Wednesday, 10 April 2019

Kewujudan kubur lama berdekatan lebuhraya Tunjong pada pertengahan abad ke-13

Salam semua. Baru-baru ini saya rujuk dalam Facebook berkenaan dengan kewujudan kubur lama terbiar di tepi lebuhraya Tunjong, berdekatan kampung saya, Pendek, dikatakan dipercayai pada pertengahan abad ke-13 semasa pedagang-pedagang dan pendakwah-pendakwah Islam pada ketika itu. Saya akan kongsikan untuk korang...

Lokasi ini berada di tepi lebuhraya Pasir Mas - Salor, berhampiran dengan Honda Ban Chu Bee, berdekatan Pendek. Menurut penduduk kampung, sebelum lebuhraya ini dibina tapak kubur lama terbiar ini berada di hujung kampung Pendek yang dikenali sebagai hutan Pahang. Kini disekeliling kawasan kubur ini sudah ditambun untuk tujuan pembangunan.


Hasil tinjauan mendapati ada beberapa kubur adalah milik zaman pedagang-pedagang Islam pada abad ke-13 masa itu. Ada juga mendakwa ada salah satu kubur di situ milik seorang ulamak yang bertugas di istana pada zaman silam sebagai penasihat agama Islam.




Selepas itu saya akan kongsikan tentang sejarah kubur lama ini  :

Sebelum ini kami ada menulis tentang kubur ini yg dianggarkan wujud sekitar abad ke 19. Tetapi info yg terkini yg kami terima dari seorang pengkaji sejarah, kubur ini sebenarnya wujud dizaman ibnu batutah seorang pengembara islam terkenal yg pernah hidup antara tahun 1304 hingga 1368 lagi.

Dikatakan kubur2 ini adalah milik pedagang2 dan pendakwah islam dari jawa yg belayar melalui sungai kelantan dan seterusnya ke sungai pendek dan sungai mulong.

Ketika itu sungai pendek menghala ke mulong masih lg wujud. Melalui sungai inilah mrk berdagang dan menyebarkan dakwah. Kini akibat faktor alam, kubur yg asalnya berada di tebing sungai kini berada jauh didaratan akibat sungai pendek ke mulong tertimbus dan akhirnya lenyap.

Kawasan ini juga pernah menjadi lautan ketika dizaman neolitik kira kira 7000 tahun dahulu yg mana buktinya telah di jumpai pada tahun 1974 oleh pengkaji sejarah ukm. Byk fosil2 cengkerang hidupan laut telah ditemui dikawasan ini.


Kubur ini juga dikatakan sezaman dgn zaman kerajaan kelantan yg berpusat di ulu kelantan tenggara kenyir yg bermula pada tahun 1308. 


Apa2pun dakwaan, yg penting pihak2 berwajib seperti MAIK perlu mengambil inisiatif samaada mengekalkan atau menindahkan kubur2 ini kerana jika dibiarkan terbiar tanpa pembelaan dan pemantauan, dikhuatiri aktiviti2 syirik spt meminta nombor ekor oleh pihak2 yg tidak bertanggungjawab akan berlaku. Wallahualam.

Sunday, 7 April 2019

Kunjungan ke Kopitiam Kota milik Koperasi SMK Kota Berhad dan menikmati nasi ayam special

Salam 1 Sya'aban. Sukacita dimaklumkan dengan masuknya bulan Islam yang disebut sebagai bulan Rasulullah SAW sampailah saya kepada fasa kedua usaha untuk melakukan puasa 3 bulan berturut-turut Rejab, Sya'aban dan Ramadhan. Bermakna lebih kurang sebulan lagi akan tibanya bulan Ramadhan. Adanya Khamis lepas saya ada kerja di Pejabat PMBK di Kota Darulnaim. Selepas solat Zohor di Masjid Telipot itu saya ada kunjungan ke kiosk Kopitiam Koperasi SMK Kota. Inilah ceritanya...

Kopitiam Kota dimiliki oleh koperasi SMK Kota Berhad. Ia merupakan restoran koperasi yang pertama beroperasi di Malaysia. Lebih tiga bulan lepas saya berkesempatan pergi ke Hari Koperasi SMK Kota 2019 dan Majlis Perasmian Kopta lalu melihat artikel berikut...

Majlis Perasmian KOPTA oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Hari Koperasi SMK Kota 2019 - Ucapan perasmian dan melawat gerai-gerai jualan

Majlis Perasmian KOPTA oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Hari Koperasi SMK Kota 2019 - Penyerahan mock cheque berupa bantuan SKM kepada koperasi dan lawatan ke karnival

Majlis Perasmian KOPTA oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Hari Koperasi SMK Kota 2019 - Meninjau seketika kompleks KOPTA dan video mengenai Kompleks KOPTA

Selain daripada Kopitiam Kota, ada banyak lagi lot-lot kedai yang dimiliki oleh pihak koperasi SMK Kota Berhad seperti kedai TopUp RedONE, kedai fotostat Factory Outlet, kiosk makanan segera, pasar mini, Pasaraya dan Taman Kelulut.

Ada macam-macam ya menu masakan panas di dalam restoran ini. Semuanya dijual dengan harga yang memangnya murah.

Menu yang saya pilih ini ialah Nasi Ayam Special. Dijual dengan harga RM3 sahaja. Inilah makanan kegemaran saya selain daripada Mee Celup, Kerabu Maggi, Roti Titab dan apa-apa jenis makanan yang saya gemar.

Selepas itu berkesempatan berselfie bersama-sama dengan kawan lama bersama Muzhaffar, Adam Rayyan, Syahir dan Hafiz Haikal. Mereka semuanya belajar di Tingkatan 4.

Selain daripada menu nasi ayam special, makanan korea seperti Ayam Korea dan Takoyaki juga turut menjadi menu. Bukan sahaja pelajar SMK Kota datang menghidang di restoran ini, malah menjadi tumpuan pengunjung yang datang singgah untuk menikmati makanan yang ada di restoran tersebut.

Ringkasan hari raya Aidil Adha 1447 Hijriah

Adapun saya telah mempersembahkan artikel ke-323 dalam Nota Untukmu iaitu  Impian 'laptop' baru dan daripada minggu lalu  22 Mei lal...