Thursday, 4 October 2018

Melihat rumah HALUAN pemilik KTD di Taman Uda Murni

Salam semua. Sabtu lepas 29 September 2018 saya pergi ke Taman Uda Murni, letaknya 3 km dari asrama KTD Tanjung Chat dengan menaiki motosikal. Petangnya barulah melihat sendiri rumah pemilik HALUAN. Letaknya berhampiran pintu gerbang bersebelahan Masjid At-Taqwa (lihat artikel Masjid At-Taqwa, Taman Uda Murni di blogspot Jom ke Masjid).

Barulah saya tahu ini adalah rumah HALUAN di bawah milik KTD. HALUAN adalah singkatan bagi Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia.

Dahulunya ini adalah Kolej Kediaman Pelajar Antarabangsa. Bangunan ini menempatkan pelajar KTD dari luar negara.

Sekarang barulah dinaik taraf menjadi rumah HALUAN kerana pelajar dari luar negara jarang dilanjutkan pelajarn di situ.

Cuma pintu pagar ini sudah dikunci. Cukuplah hanya dapat melihat dari luar.

Ini adalah kedudukan rumah HALUAN di dalam peta Google Maps. Klik di sini untuk melihat kedudukan rumah HALUAN.

Yang baru saya perasan jaraknya hanya sampai 5 minit sahaja dari asrama KTD Tanjung Chat.

Monday, 1 October 2018

Urusan di KTD - Bagaimana untuk menarik penonton

Bersambung daripada Sesi ganti kelas Aplikasi Komputer...

Saya bergegas ke KTD dengan menunggang motosikal milik rakan sekolej pada tengah hari Jumaat itu disebabkan banyak urusan penting.

Selepas solat Jumaat di sebuah masjid di dalam SMSTMFP (lihat artikel Masjid Semesta, SMSTMFP, Pengkalan Chepa, Kelantan di dalam blogspot Jom ke Masjid) saya pun masuk ke makmal tidak diketahui nombor di mana.

Apa yang perlu saya ceritakan ialah bagaimanakah kita untuk menarik penonton.

Apa itu penonton? Penonton ialah satu atau lebih orang dalam jangkauan pendengaran beberapa mesej. Contohnya, sekumpulan orang yang mendengar persembahan atau pertuturan dan orang ramai menghadiri persembahan pentas.

Apa yang diceritakan mengenai pendengar berpusat pendekatan untuk bercakap. Oleh kerana terdapat komukasi terhad antara penceramah dan penonton, terdapat peluang terhad untuk menerangkan maksud anda sama ada semasa ucapan atau selepasnya. Apabila merancang ucapan, itu penting untuk mengetahui tentang penonton dan menyesuaikan mesej kepada penonton. Anda mahu menyediakan ucapan yang berpusatkan penonton.

Mengetahui khalayak anda. Aspek yang paling penting dalan membangunkan ucapan anda seperti umur bawahan, jantina, peringkat pengajian, agama, bahasa, budaya dan keahlian kumpulan. Apa yang kita persoalkan tentang penonton ialah mementingkan cerita berkaitan pendidikan, dokumentari dan sebagainya. Kita dijauhi daripada benda maksiat...

Sesi ganti kelas Aplikasi Komputer

Merujuk kepada artikel Program MABIT 2018 di KTD yang dibuat semalam. Sekarang sambunglah cerita-cerita beberapa aktiviti yang dilakukan pada Jumaat lepas...

Selepas bersurainya program MABIT 2018 pada pagi Jumaat 28 September 2018. Maka aktiviti sesi kelas berganti giat dilaksanakan oleh Puan Husna bertempat di surau siswi asrama berkenaan di Tanjung Chat. Pasalnya untuk siapkan presentation.

Saya pun bergegas ke lokasi...


Inilah presentation yang dibuat oleh pelajar siswi berkaitan dengan makanan, tempat dan sebagainya.
Antara terawal dibuat presentation ialah pelajar siswi yang menjadi sukarelawan.



Sesi kelas ganti ini tamat pada pukul 12 tengah hari. Disebabkan saya terlalu banyak urusan penting di KTD saya balik pukul 11.30 pagi dengan menunggang motosikal milik rakan sekolej saya...

Sunday, 30 September 2018

Program MABIT 2018 di KTD

Meneruskan satu usaha tentang menangani beberapa perkara dan tuntutan akan datang. Saya ada majlis ilmu yang berlangsung Khamis malam Jumaat lalu.


Khamis malam Jumaat 27 September 2018. Saya pergi ke Kampus Induk Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) untuk menghadiri program yang dipanggil sebagai MABIT.

MABIT adalah singkatan untuk "Malam Bina Iman dan Taqwa". Bersesuaian dengan majlis dipenuhi dengan aspirasi Iman dan Taqwa.

Selepas solat Maghrib, saya bersama rakan menghidangkan makan malam.

Forum bertajuk "pedagogi pendidikan cinta" akan diadakan selepas solat Isyak. Majlis ini dianjurkan oleh kelab HALUAN dan KAFAH.


Sejumlah hadirin pun tidak ramai termasuk pelajar Sem 1 dan kebanyakkannya ialah pelajar perempuan.

Ucapan alu-aluan dimulakan oleh Abang Ihsan yang merupakan pelajar Sem 3.

Perkongsian forum ini dibahasakan oleh Encik Azhar Misran, Encik Siddqi dan Puan Hanisah Hassan.

Azhar Misran telah membahaskan, fokus untuk pembinaan diri, nanti Allah akan jumpa dengan orang sesuai. Beliau membahas juga mendisiplinkan diri dengan pakaian dan menutup aurat, menjaga pandangan kita dari melihat benda yang haram dan menjauhkan diri daripada duduk berdua-duaan sama ada di tempat gelap ataupun cerah tanpa mahram.

Manakala Encik Siddqi telah membahaskan cinta itu fitrah, Allah cipta syahwat, qalbu dan akal. Kita ingin dicintai, tetapi kita tak perasan kita sangat mencintai. Kalau tiada mencintai, kita tidak akan mencintai. Bagaimanakita boleh mencintai? Hidup ini adalah ujian, adakala pasang surut. Apabila kita berada dalam keadaan menurun, kita perlu semak supaya kita tidak akan terjerumus dengan perkara maksiat.

Manakala Hanisah Hassan telah membahaskan juga sifat cinta adalah berubah selaras dengan hati yang memimpin kehidupan kita. Allah menjadikan manusia berpuak-puak untuk bertakruf. Mukmin itu ajaib apabila diberi nikmat dia bersyukur apabila diberi ujian dia pula bersabar.


Bersesuaian dengan pendidikan cinta agar menjadikan orang yang sejati. Majlis ini tamat pada pukul 11.30 malam. Segala pendidikan yang kita didik menjadikan para yang soleh. Cukuplah perkongsian kita untuk malam ini.


Ringkasan hari raya Aidil Adha 1447 Hijriah

Adapun saya telah mempersembahkan artikel ke-323 dalam Nota Untukmu iaitu  Impian 'laptop' baru dan daripada minggu lalu  22 Mei lal...