Tuesday, 24 February 2026

Bual Bicara Anak Muda bersama ustaz terkenal semperna RXZ Forever Legend

Salam 6 Ramadan. Tak lupa juga selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Semoga Ramadan tahun ini disambut dengan sempurna dan amal ibadat diterima oleh Allah SWT. Ini adalah perkongsian daripada 3 minggu lalu. Sambungan daripada Pandangan dari atas Masjid Mukim Tembesu dalam pembinaan




Himpunan kumpulan bermotosikal RXZ Forever Legend telah berlangsung di RTC Kelantan, Mukim Tunjong pada 6 dan 7 Februari 2026. Ini merupakan kali pertama diadakan untuk kumpulan bermotosikal RXZ, namun di negeri Kelantan merupakan negeri Islam yang mengenakan syarat ketat bagi mereka dari luar negeri, khusus pemakaian wanita. Di samping itu juga diadakan majlis ilmu dalam Bual Bicara Anak Muda bersama penceramah terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Kamaruzaman Abdullah yang diadakan pada Jumaat 6 Februari. 





Sejurus selepas pulang dari kampung ibu saya di Pasir Tumboh, saya terus ke tempat perhimpunan tersebut yang kebanyakannya dihadiri oleh kumpulan anak muda. 









Sebagai anak muda seperti saya, banyak berlatih dan belajar tentang kehidupan di masa hadapan. 







Pandangan dari atas Masjid Mukim Tembesu dalam pembinaan

Perkongsian daripada 3 minggu lalu. 




Petang Jumaat 6 Februari 2026 saya menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Tembesu, Limbat, Pasir Tumboh. Sambil itu juga melihat keadaan yang menarik walaupun ia sedang dalam pembinaan. 






Dewan solat utama. 




Pandangan dari tingkat atas. 





Inilah masjid yang digunakan sekarang termasuk menara azan. 







Ringkasan hari raya Aidil Adha 1447 Hijriah

Adapun saya telah mempersembahkan artikel ke-323 dalam Nota Untukmu iaitu  Impian 'laptop' baru dan daripada minggu lalu  22 Mei lal...