Thursday, 29 September 2022

Program Bekwoh Tok Guru

Perkongsian dari 5 hari lepas...




Petang Sabtu 24 September 2022 saya pergi ke kediaman Tok Guru untuk menghadiri satu majlis. 




Saya sampai sekitar jam 1.30 tengahari...




Sebenarnya ini adalah program 'bekwoh' (kenduri) kesyukuran untuk dua anakanda kepada Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, kini merangkap sebagai Ahli Parlimen Bachok. Antara yang hadir ialah beberapa EXCO, wakil politik, jiran dan kenalan. 












Hampir 3 tahun lalu saya pernah melawat kawasan. Lihat Melawat ke kediaman Tok Guru. Cuma kali ini saya mengajak beberapa rakan sekerja turut sama menghadiri majlis besar-besaran ini. 








Hajatnya mahu melawat YB Nik Abduh cuma kesemua mereka tiada di kediaman. 



Selesai itu singgah menunaikan solat Zohor bersama-sama di masjid Tok Guru. Cukup. :-)




Monday, 26 September 2022

Kompilasi Kenduri Bangi 2022

Sebelum bercerita tentangnya untuk makluman korang semua ia adalah artikel yang ke-182 di blogspot Nota Untukmu. Baik. Kali ini saya telah mengumpulkan semua artikel tentang perjalanan ke Lembah Klang baru ini. 




Perjalanan ini dibaut pada 2 hingga 8 September 2022 semua cuti persekolahan penggal kedua. Tujuannya saya dan keluarga ke majlis kenduri di bapa tiri di Bangi dan seterusnya melawat beberapa tempat di kawasan sekitar itu. Kami telah berada di sana selama 7 hari 6 malam dengan jarak yang kami tempuhi ialah 6941 km. 



Ringkasan hari raya Aidil Adha 1447 Hijriah

Adapun saya telah mempersembahkan artikel ke-323 dalam Nota Untukmu iaitu  Impian 'laptop' baru dan daripada minggu lalu  22 Mei lal...