Wednesday, 11 October 2023

Dari 'food festival' ke Geting

Seterusnya, semalam telah diceritakan dua artikel, kali ini dikongsikan lagi pula cerita yang sama seperti artikel tersebut...





Petang Sabtu 23 September 2023 setelah berulang alik dari tempat kerja saya meneruskan lagi beberapa lagi persinggahan. 





Pergi ke dataran stadium Sultan Muhammad IV ada satu festival makanan viral. Lihat artikel Jom Santai Food Festival Kelantan






Seterusnya terus ke Tumpat...





Singgah di Pantai Sri Tujoh...










Dari zaman ketika kecil antara tahun 2000an ayah saya pernah melalui laluan ini untuk melalui Pantai Geting. Ini adalah laluan dari hadapan MRSM Tumpat. 














Kemudian singgah pula di pantai Geting...





Kebetulan ketika itu ada festival kesenian. Jadi saya pun turut serta walaupun bukan peminat kesenian rakyat Kelantan suatu masa dahulu. Lihat Festival Kesenian Rakyat Kelate 2023

Setakat ini sahaja dahulu perkongsian artikel kali ini. Seterusnya banyak lagi artikel yang saya kongsikan dalam beberapa hari yang lepas. Sekian. 




Tuesday, 10 October 2023

Festival Kesenian Rakyat Kelate 2023

Bersambung daripada artikel Jom Santai Food Festival Kelantan...





Sejurus selepas festival makanan tersohor pada masa kini, saya pun terus ke Pantai Geting, Tumpat pula. 





Saya hadir di Pantai Geting, kebetulan diadakan Festival Kesenian Rakyat Kelate 2023 yang mana berlangsung pada 21 hingga 23 September. 






Pada hari yang sama seperti festival makanan, ini merupakan hari festival kesenian yang terakhir. 











Di hadapan pentas sedang bermain permainan tradisional yang popular suatu masa dahulu di Kelantan. 















Pentas besar merupakan tempat untuk persembahan seperti Makyong, Wayang Kulit. Dikir Barat dan banyak lagi. Jangkaan pada malam itu juga diadakan persembahan Dikir Barat antara kumpulan pendidkir yang tersohor dan penentuan yang manakah menjadi juara (jogho). 




Jom Santai Food Festival Kelantan

Salam senja Selasa 24 Rabiulawal 1445H. Kali ini pula diteruskan lagi perkongsian dari tiga minggu lalu. 





Petang Sabtu 23 September 2023 saya terus singgah di dataran stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu untuk menikmati festival makanan pilihan. 





Difahamkan ia adalah kali pertama Jom Santai Food Festival mendarat di Kelantan. Jom Santai Food Festival diadakan di dataran stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 22 September hingga 1 Oktober dengan menampilkan beberapa makanan yang terbaik dan viral pada masa kini. 





Bayaran masuk ke mini zoo mungkin dalam anggaran harga RM7 hingga RM12. Pelbagai haiwan eksotik memang dikatakan banyak di dalam mini zoo ini. 

















Kelihatan ramai orang yang menyertai kuiz semperna Jom Santai Food Festival yang ditujukan khas kepada peminat. 



 






Antara aktivti yang dijalankan sepanjang festival ini seperti persembahan artis terkenal tanah air, Kota Bharu Berselawat bersemperna bulan memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, Dikir Barat, Wayang Kulit, jualan lelongan barang, pertandingan makan dan banyak lagi. 










 

Buat kali pertama saya baru pekena Kunafa yang dikatakan antara makanan Arab yang paling hangat pada masa kini. Kunafa diperbuat daripada bihun yang telah digaringkemudian dicampur dengan pelbagai perisa manisan. 





Harga Kunafa memang agak tinggi dengan harganya RM35. Saya tetap memilih coklat sebagai kegemaran. 




Ringkasan hari raya Aidil Adha 1447 Hijriah

Adapun saya telah mempersembahkan artikel ke-323 dalam Nota Untukmu iaitu  Impian 'laptop' baru dan daripada minggu lalu  22 Mei lal...