Wednesday, 11 March 2020

Kompilasi artikel perjalanan ke Terengganu semasa perayaan Tahun Baru Cina 2020


Dikumpulkan lagi secara suku-suku berkenaan dengan artikel perjalanan ke Terengganu. Perjalanan ini dibuat dalam 2 hari semalaman bermula pada Sabtu 25 Januari 2020 iaitu sebulan selepas perjalanan ke Lembah Klang 18-26 Disember 2019. Perjalanan telah dibuat semasa kaum Cina menyambut perayaannya. 






Kompilasi artikel perjalanan akhir tahun 2019 di Lembah Klang 18-26 Disember

Salam 16 Rejab. Saya terus mengambil kesempatan untuk mengumpulkan semua artikel tentang perjalanan ke Lembah Klang pada hujung tahun lepas 18-26 Disember 2019. Artikel sokongan iaitu blogspot Jom ke Masjid juga turut dikumpulkan. 

Perjalanan tersebut bermula pada hari Rabu 18 Disember 2019 bermula dengan Shah Alam lalu berada di sana selama 4 hari 3 malam. Selepas itu Sabtu 21 Disember 2019 pula terus pergi ke Bangi untuk perjalanan seterusnya lalu berada di sana selama 6 hari 5 malam. Perjalanan ini telah memakan masa lebih kurang 550 meter meliputi beberapa perjalanan selain daripada itu, kami ada satu lagi perjalanan iaitu Nilai, Negeri Sembilan...









Tuesday, 10 March 2020

Hari kedua Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Kota 2020

Sedikit saya akan kongsi daripada Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Kota 2020...

Khamis 27 Februari 2020 merupakan hari kedua Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Kota 2020 saya diberi peluang pergi berseorangan ada satu sukaneka yang tiap-tiap tahun diadakan di Padang SK Kota.


Kelihatannya ramai pelajar yang menyertai acara tersebut diantara rumah sukan. Nampaknya suara yang didengari ialah Cikgu Rosnani binti Ismail.

Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Kota kebiasaannya dibuat di padang SK Kota. Rasanya padang di Taman Bustanul Abadi tidak boleh dibuat sebab padang terlalu sempit, berbanding padang SK Kota. 

Ini kerana padang SK Kota juga agak luas untuk acara bermacam-macam untuk SK Kota, SK Seri Kota dan SMK Kota membuat sukaneka atau lain-lain akan dibuat.

Nampaknya jam 10.15 pagi acara larian 100 meter telah bermula.





Lebih kurang jam 11.30 pagi para pelajar telah menamatkan acara larian 100 meter di padang sekolah rendah tersebut. Saya pun terpaksa balik awal disebabkan kerja di tempat saya makin banyak dalam lebih kurang 11.45 tengahari. Walaupun bekas pelajar SMK Kota saya pun masih merindui sekolah tersebut. 


Ringkasan hari raya Aidil Adha 1447 Hijriah

Adapun saya telah mempersembahkan artikel ke-323 dalam Nota Untukmu iaitu  Impian 'laptop' baru dan daripada minggu lalu  22 Mei lal...