Thursday, 6 February 2020

Perjalanan semperna Tahun Baru Cina 2020 - Miami Beach dan 2 jam menunggu goreng keropok lekor di Setiu

Ini adalah sambungan bahagian akhir perjalanan kecil ke Terengganu Bersambung daripada artikel Perjalanan semperna Tahun Baru Cina 2020 - Dari Masjid Kristal ke Londong...

Sebaik selepas masuk waktu Zohor ketika itu dari Jambatan 'London' Kuala Terengganu untuk melalui Pantai Miami (Miami Beach). 

Kami rasanya sudah lapar hajatnya saya membeli nasi bungkus di Pantai Teluk Ketapang, tetapi susah nak cari disebabkan kebanyakannya makanan ringan dijual. 

Terasa macam nak buang air kecil lalu pergi ke tandas lalu bersolat Jamak Zohor dan Asar di masjid ini. Lihat artikel Masjid Kampung Tok Jembal, Kuala Terengganu di blogspot Jom ke Masjid

Kami mengorak langkah untuk mengambil laluan Gong Badak ke Setiu. 

Gambar ketika itu jam 3 petang. Kami terus membeli keropok lekor yang dikatakan sedap dan popular di Terengganu terletak di Merang, Setiu. 


Jam sudah hampir 4 petang terpaksa pula menunggu lama disebabkan keropok lekor sedang dimasak kali ini. 

Jam menunjukkan 5.20 petang. Setelah lebih 2 jam terpaksa menunggu lama untuk menggoreng keropok lekor, kami meneruskan perjalanan. 

Singgah sat di Pantai Rhu Sepuluh, dekat Penarik...

Makan keropok lekor di pantai itu...

Perjalanan diteruskan lagi untuk sampai ke Kuala Besut.

Jam 6.40 petang. Kami sudah sampai di Kuala Besut di mana laluan inilah untuk sampai ke Tok Bali. Berhajatnya kami singgah di Bukit Keluang, tetapi masa sekarang semakin suntuk disebabkan kepenatan. Waktu ketika itu hampir memasuki waktu senja. 

Apabila sampai sempadan Terengganu dan Kelantan jalan pun makin lama 'jammed' disebabkan mungkin ada pasar malam. Sambil-sambil itu kita lihat suasana sebelum matahari terbenam, mencari ketenangan sebelum menggunakan jalan Bachok ke Pasir Tumboh untuk sampai ke rumah. Moga-moga hari cuti meluangkan masa terus mengambil iktibar dan pengajaran kepada korang. Sekian. Tamatlah cerita perjalanan ke Terengganu 2 hari sahaja. 

No comments:

Post a Comment