Salam malam Jumaat. Pagi Ahad lepas saya terlepas pandang pergi ke SMK Kota, sebelah RTM Wakaf Che Yeh, Kota Bharu ada sambutan karnival koperasi sekolah dan perasmian kompleks koperasi.
Baru saya tunjuk dalam Facebook berkenaan dengan sambutan hari koperasi dan perasmian kompleks koperasi SMK Kota atau KOPTA yang diadakan hari Ahad lepas. Pagi Ahad 20 Januari 2019 barulah berlangsung dan saya turut pergi ke sekolah itu.
Jam 9:45 pagi barulah ketibaan Datuk Nordin Salleh selaku Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia ke Dewan Kota Jelasin diiringi Tuan Pengetua Cemerlang SMK Kota, Tuan Haji Kamaruddin Derahman dan Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN), Muhammad Zahari Othman. Selepas itu mereka akan menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Kecemerlangan Koperasi bersama-sama disertai dengan bacaan doa daripada Ustaz Md Zaid Yaacob.
Hadir sama pada sambutan hari tersebut ialah pihak penyiaran dan wartawan RTM Kelantan FM, bekas-bekas pelajar SMK Kota dan pelajar-pelajar dari sekolah lain. Kemeriahan hari berkenaan cukup sederhana disertakan dengan karnival gerai-gerai jualan.
Ucapan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengetua Cemerlang merangkap Pengerusi Koperasi SMK Kota Berhad, Tuan Haji Kamaruddin Derahman. Beliau dikatakan akan bersara pada hari Khamis ini (baru tadi sudah bersara). SMK Kota merupakan sekolah harian biasa diiktiraf sebagai Sekolah Transformasi Pelajar. SMK Kota memiliki koperasi yang terbaik di Malaysia. KOPTA ialah kompleks koperasi sekolah yang pertama di Malaysia. Pelbagai kedai-kedai jualan hasil daripada Koperasi SMK Kota Berhad ialah kafe, pasaraya (bersebelahan kantin), kedai telekomunikasi RedONE, Taman Kelulut dan sebagainya.
Selepas ucapan daripada tuan pengetua cemerlang, ucapan kedua dibacakan oleh Muhammad Zahari Othman selaku Pengarah JPN Kelantan. Koperasi sekolah ini antara menjadi contoh kepada koperasi sekolah-sekolah lain di negeri Kelantan. Koperasi dapat berkembang dengan koperasi dewasa. Semakin maju koperasi, semakin berkembanglah kejayaan.
Selepas ucapan tadi, ucapan perasmian pula disempurnakan oleh Datuk Nordin Salleh selaku Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Beliau merekodkan sebagai tahinah kepada pihak SMK Kota termasuk pengetua sendiri yang terlibat untuk memajukan koperasi sekolah ini. Kejayaan ini dapat dicapai dan tidak pernah disia-siakan. Beliau pernah menjejakkan kaki sebulan lepas, beliau amat membingunkan kerana sekolah ini dianggap sebagai perkampungan sejak ANGKASA ditubuhkan. Koperasi ini telah mendapat satu gambaran amat besar, tetapi rahsia untuk menjayakan koperasi tahap baru dengan suatu efisyen yang luar biasa. Dari segi statistik, agak pula ramai koperasi sekolah mula besar dan juga melihat ahli-ahli koperasi begitu ramai. Sebahagian besar peniaga koperasi adalah orang Melayu yang tinggal di sekitar daerah di negeri Kelantan. Seterusnya beliau merasmikan kompleks KOPTA pada hari ini.
Upacara perasmian telah bermula.
Pelbagai karnival gerai-gerai jualan ketika hari koperasi SMK Kota pada Ahad lepas...
Take a journey across space and time through the multi-dimensional door that is the soul of my being FB : Mohd Afiq Aslam IG/TT : arefiqaslam00
Thursday, 24 January 2019
Monday, 21 January 2019
Menjejakkan kaki ke Pantai Mek Mas untuk mendaki bukit berpasir
Merujuk kepada artikel Nolstagia Sekolah Kebangsaan Pendek tahun 2007 - 2012 yang dipersembahkan pada hari Rabu lepas iaitu 5 hari lepas tentang pengalaman 5 tahun lepas berada di sekolah rendah kampung saya. Ini adalah satu perjalanan kecil di Pantai Mek Mas. Hari ini saya akan kongsikan untuk korang.
Petang Jumaat 18 Januari 2019 selepas menunaikan solat fardhu Jumaat di masjid berdekatan dengan rumah saya, saya telah mengambil keputusan untuk berjalan-jalan ke Pantai Mek Mas berhampiran dengan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu, Kelantan.
Sebelum sampai ke PCB saya mengambil keputusan untuk singgah solat Asar di masjid berdekatan dengan PCB. Lihat artikel Masjid As-Syakirin, Semut Api, PCB di blogspot Jom ke Masjid.
Kebetulan kelihatan ombak di pantai PCB semakin menggelora. Betul-betul ramai pun tidak berani datang mandi di situ sedangkan ombak sedang menggelora.
Terlihat pada menara kawalan JPAM digantung juga bendera merah sebagai amaran mereka menjauhi aktiviti-aktiviti yang dilakukan di pantai.
Namun keadaan cuaca ketika berada di PCB masih dalam keadaan baik.
Perjalanan diteruskan ke Pantai Mek Mas untuk mendaki bukit berpasir.
Ternyata kelihatan seperti berada di Timur Tengah walaupun digelar negeri tanah airku negeri Serambi Mekkah. Saya mengambil keputusan untuk mendaki hingga ke puncak.
Supo kat negara Arab rupanya. Inilah kali pertama untuk mendaki bukit berpasir.
Alhamdulillah sudah sampai ke puncak tidak sampai 3 minit.
Ombak kelihatan masih bergelora di pemandangan dari puncak bukit berpasir ini.
Alhamdulillah sudah berasa kepuasan daripada mendaki bukit berpasir di Pantai Mek Mas. Sebelum saya pergi ke Pengkalan Chepa singgahlah solat Maghrib di masjid ini. Saya sangat terpegun dengan reka bentuk masjid ini. Lihat artikel Masjid Zairiz Al-Iman, Kedai Buloh, PCB.
Selepas solat Maghrib sebelum sampai ke rumah, saya meronda-ronda di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa untuk melihat kapal-kapal terbang lalu. Kelihatan lampu-lampu indah menerangi pintu gerbang masuk ke lapangan terbang.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Ringkasan hari raya Aidil Adha 1447 Hijriah
Adapun saya telah mempersembahkan artikel ke-323 dalam Nota Untukmu iaitu Impian 'laptop' baru dan daripada minggu lalu 22 Mei lal...
-
Salam. Memasuki hari ke-4 perjalanan ke Lembah Klang dan selatan. Bersambung daripada Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Dari Bangi ke Melaka ....
-
Salam malam Jumaat. Dikongsikan satu artikel berkenaan dengan 7 buah masjid yang tercantik di Kelantan. Antaranya 1. Masjid Muhammadi ...
-
Salam 25 Syawal 1447 Hijriah. Diteruskan lagi pada hari terakhir perjalanan Lembah Klang dan selatan. Bersambung daripada Cerita Aidil Fitr...