Monday, 27 May 2024

Majlis Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Negeri Kelantan

Merujuk pada artikel Kompilasi "Perjalanan di Pahang penghujung Syaaban" dipersembahkan Khamis lalu. Sepatutnya artikel tersebut dibuat dalam bulan April, tetapi disebabkan terlalu banyak kerja dibuat terpaksa buat dalam bulan ini. Diteruskan lagi pula bahagian cerita hampir sebulan lalu...





Khamis 2 Mei 2024 malam Jumaat diadakan majlis sambutan Aidilfitri Madani peringkat negeri Kelantan dihadiri oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Anwar bin Haji Ibrahim bertempat di RTC Kelantan, Bandar Baru Tunjong. Majlis akan dihadiri beberapa ahli menteri dan kabinet. 





Selesai satu majlis tahlil di rumah saudara, saya terus ke majlis tersebut. Ketika itu ke majlis jam 9.45 malam. 



 

Nampaknya majlis itu akan selesai kerana majlis itu selesai pada jam 10.30 malam. Perdana Menteri bersama kabinet lain telah berangkat pulang. 
















Thursday, 23 May 2024

Kompilasi "Perjalanan di Pahang penghujung Syaaban"

Oleh kerana tidak membuat artikel tentang kompilasi cerita perjalanan ke Pahang pada hujung Syaaban baru ini. Padahal semua artikel baru ini sudah siap. Walaupun Mac sudah berlalu, maka biar kita kongsikan tentang kompilasi "perjalanan ke Pahang penghujung Syaaban". 





Kali ke-2 perjalanan ke Pahang kerana diadakan satu majlis kenduri sepupu lelaki saya di Chenor pada 1-3 Mac. Memandangkan seluruh negeri termasuk Kelantan dan Pahang ketika itu masih dalam cuti persekolahan sebelum memulakan sesi persekolahan penggal baharu bagi tahun 2024/2025 turut membawa keluarga dan saudara mara untuk ke negeri Tok Gajah ini. Jarak dari Chenor ke rumah sepupu bapa saya lebih kurang 33 km, maka saya bersama ibu bapa ke kawasan tersebut. Pada masa yang sama tarikh 1 Mac turut menjadi hari kelahiran bapa saya yang ke-56. 


1. Perjalanan di Pahang penghujung Syaaban - Nikmat suasana di hari pertama


2. Masjid Ibrahim, Hentian Gua Musang


3. Masjid Kerambit, Kuala Lipis


4. Masjid Jengka Batu 13, Chenor


5. Perjalanan di Pahang penghujung Syaaban - Ziarah di Jengka dan suatu malam ada satu tahlil


6. Masjid Jengka Batu 13 waktu siang


7. Masjid Kampung Gerai, Jerteh


8. Perjalanan di Pahang penghujung Syaaban - Penutup dengan satu majlis kenduri




Monday, 20 May 2024

Pesta Buku Kelantan 2024

Salam semua. Ini adalah perkongsian dari 3 minggu lepas berkaitan buku. 




Pesta buku Kelantan 2024 berlangsung di Aras 2 Mydin Mall Bandar Baru Tunjong pada 25 April hingga 4 Mei 2024. Beberapa penjual buku terdiri daripada hampir keseluruhan bekas pelajar SMK Kota, Kota Bharu. Ia dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, SMO Bookstores dan Persatuan Perpustakaan Sekolah Kelantan. Bertemakan amalan membaca melahirkan generasi MADANI terbilang. 





Bertepatan pada hari Rabu 1 Mei merupakan hari pekerja Malaysia saya pun terus ke pesta tersebut di Mydin Mall Tunjong. Memandangkan ketika itu cuti hari pekerja saya dapat hadir. Ini adalah pesta buku Kelantan yang ke-48. 





Ini adalah kali ke-3 saya bertandang ke pesta buku tersebut dari tahun 2019 hingga sekarang (kecuali 2020 dan 2021 angkara COVID-19). 










Saya pun memilih buku berkaitan dengan Palestin di mana negaranya sedang diancam oleh musuh kafir. Sama-sama kita bersolidariti terhadap Palestin dan menjadikan negara Palestin terus merdeka. 










Untuk pengetahuan korang ini adalah artikel ke-244 di blogspot ini. 



Monday, 6 May 2024

Ke Pengkalan Chepa asbab ziarah raya

Salam 27 Syawal 1445 Hijriah. Satu lagi perkongsian kecil baru-baru ini. 





Pagi Ahad 21 April 2024 bersamaan 12 Syawal 1445 Hijriah saya dan keluarga bersama saudara mara lain dari Kemaman, Terengganu dan Jengka serta Lanchang (Pahang) terus bertolak ke kampung Gaung, Pendek asbab ziarah raya. Yang gambar di atas adalah rumah saudara di kampung tersebut. 





Sepatutnya beraya di Panji, cuma tidak dapat dielakkan. Terus masuk ke Pengkalan Chepa. 






Singgah beraya di rumah sepupu ayah di belakang Balai Polis Pengkalan Chepa. 





Dari laman rumah ada satu pemandangan desa dikelilingi tali air. 





Sampai di Padang Tembak singgah makan di sana. 





Selepas makan singgah di surau berdekatan. Lihat artikel Madrasah Teluk Puteri di blogspot Jom ke Masjid

Selepas itu berkesempatan juga beraya di rumah arwah sepupu ayah di Machang. Bila sampai ke rumah saya telah memandu sejauh 88 km.