Thursday, 23 May 2024

Kompilasi "Perjalanan di Pahang penghujung Syaaban"

Oleh kerana tidak membuat artikel tentang kompilasi cerita perjalanan ke Pahang pada hujung Syaaban baru ini. Padahal semua artikel baru ini sudah siap. Walaupun Mac sudah berlalu, maka biar kita kongsikan tentang kompilasi "perjalanan ke Pahang penghujung Syaaban". 





Kali ke-2 perjalanan ke Pahang kerana diadakan satu majlis kenduri sepupu lelaki saya di Chenor pada 1-3 Mac. Memandangkan seluruh negeri termasuk Kelantan dan Pahang ketika itu masih dalam cuti persekolahan sebelum memulakan sesi persekolahan penggal baharu bagi tahun 2024/2025 turut membawa keluarga dan saudara mara untuk ke negeri Tok Gajah ini. Jarak dari Chenor ke rumah sepupu bapa saya lebih kurang 33 km, maka saya bersama ibu bapa ke kawasan tersebut. Pada masa yang sama tarikh 1 Mac turut menjadi hari kelahiran bapa saya yang ke-56. 


1. Perjalanan di Pahang penghujung Syaaban - Nikmat suasana di hari pertama


2. Masjid Ibrahim, Hentian Gua Musang


3. Masjid Kerambit, Kuala Lipis


4. Masjid Jengka Batu 13, Chenor


5. Perjalanan di Pahang penghujung Syaaban - Ziarah di Jengka dan suatu malam ada satu tahlil


6. Masjid Jengka Batu 13 waktu siang


7. Masjid Kampung Gerai, Jerteh


8. Perjalanan di Pahang penghujung Syaaban - Penutup dengan satu majlis kenduri




Monday, 20 May 2024

Pesta Buku Kelantan 2024

Salam semua. Ini adalah perkongsian dari 3 minggu lepas berkaitan buku. 




Pesta buku Kelantan 2024 berlangsung di Aras 2 Mydin Mall Bandar Baru Tunjong pada 25 April hingga 4 Mei 2024. Beberapa penjual buku terdiri daripada hampir keseluruhan bekas pelajar SMK Kota, Kota Bharu. Ia dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, SMO Bookstores dan Persatuan Perpustakaan Sekolah Kelantan. Bertemakan amalan membaca melahirkan generasi MADANI terbilang. 





Bertepatan pada hari Rabu 1 Mei merupakan hari pekerja Malaysia saya pun terus ke pesta tersebut di Mydin Mall Tunjong. Memandangkan ketika itu cuti hari pekerja saya dapat hadir. Ini adalah pesta buku Kelantan yang ke-48. 





Ini adalah kali ke-3 saya bertandang ke pesta buku tersebut dari tahun 2019 hingga sekarang (kecuali 2020 dan 2021 angkara COVID-19). 










Saya pun memilih buku berkaitan dengan Palestin di mana negaranya sedang diancam oleh musuh kafir. Sama-sama kita bersolidariti terhadap Palestin dan menjadikan negara Palestin terus merdeka. 










Untuk pengetahuan korang ini adalah artikel ke-244 di blogspot ini. 



Ringkasan hari raya Aidil Adha 1447 Hijriah

Adapun saya telah mempersembahkan artikel ke-323 dalam Nota Untukmu iaitu  Impian 'laptop' baru dan daripada minggu lalu  22 Mei lal...