Saturday, 23 September 2023

Karnival Jom Heboh Kelantan 2023

Merujuk pada artikel Pesta buku Kelantan 2023 dipersembahkan Khamis minggu lepas. Ada beberapa lagi program yang diceritakan 2 minggu lepas. 





Karnival Jom Heboh 2023 kali ini 'berheboh' di negeri Kelantan pula. Diadakan pada 7 hingga 9 September bertempat di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan (dahulunya TEMAN iaitu Terminal Makanan Agro Negara) di Bandar Baru Tunjong. Karnival ini dianjurkan oleh syarikat radio dan televisyen bersepadu iaitu Media Prima. Di sini radio dan televisyen yang dianjurkan ialah TV3, Molek FM dan sebagainya. 










Pelbagai gerai jualan yang disediakan dalam karnival Jom Heboh ini. Saya pun dapat ke karnival ini pada pagi Sabtu 9 September iaitu pada hari terakhir karnival berkenaan. 










Ini adalah karnival ke-2 'berheboh' di negeri Kelantan sejak tahun 2010. Pada Mac 2010 karnival Jom Heboh Kelantan diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu. Ketika itu umur saya 10 tahun. Ketika itu juga saya dapat menyertainya bersama keluarga termasuk adik saya ketika itu masih bayi. 























Di hadapan pentas ada beberapa pelajar sekolah dari pelbagai negeri selain Kelantan yang mengikuti persembahan koir, sajak dan stories















Hajat saya mahu pekena Kunafa yang sedang hangat pada hari karnival berkenaan. Kunafa merupakan makanan Arab yang menjadi kesukaan ramai kerana menggunakan bihun yang digaring dan dicampur pelbagai perisa yang manis. Ketika itu jam 10.40 pagi gerai Kunafa ini mengalami kelewatan untuk beroperasi 




Thursday, 14 September 2023

Pesta buku Kelantan 2023

Setelah beberapa minggu tidak dikemaskinikan blogspot ini walaupun kesibukan, kali ini pula saya akan berkongsi lagi artikel yang telah dikongsikan sebulan lalu...





Pesta buku Kelantan 2023 berlangsung pada 28 Julai hingga 5 Ogos anjuran bersama Persatuan Perpustakaan Sekolah Kelantan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan SMO Bookstores. Bertemakan budaya membaca pemangkin generasi Madani. Poster ini diedarkan umum untuk pengunjung khususnya untuk pelajar sekolah bertempat di Mydin Mall Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu. Di mana Mydin Mall Bandar Baru Tunjong letaknya lebih kurang 2 km dari rumah saya di Pendek. 





Petang Rabu 2 Ogos baru selesai sudah bekerja saya pun terus ke lokasi Pesta Buku Kelantan 2023 di Aras Dua, Mydin Mall Bandar Baru Tunjong. 





Ini adalah kali ke-47 pesta buku Kelantan tiap-tiap tahun diadakan kecuali tahun 2020 dan 2021 kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung wabak COVID-19. 










Kali ini juga ada diterima dari salah seorang guru SMK Kota, Kota Bharu ditunjukkan dalam status gambar berkenaan dengan sambutan ini.