Sunday, 28 July 2024

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu. 




Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perjalanan kecil terbaharu untuk ke satu majlis kenduri perkahwinan di Pasir Puteh. Sebelum ini singgah di kampung Gaung Pendek untuk mengikuti rombongan ke majlis tersebut. 





Sampai di bandar Pasir Puteh untuk menunggu beberapa rombongan ke majlis. 





Jam 12.50 tengah hari, baru sampai ke majlis kenduri. Ini disebabkan ramai rombongan berarak ke majlis perkahwinan adalah paling lama. Sepatutnya majlis bersanding tepat pada jam 12. Sebelum majlis bermula singgah dulu di masjid berdekatan. Lihat artikel Masjid Rahmat, Pasir Puteh di blogspot Jom ke Masjid





Dari Pasir Puteh terus menghala ke Tok Bali untuk meneruskan perjalanan. Kemudian singgah di masjid ini. Lihat Rupa terbaru masjid As-Syakirin, Air Tawar, Tok Bali






Baru jam 3.05 petang baru melepasi pintu gerbang sempadan Kelantan - Terengganu dan terus memasuki Besut. 





Kemudian singgah di jeti pekan Kuala Besut. Masa itu terserempak dengan seorang pak cik menunggang motosikal mahu bertanya "Nok g pulau ko" (Nak peri ke pulau ke). Cuma ada masa lagi boleh pergi ke Pulau Perhentian disebabkan ibu dan adik saya takut menaiki bot. 













Kemudian terus berjalan-jalan sekitar pekan. 





Melepasi jambatan Kuala Besut terus singgah pengkalan bot Seberang Kastam. Berdekatannya ada tanah perkuburan. Lihat Tanah perkuburan Islam Seberang Kastam, Kuala Besut





Begitulah nasib penduduk kampung di sekitar sana yang kebanyakannya bekerja secara kampung seperti nelayan dan peniaga demi menyara keluarga. 





Dari Kuala Besut terus memasuki lagi pintu gerbang sempadan Terengganu - Kelantan terus ke Tok Bali. Masuk ke pekan Tok Bali terus singgah di pasar borongnya. 





Alang-alang kami melalui dari Tok Bali ke Pantai Melawi, terlihat ada jerebu. Mungkin asap tebal jerebu ini datang daripada mana ni. Cuma kami lalu ini terlihat macam jerebu. Setakat negeri lain mana ada jerebu lagi. Kena ingat ketika ini masih musim panas jangan berani cuba membakar yang biasanya panas di waktu tengah hari. 





Berhenti sejenak di rumah ibu saya di Tembesu Limbat untuk melepaskan penat dan mengantuk. Jadi apabila hilang daripada penat terus kembali menyambung perjalanan. 




Terus sampai ke rumah jam 7 petang dan didapati memandu sejauh 121 km. Selesailah sudah cerita perjalanan. :-)



No comments:

Post a Comment