Sunday, 13 October 2024

Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu

Salam. Berbalik dengan cerita hari ke-2 tentang cuti hari keputeraan sultan kita. Sambungan daripada Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Dari kenduri maulud ke pantai-pantai sekitar Bachok




Petang Ahad 29 September 2024 merupakan hari keputeraan Sultan Kelantan iaitu Sultan Muhammad V dan diberikan cuti khas untuk negeri ini semperna dengan sambutan kebesaran diraja negeri ini. Terus menyambung perjalanan ke bandaraya Kota Bharu, pekena dengan masakan goreng celup tepung di Pantai Cahaya Bulan (PCB). 




Terus ke pantai bukit berpasir di Pantai Mek Mas dalam jam 6.50. 





Inipun waktu sudah gelap walaupun masih tetap meneruskan cabaran. 













Selepas jam 7.30 pula kami terus melepasi dari PCB ke bandaraya Kota Bharu. Hajat untuk ziarah ke rumah sepupu ayah betul-betul berhadapan masjid ini. Tapi tiada di rumah mungkin disebabkan bercuti atau sebaliknya. Selepas itu singgah bersolat di masjid ini juga. Lihat artikel Lawatan terbaru masjid Sultan Ismail Petra, mukim Banggol





Sebelum ini asalnya untuk melihat suasana lampu di Kota Darul Naim. Tidak jadi mungkin disebabkan kesesakan jalan raya di sekitar itu. Sebaliknya terus ke KB Mall sepertimana idea daripada ibu saudara. 




Kebetulan di KB Mall ada salah satu kedai telekomunikasi berjenama Apple. Memang sama antara jenama Apple iPhone 11 yang berwarna merah kini menjadi milik saya dengan telefon pintar yang baru sahaja dilancarkan baru ini iaitu iPhone 16. Sebenarnya reka bentuk sama, cuma yang baru ini berbentuk lampu isyarat. Harga pun masih tinggi sepertimana iPhone baru dilancarkan setahun sekali. Yang dibeli adalah golongan yang kaya atau mampu membeli dengan harga seperti ini. 



No comments:

Post a Comment

Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel  Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu  yang dipersembahkan pada 30 Ok...