Friday, 17 April 2026

Sambutan Aidil Fitri 1447/2026 Peringkat DUN Salor

Salam Jumaat terakhir Syawal. Merujuk pada artikel Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Kembali ke Kelantan dengan memasuki Jeli yang dipersembahkan Selasa lalu. Selesailah sudah cerita perjalanan terbaharu ke Lembah Klang dan selatan. Seterusnya ketika bulan Syawal banyak aktiviti dijalankan seperti mengadakan rumah terbuka dan sambutan untuk komuniti setempat. Yang ini diceritakan lagi...





Jumaat 27 Mac 2026 malam diadakan sambutan hari raya bertempat di Dewan Yayasan Islam Kelantan (YIK). 





Saya masuk acara ini selepas solat Isyak di surau berdekatan. Lihat artikel Surau Yayasan Islam Kelantan di blogspot Alam Melayu dan Islam. Kelihatan ramai komuniti terdiri dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor. 




Ini adalah majlis sambutan hari raya Aidil Fitri peringkat Dun Salor 2026. Kawasan ini merupakan pentadbiran ADUN Salor, Saizol Ismail dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. 




Lalu bertemu mata bersama beberapa wakil dan perwakilan Perikatan Nasional (PN) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). 




Tidak ketinggalan juga artis undangan yang memeriahkan bersama iaitu penyanyi dikir tempatan yang terkenal iaitu Fendi Kenali dan Denmanjo. 

Sebelum ini Denmanjo ini pernah viral Bea Sobar Bea atau Cinta Setandan Pisang yang bergandingan bersama Eda Ezrin pada tahun 2024. Itupun sudah dinyanyikan bersama. Terkini baru sahaja melancarkan lagu terbaharu mereka iaitu Adek Saye Abe Sore yang kini mencecah lebih 1 juta tontonan di YouTube semenjak dilancarkan pada hujung Mac lalu. Liriknya menyebut "hanyo adik dale hati". 




Kanak-kanak dari sekolah rendah juga turut dinyanyikan bersama. 



Tuesday, 14 April 2026

Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Kembali ke Kelantan dengan memasuki Jeli

Salam 25 Syawal 1447 Hijriah. Diteruskan lagi pada hari terakhir perjalanan Lembah Klang dan selatan. Bersambung daripada Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Ke Muar setelah 14 tahun




Pagi Khamis 26 Mac 2026 bersamaan 6 Syawal. Sampailah masa untuk bergerak pulang dari Melaka. 





Singgah di rumah kakak bapa di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi untuk satu urusan. 






Diteruskan lagi perjalanan dengan memasuki lebuh raya Sungai Besi - Ulu Klang (SUKE) tanpa melalui sekitar Kuala Lumpur untuk sampai ke Gombak. 





Kelihatan lebuh raya Karak yang menghala ke Kuala Lumpur (kanan) dengan kenderaan bergerak perlahan susulan ramai perantauan Pantai Timur yang ingin pulang setelah tamat cuti panjang dan perayaan. 





Asalnya, ketika cuti panjang ini kami merancang untuk menziarahi raya bersama waris di sekitar Lanchang, Jengka dan Kemaman selama 2 hari semalaman dengan menggunakan laluan terus. Tapi itulah terfikir sebab adik saya yang bongsu sedang sibuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini dan mungkin diadakan kelas online yang dijangka pada hari Sabtu ketika itu (28 Mac). Untuk ke sana nanti, terpaksa mengubah tarikh yang akan ditentukan. Kemudian, mengambil pula lebuh raya Central Spine Road (CSR) sebagai laluan utama baharu untuk sampai ke Kelantan. 





Dari Raub sebelum menghala ke Lipis singgah di masjid Gali untuk menjamakkan Zohor/Asar. 





Dari Gua Musang kami melalui jalan ke Dabong pada jam 5.46 petang. 





Singgah sekali lagi di Jelawang untuk melepaskan kepenatan. 





Ternampak pemandangan air terjun Gunung Stong. 





Sambil-sambil itu singgah di masjid yang kelihatan. Lihat artikel Masjid Mukim Jelawang, Dabong di blogspot Alam Melayu dan Islam





Menghampiri senja singgah di rumah abang ibu saya di Taman Kifayah, bandar Jeli. 




Beriktikaf dan menjamakkan Isyak/Maghrib di surau berdekatan. Kelihatan hanya 5 orang sahaja menunaikan solat berjemaah di surau. Cadangannya mahu beriktikaf di masjid jamek bandar Jeli, tapi tidak sempat kerana tak larat. Saya pun memilih surau berdekatan sebagai ganti. 





Selesai mandi dan makan, kami meneruskan perjalanan untuk sampai ke rumah. Apabila sampai pada jam 11.45 malam meter menunjukkan kami telah memandu sejauh 1,162 km. Sekian cerita. 



Ringkasan hari raya Aidil Adha 1447 Hijriah

Adapun saya telah mempersembahkan artikel ke-323 dalam Nota Untukmu iaitu  Impian 'laptop' baru dan daripada minggu lalu  22 Mei lal...