Wednesday, 17 September 2025

Menyahut panggilan di Bukit Keluang setelah 6 tahun

Salam semua. Hari ini baru ada berkelapangan untuk memulakan perkongsian di negeri jiran kita iaitu Terengganu. Minggu ini masih berada dalam mood cuti persekolahan memandangkan banyak lagi kenduri di sekitar negeri kita termasuk kenduri selawat (Maulidur Rasul). Sedangkan sekarang masih dalam bulan Rabiul Awal iaitu bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Mulakan cerita dulu...




Perjalanan secara rasminya bermula pagi Sabtu 6 Ogos 2025 apabila keluar rumah untuk membawa bapa saudara ke klinik. Disebabkan panggilan daripada hari semalam itu (Jumaat 5 Ogos), maka menghantar ke klinik berdekatan Pasar Borong Wakaf Che Yeh selepas dia mengadu sakit dada sejak 2 hari lalu. 





Sekitar jam 11.00 singgah di pekan Wakaf Bharu lalu ke pasar ini. 




Seterusnya lagi ke G-Orange Mall di Tunjong untuk membeli barang keperluan bapa saudara. 





Selepas solat Zohor di rumah bapa saudara di Tembesu Limbat, terus memulakan perjalanan kecil ke Besut. Kemudian, baru tahu dapat timbul rasa berjalan ke luar negeri kita pula. Untuk pengetahuan, Besut berada dalam daerah di negeri Terengganu yang mana penduduknya kebanyakan menggunakan bahasa kita sendiri iaitu Bahasa Melayu Kelantan atau kecek Klate. Bukan setakat Besut sahaja, segelintir penduduk di utara daerah Setiu turut menggunakan bahasa sama kerana kedudukan sama dekat dengan negeri kita sendiri. 





Sekitar jam 4.15 baru sampai ke Bukit Keluang di Besut. Kali ini tempat yang kita mahukan. 





Banyak berlaku perubahan di kawasan ini jika dibandingkan dengan artikel yang dibuat 6 tahun lalu. Kali ini hanya laluan pejalan kaki yang mana sebelum ini boleh diletakkan tempat meletakkan kereta. 







Pada hari sama itu juga dapat memanjat di puncak bukit ini. Jika masih sempat, boleh panjat sampai ke puncak ini lagi. Lihat artikel lama berikut :
















Nampak dari jauh ini adalah Pulau Perhentian. Rasanya setakat ini belum pernah sampai ke pulau ini walaupun dekat. 





Selepas memasuki gua sempit terus menyeberangi sampai ke hujung. Semasa sampai mendekati ruang masuk ternampak seperti 'batu bersurat'. Ternyata yang terjawab. Lihat artikel 'Batu bersurat' Bukit Keluang di blogspot Alam Melayu dan Islam





Dalam perjalanan ke Jerteh ternampak masjid ini lalu singgah. Lihat Masjid Alor Lintang





Sekitar jam 6.05 baru sampai ke bandar Jerteh. Teringatkan masjid besar ini tempat solat jenazah untuk 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban akibat kemalangan bas persiaran di Jalan Gerik pada 9 Jun lalu, iaitu hari raya Aidil Adha yang ke-3. Kini sudah 3 bulan yang lalu. Difahamkan kesemua mangsa yang berada di bas persiaran ketika itu berasal dari daerah Besut menurut info. Ketika ini juga pernah viral tentang salah seorang pelajar perempuan iaitu Allahyarhamah Nurly Sahirah Azman yang berasal dari Kampung Gong Pasir, dekat sini. Beliau juga aktif tentang hafalan juzuk Al-Quran dan juga menulis beberapa ayat al-Quran menggunakan tulisannya sendiri. Suatu hari nanti ketika arwah masih hidup akan bercita-cita menjadi ustazah. Semoga kesemua arwah yang meninggal dunia itu termasuk Allahyarhamah Nurly ditempatkan bersama dalam kalangan yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah. 





Dari Jerteh terus melalui jalan ke Kota Bharu. Kini jalan ini sudah dibesarkan menjadi 4 hala untuk mengelakkan kesesakan terutama pada cuti sekolah yang sudah dibuka lebih setengah bulan yang lalu. Gambar ini diambil berdekatan dengan pekan Melor. 




Apabila sampai ke rumah jam 7.30 malam mendapati saya sudah memandu sejauh 157 km. 



Ringkasan hari raya Aidil Adha 1447 Hijriah

Adapun saya telah mempersembahkan artikel ke-323 dalam Nota Untukmu iaitu  Impian 'laptop' baru dan daripada minggu lalu  22 Mei lal...