Tuesday, 4 February 2020

Perjalanan akhir tahun 2019 - Kenduri di Meru dan berpusing-pusing ke bandaraya Kuala Lumpur

Salam semua. Cerita perjalanan pusing-pusing sekitar Lembah Klang dilakukan pada 18 hingga 26 Disember 2019 masih diteruskan lagi di mana kita memasuki hari ke-5. Bersambung daripada artikel Perjalanan akhir tahun 2019 - Dari Shah Alam ke Bangi untuk bermalam

Setelah Sabtu 21 Disember 2019 bermalam di rumah saudara saya di Bangi esoknya pagi Ahad 22 Disember 2019 kami terus bertolak bersama sepupu saya dari Bangi. 

Kami pun pergi rumah rakan sepupu saya di Meru, Klang untuk majlis kenduri di sana. Jadi kami melalui masuk ke lebuhraya PLUS untuk sampai ke sana. 

Saya rasa jaraknya memang agak jauh. Dan memakan masa lebih kurang satu setengah jam rasanya. Saya dah tahu bahawa bapa saudara saya awal pagi ketika itu berada di Hospital Serdang sebabnya dilahirkan anak lelaki yang juga ke-6. Jadi tidak dapat bersama dengan kita ketika itu. 

Hampir sejam ketika itu baru kami sampai ke Meru agaknya berdasarkan pada peta Google Maps. 

Diceritakan tengah hari kita sudah sampai dah Meru, Klang.

Nampaknya 12.30 tengahari kami sudah sampai di rumah rakan sepupu saya di Meru, Klang. 

Hadapannya terdapat sebuah masjid lalu melihat dan singgah untuk menunggu solat Zohor. Lihat artikel Masjid As-Syarif, Meru, Klang di blogspot Jom ke Masjid

Selesai solat Zohor sebelum meninggalkannya saya pun terus mendapatkan aiskrim percuma di rumah rakan sepupu saya itu tadi. 



Dalam jam 2.45 petang kami terus bertolak pulang sambil berpusing-pusing ke bandaraya Kuala Lumpur. Kelihatan atas bukit ialah Istana Negara baru yang merupakan tempat bersemayam Yang Dipertuan Agong. Manakala Istana Negara lama dijadikan muzium diraja. 

Sambil-sambil kita meronda-ronda di bandaraya Kuala Lumpur sambil meredah jalan jammed saya terlihat bangunan tinggi-tinggi. Yang susuk kat belakang tu ini dia Menara Kuala Lumpur. Dah nampak akhirnya. Menara Berkembar Petronas KLCC pula tak berapa nampak sebabnya diselusuk dari belakang bangunan tinggi. Kelihatan masih dalam pembinaan adalah menara PNB118. Menara PNB 118 dengan setinggi 644 meter akan menjadi bangunan antara yang tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai. Ketinggian Burj Khalifa ialah 830 meter. 

Dekat 3.30 petang sudah sampai akhirnya ke Bangi setelah tak sampai sejam baru sampai dari Klang. Kami pun sudah berasa letih dan mengantuk. 

Diceritakan selepas solat Maghrib malam Ahad pula akhirnya sudah sampai ke rumah bapa saudara saya di Taman Langat Jaya, Bangi. Sekejap je sampai dari Seksyen 16 ke Taman Langat Jaya. Selepas itu saya pun singgah di sebuah surau. Lihat Surau Al-Ikhwan, Taman Langat Jaya, Bangi pada waktu malam

No comments:

Post a Comment