Sunday, 25 May 2025

Sedikit ke Lembah Klang awal Mei 2025

Salam 26 Zulkaedah 1446 Hijriah. Ini perkongsian perjalanan kecil daripada dua minggu lalu. 




Perjalanan bermula pagi Khamis 8 Mei 2025 menaiki kereta lama untuk menuju ke stesen bas Lembah Sireh. 





Jam 9 pagi bas mula bergerak...





Pada mulanya memikirikan mahu memandu kereta, cuma kelihatan jari saya sudah kehilangan salah satu daripada hujung jari akibat terkena mesin yang sangat tajam. Mahu ambil pilihan untuk tidak membawa kereta disebabkan antara faktor iaitu tangan masih sakit dan adik saya masih bersekolah di tingkatan 4 disebabkan hari Ahad (11 Mei) negeri Kelantan masih bersekolah. 





Jam 4.45 petang sudah memasuki bandaraya Kuala Lumpur. Debu awan mula membasahi bandaraya besar ini. 





Kami telah bermalam di rumah ibu mertua di Bandar Baru Bangi. Kemudian keesokannya pagi Jumaat 9 Mei terus ke Subang Jaya untuk membeli barang kelengkapan sepupu yang masih bekerja di Terengganu. Kemungkinan sepupu saya akan pulang hari Isnin itu (12 Mei). 





Kemudian terus ke Taman Tasik Cempaka. Asbab untuk pekena cendol, namun restoran ditutup. Seterusnya beriadah pula di situ. 





Singgah menunaikan di surau yang berdekatan dengan rumah mak mertua. 





Surau ini banyak kali singgah apabila setiap kali ketika berada di situ. Lihat artikel Surau Al-Falah, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi di blogspot Jom ke Masjid






Pagi Sabtu 10 Mei terus membawa kereta milik sepupu bongsu untuk keluar ke Seremban. 






Saya bersama saudara mara pun memasuki laluan dari Bangi lama tanpa perlu mengambil masa yang lama untuk memasuki Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). 





Jam 11.45 pagi sampai sudah di kediaman bapa saudara untuk menghadiri satu majlis kesyukuran di Kota Seri Mas di Nilai. Bapa saudara itu merupakan anak kepada ibu mertua saya. 





Rasanya memang pernah ziarah di sini sekali pada tahun 2022. 










Diteruskan lagi perjalanan untuk menghala dari Nilai ke Bandar Baru Bangi. 






Gambar ini berada di rumah ibu saudara anak kepada mak mertua di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi ketika jam 7 petang. 





Gambar waktu malam di pusat bandaraya Kuala Lumpur. Ketika inilah baru kami pulang untuk menuju ke Kelantan jam 9 malam. Sekian, cerita. 



Sunday, 18 May 2025

Aktiviti awal Mei 2025 - 'Bekwoh' di Tumpat dan apa terjadi berlaku selepas tragedi bah tahun lalu

Salam hari Ahad 19 Zulkaedah 1446 Hijriah. Bersambung daripada cerita Aktiviti awal Mei 2025 - Ke beberapa tempat di Bachok termasuk tempat viral





Khamis 1 Mei 2025 malam Jumaat kami bermalam di rumah ibu saya di Tembesu Limbat, Pasir Tumboh. Kemudian esoknya Jumaat 2 Mei menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan sebelum pulang kembali ke rumah. Seterusnya pagi Sabtu 3 Mei sekali lagi keluar dari rumah untuk ke satu majlis kenduri di Wakaf Bharu. 





Jam 12.50 baru sampai ke majlis kenduri kahwin waris saya berhampiran rumah di Bunut Sarang Burung, Wakaf Bharu. Laluan ini daripada Kubang Batang-Chenderong Batu terus ke Bunut Sarang Burung. Memang tidak pernah masuk dan melalui jalan ini. 





Yang terlibat dengan majlis adalah saudara mara, sepupu, waris dan jiran yang berhampiran dengan rumah saya. Majlis ini adalah perkahwinan daripada waris lelaki saya. Cuma ketika banyak 'bekwoh' di rumah yang banyak kenalan bolehlah buat sekadar mengisi perut di waktu tengah hari ini





Sekitar jam 1.53 tengah hari terus memasuki Cabang Tiga Berangan yang mana antara laluan terpenting bila ke Pengkalan Kubor. Alangkah terkejut apabila nama kedai kopi antara nama Che Rita atau pasal Cherita? 





Kami sepatutnya akan melalui jalan dari Tumpat ke Pantai Geting yang biasanya ke Pantai Sri Tujuh, namun jalan masih dalam pembaikan yang disebabkan daripada jambatan runtuh akibat kesan banjir tahun lalu. Namun, terpaksa lagi menggunakan jalan dari Kelaboran ke Neting sebagai laluan sementara. 





Sebelum sampai ke Pengkalan Kubor singgah di masjid mukim Pak Keral untuk bersolat Zohor. Disebabkan terasa kekenyangan mahu memilih singgah di mana-mana tempat untuk berehat di masjid dan sebagainya. 






Dari galeri Tengku Anis terus berjalan-jalan di sekitar Pantai Geting dan Sri Tujuh. 






Kemudian singgah untuk membeli ikan di gerai berhampiran Pantai Sri Tujuh. Sebelah itu juga terdapat muzium berdekatan. Lihat Muzium Wau Kelantan






Kemudian terus memasuki laluan ke Jubakar untuk melihat apa yang terjadi selepas berlaku pada tahun lalu. Pada masa yang sama juga dapat 'try' lalu ke jalan ini. 





Terlihat salah sebuah kedai yang hancur dan rosak akibat kesan hakisan ombak dan banjir yang teruk pada hujung November tahun lalu. 





Cuma sayangnya jalan pula masih ditutup ketika kerja baik pulih kemudian terpaksa berpatah balik ke Pengkalan Kubor semula. 





Kami lalu jalan ini pun untuk tujuan mencuba sama ada guna atau tidak. Disebabkan jalan ada yang runtuh akibat dibawa arus ombak yang kuat. Yang kelihatan gambar ini adalah kesan kemusnahan akibat musibah itu. Tentu ada hikmah di sebalik kejadian ini. 





Seterusnya perjalanan diteruskan melepasi Wakaf Bharu terus ke bandar Kota Bharu. Semenjak cuti hari Pekerja pada Khamis itu banyak kenderaan menggunakan laluan ini sebagai laluan utama untuk ke Kota Bharu dan Pasir Mas. 





Jam 4.27 singgah pula ke Pantai Kundur di mana lokasi tempat pendaratan semasa penjajahan Jepun semasa Perang Dunia Kedua. 











Ini pula di Pantai Mek Mas, Kuala Besar jam 4.45 petang. 





Gunung pasir inilah tempat saya panjat bersama ibu saudara hampir setahun lalu. Lihat artikel lama Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu





Cuma semakin tak larat untuk mendaki gunung berpasir macam ini disebabkan keletihan. Jika datang ke sini memang akan merasa panjat gunung pasir ini. Dah macam tanah Arab kan. 





Sampai ke rumah jam 5.55 petang didapati saya telah memandu sejauh 69 km. Sekian cerita. 




Muzium Wau Kelantan

Salam. Sedikit ditunjukkan daripada tiga minggu lalu. 




Petang Sabtu 3 Mei 2025. Saya singgah di Muzium Wau Kelantan di Pantai Sri Tujuh. 





Ia menempatkan beberapa koleksi dan sejarah wau bukan sahaja popular di Kelantan, namun di negeri lain amnya. 



















Antara wau yang popular di negeri ini dan tentangnya. 


































Antara wau tradisi yang dianggap popular di negeri lain. 



















Biasanya wau disebut dalam bahasa Thai yang disebut sebagai layang-layang. Walaupun kedudukan 4 negeri di sebahagian utara termasuk Kelantan berada berdekatan dengan sempadan Thailand.