Thursday, 13 April 2023

Ziarah Ramadan 2023 semperna Hari Nuzul Al-Quran

Salam malam Jumaat 22 Ramadhan. Sedar tak sedar hari ini menghampiri penghujung bulan wajib berpuasa di bulan Ramadhan. Lailatul Qadar merupakan malam 1000 bulan. Baiklah, kini meneruskan lagi perkongsian...




Pagi Jumaat 7 April 2023 saya keluar solo dengan menaiki kenderaan awam ke stesen bas Kota Bharu. 





Ini adalah kali pertama melakukan perjalanan secara solo dengan menggunakan perkhidmatan bas. 





Jam 9 pagi bas baru boleh bergerak...





Sebelum bas bergerak terus bergegas ke kaunter tiket pergi dan balik. Maka kali ini perancangan saya untuk meluangkan masa bersama nenek dan sekeluarga yang berada di Bandar Baru Bangi. Kedua-keduanya telah berusia melebihi 70 tahun. 










Jam 3 petang barulah sampai ke Kuala Lumpur...










Jam 5.50 baru sampai di stesen Kajang lalu mengambil saya dengan kenderaan awam untuk sampai ke Bandar baru Bangi. 






Ini adalah kali pertama saya menunaikan solat Tarawih di sekitar Lembah Klang. Gambar ketika sedang menunaikan solat Tarawih di Surau Al-Falah, Bandar Baru Bangi. 





Keadaan selepas waktu Subuh di surau pagi Sabtu 8 April bersamaan 17 Ramadhan 1444H iaitu hari memperingati Nuzul Al-Quran. 





Selepas berbuka puasa, saya bersama sepupu (seumur dengan saya 23 tahun) pergi ke Bandar Seri Putra, 13 km dari Bandar Baru Bangi. Singgah menunaikan solat Tarawih di suraunya. Lihat artikel Rupa baru Surau Al-Ikhlas, Taman Impian Putra, Bangi di blogspot Jom ke Masjid





Ahad 9 April malam Isnin baru bergerak kembali ke Kelantan...





Disebabkan esoknya maka saya kembali pula bekerja. Sekadar ini sahaja perkongsian cerita untuk kali ini. Wasalam. 



No comments:

Post a Comment