi Koperasi SMK Kota Berhad

Salam semua. Ada satu perkongsian tentang rancangan khas menerusi radio mengenai koperasi sekolah berhampiran rumah kita itu SMK Kota di Kota Bharu bakal diiktiraf sebagai koperasi antarabangsa dan perolehan lebih RM1 juta untuk koperasi sekolah tersebut. 



Rancangan ini berlangsung pada hari Khamis 2 Disember kelmarin menerusi saluran IKIM FM atau merujuk kepada singkatannya "Institut Kefahaman Islam Malaysia". Korang pun boleh mendengarkan suara melalui siaran radio tersebut mengikut frenkuensi di tempat korang masing-masing dan korang juga boleh menonton siaran langsung menerusi Facebook Live. Rancangan Segmen Mesra Koperasi ini disampaikan oleh Tuan Hj Shamsul Bahari Jaafar, Pengerusi Koperasi SMK Kota Berhad. Beliau juga merangkap sebagai Pengetua SMK Kota. Segmen ini bertujuan untuk melihat kepada perkembangan terkini untuk memajukan dan memperoleh lebih RM1 juta untuk membangunkan dan memajukan koperasi SMK Kota. 



Koperasi SMK Kota telah ditubuhkan pada 31 Januari 1987, antara yang terawal ditubuhkan namun digerakkan dengan baik sehingga mendapat salah satu koperasi terbaik di Malaysia buat masa ini. Pada peringkat awalnya, hanya RM2 hingga RM10 diberikan kepada seramai 1,100 pelajar dan 130 kakitangan. Secara ringkasnya aktiviti bermulanya koperasi ditubuhkan pada masa itu, mottonya ialah pelanggan keuntungan untuk semua warga SMK Kota itulah matlamat kami. Selaras motto itu banyaklah aktiviti dijalankan di koperasi sekolah itu. 

Aktiviti peruncitan telah diperkenalkan pada 17 Jun 2012 yang dilancarkan Timbalan Menteri Kewangan, YAB Datuk Awang Adek Hussin dibantu oleh pihak ANGKASA (Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad) yang memberikan komitmen kepada sekolah kami. Pada masa itulah berkembang sebagai kedai runcit di mana letaknha di sebelah kantin sekolah. 

Seterusnya koperasi sedia ada itu diperbesarkan dan dinaik taraf kepada pasaraya pada tahun 2018. Ianya telah menyumbang pendapatan tertinggi dalam urus niaga sehingga mencapai RM5,000 setahun pada masa itu. Setahun kemudian terus dimajukan sebagai kiosk koperasi terbesar. 

Pada tahun 2010 kiosk koperasi telah diperkenalkan dan merupakan kiosk koperasi pertama dengan dijual makanan ringan pada masa itu di Malaysia. Kiosk koperasu tersebut menjadi perintis kepada koperasi sekolah-sekolah lain di Malaysia tatkala di Kelantan. 

KopMart berada di luar pagar sekolah itu pula antara masih berada di kawasan sekolah itu. Kajian menunjukkan premis diwujudkan pada 26 Jun 2014 itu banyak kuasa beli di luar. Kiosk KopMart telah memberi banyak barangan keperluan di sekitar dan juga sebagai pembekal restoran di tempat kita. 

Kedai kiosk untuk kemudahan fotostat mula diwujudkan pada tahun 2007 terletak di belakang kantin sekolah ini. Kewujudan kiosk tersebut memudahkan bukan sahaja warga sekolah malah masyarakat setempat untuk kemudahan fotostat sahaja. Keuntungannya adalah sebanyak RM10,000 setahun. 

Pada 20 Jun 2013 wujudnya pula ejen bank Simpanan Nasional (BSN) hanya terhad kepada RM50 sahaja untuk satu-satu transaksi melibatkan bil dan top-up bayaran. 

Walaupun sekolah ini tidak mempunyai asrama, koperasi sekolah ini juga turut menyediakan dobi untuk kemudahan mencuci pakaian. Keuntungan itu telah mencapai 20 peratus. 

Selain itu juga pihak koperasi juga turut menyediakan produk milik koperasi sekolah sendiri, antaranya : 

1. Minuman cincau telah dilancarkan pada 28 April 2016 dikeluarkan oleh pelajar dari kelas MPV SMK Kota dengan kerjasama koperasi sekolah. Ianya telah dipasarkan di koperasi KopMart dan sekitar SMK Kota. 

2. Sos bilis atau budu telah diperkenalkan pada tahun 2019 merupakan produk diminati ramai dalam kalangan rakyat Kelantan dijenamakan sebagai Sos Bilis KOPTA. Pengedaran produk ini dipasarkan di seluruh negara menerusi pos, COD dan sebagainya. 

3. Madu kelulut juga ramai mendapat permintaan di pasaran. Ianya telah dibantu oleh pihak ANGKASA demi mengusahakan madu kelulut ini. Kemudian dipasarkan di koperasi sekolah di kawasan ini. 

4. Pemasaran kain eller untu kaum wanita dan kain batik untuk kaum lelaki turut dipasarkan di koperasi sekolah ini. 

5. Sepanjang musim perayaan, ia turut menyediakan kuih raya keluaran koperasi sekolah sendiri yang disediakan oleh pelajar MPV dipasarkan di sekitar koperasi termasuk rakan-rakan koperasi sekolah lain yang mempunyai hubungan dengan kami. 


Aktiviti pelancongan terbahagi kepada dua iaitu pelancongan dalam dan pelancongan dari sekolah lain. Bukan sahaja sekolah di Kelantan, malah dari sekolah-sekolah negeri lain juga turut datang melawat koperasi di sekolah ini. 

Pihak juga turut menyediakan penyewa atau hotel murah di sekitar Wakaf Che Yeh untuk menempatkan rombongan dari luar. Pada waktu malam pula turut menjemput datang ke sekolah kami untuk mengadakan aktiviti tradisional seperti aktiviti makanan beradat, melihat persembahan dikir barat dan sebagainya. 

Pihak ANGKASA merupakan rakan sejak penubuhan demi memajukan lagi koperasi di sekolah ini. Ahli Lembaga Koperasi (ALK) khusus kepada warga SMK Kota memberi kerjasama untuk meningkatkan lagi kemajuan koperasi sepertimana yang beliau sebutkan kepada motto tadi. Tujuan memajukan koperasi ini menjadi terpahat dalam hati warga sekolah yang mana sentiasa menggembleng tenaga untuk menyokong dan membeli produk dan perkhidmatan di koperasi ini. Atas dasar itu bermula hubungan ini cukup erat dan semuanya gerakan ini dibantu oleh pihak ANGKASA yang merupakan rakan sehinggalah memajukan dari segi perniagaan. 

Setiap kali peraturan, undang-undang dan urus niaga dengan memulakan perniagaan produk baharu perlu merujuk kepada pihak ANGKASA dari segi peraturan, undang-undang dan sebagainya. 

Usaha untuk memajukan koperasi sekolah ini bukannya mudah untuk cemerlang. Pihak ANGKASA juga turut mengadakan perjumpaan dalam kalangan koperasi sekolah untuk menyediakan satu spesifikasi untuk koperasi berjaya kepada rakan-rakan koperasi sekolah yang lain. Peranan ini sudah tentu tidak berjaya sekiranya pihak bercampur tangan. Mereka lebih tahu bahawa koperasi yang baharu untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Misalnya walaupun pembinaan kiosk di sekolah harian tetapi ada sekolah yang lebih hebat dari segi pembinaan kiosk ini. Pihak ANGKASA juga turut memberi khidmat nasihat untuk mengembangkan lagi premis kiosk untuk dijadikan satu ruang tapak perniagaan yang lebih strategik dan sebagainya. 

Cabang-cabang perniagaan baharu seperti mengeluarkan produk-produk sendiri dan sebagainya dengan mengikut peraturan dan undang-undang dari segi perniagaan. Secara tidak langsung, memberi pendidikan keusahawanan kepada pelajar-pelajar kami. Manakan tahu bahawa suatu hari nanti akan menjadi usahawan yang cemerlang. 

Sebagai penutup segmen ini kepimpinan koperasi dan juga ALK untuk menceburi bidang perniagaan yang baharu dalam kajian pasaran. Kita melihat dari segi keutamaan di sekitar terutama di sekolah kita menambahkan lagi 40 peratus masyarakat di sekitar kita sekiranya mempunyai premis-premis kiosk. Pihak sekolah khususnya dapat membantu produk-produk yang ditawarkan dan selebihnya dipasarkan di pasaran tempatan. 

Akhir sekali, pihak IKIM FM turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak koperasi sekolah dengan kerjasama ANGKASA yang sudi menjemput beliau untuk memberi sokongan padu untuk membincangkan hala tuju koperasi. Sekian. Assalamualaikum. :)



No comments:

Post a Comment